Monday, 30 January 2017

Adab Menziarahi Kubur

Monday, January 30, 2017 8


Ramai orang tidak sedar dan tidak tahu waktu afdal menziarahi kubur. Sebenarnya roh ibu bapa ada di kubur menunggu anak2 mereka. Jadi disunatkan menziarah pd hari Khamis selepas solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada di perkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a, Hadis Rasulullah saw :

"Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT."

Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kpd si mati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya seperti "Assalamualaikum mak/ayah". Roh mendengar dan menjawab salam.
2. Hendaklah kita menghadap ke arah muka/kepala si mati dan kita membelakangkan kiblat.
3. Membaca Al-Quran atau doa2 yg baik utk si mati.

1x anda kongsi dan sebar mungkin dpt menginsafkan beribu insan yg tidak tahu tentang ini. Terima kasih.
Kitab Riyadhus Solihin

Saturday, 28 January 2017

Kalendar meja BSN sumbangan Mek Yunie

Saturday, January 28, 2017 2

Tiga minggu lepas dapat Whatsaap msg dari rakan blogger, Mek Yunie yang dok di Rantau Panjang tu. Hmm...tetiba je mek minta alamat umah abe kie. Terkejut gak abe kie. Mana tahu kot2 dia nak poslaju TV LED 60 inci ke? hehehehe.. Rupa2nya mek nak bagi kalendar meja BSN tempat di mana dia bekerja. Pucuk dicita ulam mendatang. Kebetulan abe kie belum mendapat kalendar meja. Kalau kalendar dinding kuda tu banyak la. Sampai abe kie terpaksa sedekahkan kat kelas2 yg abe kie ajar di sek tu.

Selepas seminggu mek PM lagi tanya benda tu sampai ke belum. Dah lebih seminggu tapi tak sampai2 gak. Takut gak hanyut dek air banjir tu. Dulu abe kie pernah pos kad sim 019 kpd Yeop Maz di Sabak Bernam tu tapi hilang sampai sekarang. Tak tahu siapa yg silap, Pos Malaysia atau pencuri yg sengkek nak curi sim card. 

Alhamdulillah, keesokan harinya kalendar BSN tu sampai gak. Besar n comel gak! Terus abe kie letak kat study table. Mudah la nak merancang tugasan pd thn ayam ni. Kepada Mek terima kasih byk2 sebab sudi poskan kalendar tersebut. Tahun depan hantar lagi deh? Semoga selamat bersalin dan mendapat anak yg soleh/solehah. Aamiin... Kepada sesiapa yg nak terjah blog Mek boleh la klik URL di bawah, OK?

Mek Yunie

Friday, 27 January 2017

Luahan hati seorang guru

Friday, January 27, 2017 6

Ada seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan jika sesekali berjumpa dengan saya, sering mengeluh tentang betapa zaman sudah berubah. Bagaimana anak-anak mahasiswa yang diajarnya itu sudah kekurangan adab dan santun dalam menyantuni guru-guru mereka.
Dulu, ada seorang guru menceritakan kepada saya. Bagaimana dia dan guru-guru sekolahnya menghimpunkan anak-anak di sebuah program kembara di kaki hutan. Sudah pasti mereka harus bermalam di khemah dan sudah tentulah ada panas dan peluh jika beraktiviti sebegitu.

Menjelang petang, sebuah kereta Mercedes yang besar menjalar memasuki kawasan rekreasi dan rehlah. Rupanya, seorang ayah datang mengambil seorang pelajar. Pelajar itu mengadu tidak bisa berada lama di hutan itu. Rimas dan lemas. Lalu, mahu pulang segera dengan menelefon ayahnya supaya diambil. Segera.

Guru-guru tidak mampu berbuat apa-apa. Khabarnya guru-guru tersebut mengajar di sekolah anak-anak hartawan serta anak bangsawan yang nama teratas dalam masyarakat tertinggi.

Pelajar bukan orang gaji minta padamkan papan hitam

Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur kerana menyuruh anak didiknya memadam papan hitam. Ditegur supaya tidak menyuruh anak muridnya lagi melakukan sedemikian. Anak didik bukanlah orang gaji. Anak didik bukanlah orang suruhan. Anak didik adalah pelanggan kita.
Sejak itu, menjadi titik noktah. Dia serik.

Tentu tuan pernah menonton video yang viral bagaimana sekolah di Jepun yang mana anak didik yang menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot!

Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu hari seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja bukan menghukum atau mendenda malah bercakap pun dengan nada yang biasa.

Selepas itu, satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar teruk. Guru itu menemui kembali anak didiknya itu.

“Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu dengan kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang.”

Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda kepada pelajar. Jika mengenakan hukuman fizikal, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu. Maka, apakan daya zaman sudah berubah.

Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas selaku pensyarah itu. Rakan saya itu sungguh terkejut menerima whatsapp yang bertanya

“Tuan datang tak kelas pagi ini ?”

Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu.

Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah maka datanglah seorang guru yang menanyakan kisah mengapa tidak hadir.

Namun, zaman sekarang, guru datang menanyakan sudah berminggu-minggu tidak hadir. Datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motor yang dibawa guru tersebut.

Esoknya, anak didik itu tidak datang juga. Lusanya tidak datang lagi. Guru itu datang lagi sekali.
Ayahnya yang melengkar lagi belum bangun dari tidur, terpisat-pisat selamba menjawab.

“La, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari lepas ini”

“Cikgu, kalau nak anak saya datang awal sangat, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya”

Begitulah antara yang peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.

Zaman sudah berubah, cikgu

Zaman tuan-tuan belajar dahulu bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas lantai tar? Zaman kita-kita dahulukan. Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga ustaz di sekolah saya di sekolah rendah dahulu.

Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah berprestasi tinggi. Sedang saya memarkir kereta saya, saya melihat sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik di atas padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan di belakang. Turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita.

Harus menuntut ilmulah daripadanya.

Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik itu akan hukuman itu. Dan, begitu beraninya dan tegarnya guru itu. Tak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?. Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebar luaskan. Saya akan buat caption paling win.
“Guru denda pelajar sehingga pengsan. Tidak dibenarkan makan. Berjalan itik sehingga lewat petang”

Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya dengan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang.

Namun, saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia seorang guru. Cabaran dan getir hidup dijalani menjadi seorang guru mendidik yang zamannya sudah jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk niat apa sebenarnya.

Guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’

Seorang doktor menulis di facebooknya tentang impiannya mahu bertugas selaku seorang doktor di daerah pedalaman. Yang jauh dari viral dan pelanggan yang suka menghentam dunia doktor dan jururawat. Suka memviralkkan situasi tidak benar kepada daerah komuniti penduduk pedalaman yang lebih tahu menghargai nilai kemanusiaan.
Hakikatnya, ada ramai juga guru yang mahu pulang ke daerah pedalaman dan kampung kerana tidak bisa mengajar anak-anak didik orang bangsawan yang menjadikan guru ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’.

Saya sudah lama tidak merotan anak didik saya. Sudah berbelas-belas tahun lamanya. Zaman sudah berubah tapi saya masih guru yang sama. Masih seperti dahulu.

Prof Muhaya pernah bercerita sewaktu zaman belajarnya dahulu arwah ayahnya sering mengajaknya pergi berhari raya ke rumah bekas-bekas guru Prof Muhaya. Jauh-jauh pergi beraya. Prof berkata arwah ayahnya mahu membalas jasa kepada guru-guru yang pernah mengadakan kelas tambahan secara percuma buat dirinya dahulu. Tanda berterima kasih. Begitulah orang zaman dahulu dengan guru-gurunya.

Bagaimanakah nanti 15 tahun lagi ya ? Takut pula sekiranya anak didik saya menumbuk saya yang sudah tua dalam umur 58 tahun kelak yang gigi nantinya sudah tiada lagi. Kerana sudah tidak ada apa-apa erti lagi dengan menjadi guru. Sekadar mengajar bukanlah lagi tentang mendidik.

Zaman sudah berubah, katanyalah.

Saya tinggalkan dengan serangkap pantun jelas menunjukkan suasana semasa

Apa beza kolek dan sampan?
Mana panjang dari perahu?
Apa guna cantik dan tampan?
Adab kurang, mengaji tak mahu!

Kredit : As Syahid

Wednesday, 25 January 2017

Antara minyak RON95 dengan RON97

Wednesday, January 25, 2017 5
Antara minyak RON95 dengan RON97

ORANG KAYA sahaja guna Minyak RON95 RM2.30, yang susah tapi cerdik akan guna Minyak RON97, iaitu minyak yang harga mahal. KENAPA? Yang mana lebih murah RON97 atau RON95???

Tengok pengiraan ;

Isi RON95 RM20 = 8.69 lt = km 60
Isi RON97 RM20 = 7.27 lt = km 80
Mana yang murah RON95 atau RON97
RON97 mahal, dapat sikit tapi km lebih dan berkualiti..
RON95 murah, dapat banyak tapi km sikit dan tak kualiti..
Cuba sendiri..
Siapa guna RON95 orang kaya ..
Yang miskin guna RON97 sahaja..
Kena tipu begitu sahaja dengan minyak murah. Minyak mahal lagi murah dari minyak murah tapi mahal..
Dari Kemaman ke Pasir Mas RON97, RM60 sahaja, RON95 RM90!
Anda semua, jangan kena tipu lagi ya... semua tu psyco mind kita saja.
RON 95
                 RM2.30 +
SUBSIDI  RM0.65
                 _______
               =RM2.95

RON 97
                 RM 2.55
SUBSIDI  RM 0.00
                _________
             = RM 2.55
*RON 95 LEBIH MAHAL DARI RON 97

Ini fakta...
Harga minyak dunia sekarang $ 75.58 @ RM 253.44 setong @ 1 barrel
1 barrel bersamaan 159 liter...
Harga seliter :-
159 liter = RM 253.44
      1 liter = RM 253.44 / 159
                   = RM 1.59
RM 1.59 - RM 0.20 (subsidi) = RM 1.39
Harga runcit utk 1 liter = RM 2.30
RM 2.30 - RM 1.39 = RM 0.91
Siapa bg siapa subsidi?????

Monday, 23 January 2017

Blog umum pun disekat oleh BestariNet dan YES

Monday, January 23, 2017 13

Apa la nak jadi dengan Bestarinet ni. Pada tahun lepas abam kie cuba melayari blog www.safirulamar.com. Namun malang sekali apabila keluar notis di atas! Hairan betul sebab blog berkenaan ialah blog umum. Bukannya blog lucah, perkauman atau pelampau agama. Nak tak nak terpaksalah buka blog tersebut di rumah. Kdgkala bengang gak dengan BestariNet. Ia akan tapis segala unsur2 tak baik biarpun cuma sepatah perkataan spt 'seks' ada di dalam laman web terbabit!

Apa2pun mujurlah youtube tidak disekat. Kalau tak, susah la nak cari klip video untuk dijadikan bahan pengajaran di dalam kelas. Apa pendapat kwn2 tentang perkhidmatan BestariNet ini jika kwn2 ialah warga sekolah? Sekian. Terima kasih.

Friday, 20 January 2017

Perkhidmatan kereta sewa di Kelantan kian terancam

Friday, January 20, 2017 18
kereta sewa di Kelantan

Seingat abam kie semasa kecil dahulu di tahun 70an, 80an dan 90an perkhidmatan kereta sewa atau teksi di Kelantan berada di zaman kemuncaknya kerana ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Semasa bersekolah di Sek Men Sains Machang, kami pelajar2 akan berebut2 dan beratur panjang untuk menunggu kereta sewa sama ada ke bandar Kota Bharu atau Machang. Bas SKMK ada gak tapi lambat la tiba. Bila tiba kena berebut2 dan bersesak2 plak. Dari sek ke bandar Machang cuma 8km tapi bagi mereka yg nak ke KB terpaksa menempuh perjalanan sejauh 32km. 

Itu kisah pada zaman persekolahan dulu dimana kereta sewa amat dinanti2kan oleh kami bila nak balik kampung pada hari Jumaat. Amat sedikit dikalangan ayah kami yg mampu memiliki kereta. Jadi kami bergantung kpd perkhidmatan kereta sewa, prebet sapu dan bas.

Namun pada hari ini perkhidmatan kereta sewa bagai hidup segan mati tak mahu. Kenapa jadi begitu? Pertama, kini sudah ramai orang muda yang mampu membeli kereta sendiri, biarpun kereta Viva. Iyalah kan? Ekonomi sudah semakin maju. Dalam sebuah umah tu paling tidak ada 2 buah kereta. Kdg2 anak2 yg sdg belajar di universiti pun pakai kereta. Masa abam kie belajar di UM dari thn 1991 ke 1997 dulu pun cuma mampu naik motor kapcai aje. Jadi bila ada kereta sendiri maka mudah la nak ke mana2. Tak perlu lagi menunggu teksi di tepi jalan.

Kedua, perkhidmatan kereta sewa ni leceh sikit la. Contohnya teksi ni kena tunggu penumpang penuh spt 4 orang. Selagi x cukup ia x boleh gerak. Lainlah kalau kita sanggup bayar utk sebuah teksi. Kalau tak nak, tunggu je la beberapa jam kat stesen teksi tu.

Kini jika abam kie pergi ke stesen teksi didapati bilangan teksi melebihi bilangan penumpang yg menunggu. Terasa kasihan plak kpd pemandu2 tu sbb sumber pendapatan mrka terjejas. Ini belum ditambah dgn persaingan dari prebet sapu yang mampu menghantar penumpang ke depan rumah. Kalau teksi ni cuma menurunkan penumpang di tepi jalan utama je. 

Jadi abam kie rasa pengusaha kereta sewa di Kelantan perlu mengambil langkah2 drastik untuk menarik penumpang2 menaiki teksi mereka agar kelangsungan hidup mereka terus berjalan. Sekian. Terima kasih. 

Wednesday, 18 January 2017

Masih perlukah telefon awam pada zaman ini?

Wednesday, January 18, 2017 13
telefon awam di Malaysia

Assalamualaikum. Masih perlukah telefon awam pada zaman ini? Bagi abam kie telefon awam masih perlu dipasang di tempat2 strategik bagi memudahkan org awam menghubungi keluarga dan sahabat terdekat semasa kecemasan. Paling penting di sekolah dan hospital. Dalam situasi abam kie dan anak2, mereka memerlukan telefon awam untuk menghubungi abam kie selepas tamat aktiviti di sekolah. Maklumlah kan, murid2 x dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Jadi abam kie suruh meraka hafal no hp abam kie dan mummy mereka. 

Namun keadaan pondok telefon awam memang menyedihkan. Sudah banyak yg dijadikan mangsa vandalisme. Gagang putus, telefon pecah dan atap tercabut. Ada gak pondok telefon yg dibakar oleh mereka yg x bertanggungjawab. 

Namun begitu org ramai memang jarang menggunakan telefon awam lagi sebab masing2 ada hp sendiri. Nak telefon sesiapa pun mudah. Cuma tekan keypad hp je. No tel pun x perlu hafal macam dulu2. Kalau x ada kredit pi la topup. Kalau nak call guna telefon awam kena la hafal no hp bagai. Tak nak lah!

Akhir kata abam kie simpulkan penggunaan dan kepentingan telefon awam sudah berkurangan seiring dengan perubahan masa dan faktor persekitaran. Sekian. Terima kasih.

Monday, 16 January 2017

Kelebihan memiliki anak-anak perempuan

Monday, January 16, 2017 9
Kelebihan memiliki anak-anak perempuan

Assalamualaikum,

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu. Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin. Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, “Oh.. perempuan lagi…” Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.

Saya juga pernah menonton video kelahiran seorang bayi perempuan yang rupa parasnya menyerupai ular. Kononnya ibu yang melahirkan bayi tersebut amat-amat berkehendakkan bayi lelaki kerana telah memiliki 2-3 orang anak perempuan sebelum kelahiran anak yang ini. Semasa membuat pemeriksaan kandungan, doktor telah memaklumkan yang si ibu mengandungkan bayi perempuan dan berita itu sangat mengecewakannya. Bila rakan-rakan bertanya jantina bayi yang dikandung, si ibu terus menjawab yang dia sedang mengandungkan anak ular. Subhanallah! Bila tiba saat kelahiran, memang si ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang menyerupai ular. Saya kurrang pasti kesahihan berita ini, tetapi menurut video yang ditonton, peristiwa ini terjadi di negara Timur Tengah.

Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya?

Satu ketika dahulu, kita sukar melihat anak-anak gadis berjalan-jalan di pekan kecil atau pun di kota besar. Saya masih ingat, ayah sering menemani ke mana saja saya pergi, boleh dikatakan ayahlah ‘body guard’ dan ayah jugalah ‘chauffeur’ ke mana saja saya pergi. Memang agak sukar kita terserempak remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar-bandar, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus mempersendakan perintah Allah Taala. Yang tidak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?
Renung-renungkan!

Saturday, 14 January 2017

Segment: Follower meningkat dengan mudah

Saturday, January 14, 2017 11

Assalamualaikum. Entri pada hari Sabtu memang diperuntukkan untuk giveaway atau segmen. Jadi pada minggu ini abam kie berbesar hati untuk menyertai Segment: Follower meningkat dengan mudah anjuran Cik Nurul Syahirah. Syarat2nya pun mudah aje. Semoga dengan menyertai segmen ini pengikut blog abam kie akan bertambah. Selain daripada aitu dapat juga berkenalan dengan mereka, kan? Buat pengetahuan Cik Nurul, blog ID abam kie ialah 8505379168878983145. 

Jadi kepada sesiapa yg nak join segmen ini silakan klik banner di atas, orait? Thanks a lot for your cooperation.

Friday, 13 January 2017

Petua Menjimatkan Perbelanjaan Harian Keluarga

Friday, January 13, 2017 4

Adakah kita para pengguna mampu menyimpan RM10 sehari, sekaligus mencapai jumlah RM800 dalam masa 30 hari? Alamak! Dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia - terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru - kehidupan boleh menjadi cukup mahal. Itulah sebabnya abam kie telah menemui 10 cara yang berkesan untuk mengubah gaya hidup dan tabiat perbelanjaan tabiat kita yang boleh membantu kita menjimatkan beratus-ratus ringgit sebulan. Lagipun, seperti kata pepatah, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit!

1. Tunai sahaja

Sebaliknya cuba berbelanja dengan wang tunai sahaja. Anggar dan keluarkan sejumlah wang yang terhad tapi cukup untuk dibelanjakan untuk seminggu. Kemudian diketepikan kad ATM dan kad kredit kita. Ini adalah salah satu tip yang paling berkesan abam kie telah cuba, terutamanya kerana kita akan melihat dan merasa peritnya ketika menyerahkan wang hasil titik peluh kita untuk membeli sesuatu.

2. Tangguhkan pembelian itu!

Kita semua pernah merasakannyaa: tergoda oleh telefon bimbit terbaharu lagi canggih, beg berjenama cantik, pakaian dan aksesori. Kemungkinan jika kita menunggu sebulan atau tiga bulan, harga barang-barang ini akan jatuh kerana mereka digantikan dengan yang baharu, atau kita akan hilang minat dan menyedari bahawa kita tidak memerlukannya.

3. Tukar pelan mudah alih

Setiap daripada kita mempunyai sekurang-kurangnya satu peranti mudah alih hari ini yang kita bawa pada setiap masa. Kebiasaannya, kita setia dengan apa sahaja pelan mudah alih kita apabila kita membeli atau menukar peranti baru, walaupun tempoh kontrak sudah tamat. Setelah kontrak kita dengan pembekal perkhidmatan tamat, ia mungkin idea yang baik untuk meninjau pelan mudah alih yang lebih baik, murah dan sesuai dengan keperluan kita tanpa membayar yuran tambahan untuk panggilan atau data yang kita tidak habis menggunakannya.

4. Beli jenama generik untuk barangan harian

Tabiat berbelanja dirangsang oleh kebiasaan dan kesedaran jenama. Banyak pasar raya dan pasar raya besar mempunyai jenama mereka sendiri untuk barang-barang seperti peralatan mandian dan barang-barang runcit, yang biasanya lebih murah daripada jenama terkenal dan tak kurang hebatnya. Sila beli jenama generik untuk barangan yang digunakan dengan banyak tetapi kita tidak kisah sangat seperti tisu, cecair pencuci, cecair mandian dan biskut. Satu-satunya perbezaan yang kita akan lihat adalah wang tambahan yang kita ada setelah tamat membeli belah.

5. Buat potluck dan bukannya makan di luar

Makan bersama rakan-rakan setiap hujung minggu boleh menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan tetapi mahal! Jadi kenapa tidak anjurkan potluck setiap minggu alternatif? Kita akan dapat mengasah kemahiran memasak (walaupun untuk masakan yang ringkas), menikmati makanan hasil hasil tangan sendiri yang lazat, dan menjimatkan kos petrol dan tempat letak kereta. Yang penting kita dapat mengeratkan silaturrahim dengan sahabat handai dan saudara-mara!

6. Gunakan hadiah, baucer dan kupon percuma

Baucer dan kupon boleh membantu kita membuat sedikit penjimatan, terutamanya jika kita ingin menikmati sesi makan-makan atau memanjakan diri sekali-sekala. Dalam kes ini, aplikasi kupon (contohnya Samsung, Maxis) dan laman web (seperti Groupon) adalah teman kita yang terbaik. Disamping itu, jika kita mempunyai keahlian atau kad kredit yang menawarkan diskaun dan promosi, ambil kesempatan ini untuk kita mendapatkan ganjaran daripada perbelanjaan yang kita telah lakukan.

7. Bawa makan tengah hari sendiri (BMTS)

BMTS seharusnya menjadi perkara biasa di pejabat, terutamanya jika tidak ada pilihan makanan yang banyak di medan selera, atau kita sudah bosan dengan makan di tempat yang sama saban minggu. Laporan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,900 setahun untuk makan tengah hari sahaja, iaitu kira-kira RM300 sebulan untuk hanya satu hidangan sehari. Kita boleh menyediakan makanan untuk seminggu lebih awal pada hujung minggu, atau jika kita memasak makan malam, ketepikan sedikit untuk makan tengah hari pada hari berikutnya. Tabiat ini akan membantu kita menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.

8. Amalkan D.I.Y. di rumah

Mengupah seseorang untuk membaiki kerosakan kecil seperti paip bocor, kepala pancuran tersumbat atau dinding retak mungkin menjadi mahal. Dengan begitu banyak do-it-yourself petunjuk dalam talian, dan banyak kedai D.I.Y. di bandar kita, alatan pertukangan yang murah boleh dibeli dan kita boleh membaiki sendiri kerosakan kecil. Kepada kaum wanita, anda juga boleh menjimatkan wang dengan melakukan rawatan kuku anda sendiri dan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik daripada pergi untuk sesi muka yang mahal.

9. Simpan tabung baki duit syiling

Baki duit syiling menjadi berguna pada masa-masa tak terduga. Pastikan balang kaca atau tabung ada di rumah kita. Biasanya bila kita mengosongkan poket, duit akan dimasukkan ke dalam tabung ini. Bukan sahaja jumlah yang bertambah dari masa ke masa; ia juga boleh digunakan untuk membeli barang-barang kecil seperti akhbar atau roti apabila kita pergi ke pasar mini yang berdekatan.

10. Menjual barang dalam talian

Langkah terakhir adalah untuk membuat wang secara aktif, bukan hanya menyimpannya. Kemungkinan kita mempunyai beberapa benda yang kita tidak lagi perlu atau menggunakan, tetapi masih boleh dijual kepada orang-orang yang sedang mencari benda tersebut. Kini terdapat banyak laman web dan aplikasi yang membolehkan kita mengiklankan barang-barang untuk dijual seperti mudah.my, lelong.com, ebay.com dan sebagainya. Duit kita akan dapat dan rumah kita akan bebas daripada barang-barang lama yang tidak diperlukan lagi.

Abam Kie percaya sekiranya kita sama-sama mengamalkan langkah-langkah di atas, In Shaa Allah, perbelanjaan harian di rumah kita akan berkurangan dan kita akan dapat menjimatkan sedikit wang untuk digunakan kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah seperti pendidikan anak-anak, mengerjakan haji dan umrah dan membeli bahan bacaan dan sukan. Sekian. Terima kasih.

Wednesday, 11 January 2017

Senarai Peserta Back To School Giveaway by Abam Kie

Wednesday, January 11, 2017 11
Senarai Peserta Back To School Giveaway by Abam Kie
Assalamualaikum kawan2 yang dihormati sekalian. Alhamdulillah GA yang abam kie anjurkan tanggal 6 Januari 2017 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan2 blogger yg cantik dan kacak. Terima kasih banyak2 sbb sudi menyertai GA abam kie yg sedang2 aje ni. Berikut abam kie senaraikan peserta2 yang telah menyahut cabaran abam kie pada awal sesi persekolahan ini. Sila semak URL penyertaan anda. Jika ada kesilapan atau tertinggal sila maklumkan kepada abam kie dgn segera. Orait?

Sambil2 tu boleh la blogwalk dan follow blog peserta2 yg lain untuk merapatkan tali silaturrahim. Aamiin.
 
1. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
2. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
3. http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
4. http://nam-comel.blogspot.com/2017/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
5. http://min-mi.blogspot.my/2017/01/3112017-back-to-school-giveaway-by-abam.html
6. http://famf-tower.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
7. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
8. http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
9. http://www.nooratikahramli.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
10. http://itsmelyya.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html

11. http://www.leaazleeya.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
12. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
13. http://norshamimi.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
14. http://cikmijah.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
15. http://penggaliilmudunia.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
16. http://realsviors.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
17. http://www.sayidahnapisah.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
18. http://www.huhahuhajerr.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
19. http://www.syahidahfadilah.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
20. http://the-fadedd.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html

21. http://aidilastory.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
22. http://bluechoralpearl.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
23. http://cikdylah.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
24. http://belogsjm.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
25. http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
26. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
27. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
28. http://missobsesi.blogspot.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
29. http://ape-kinah.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
30. http://cintahawaa.blogspot.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html

31. http://www.sheilainspire.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
32. http://solehahgirlz.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
33. http://www.akuseorangtraveler.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
34. http://hootiecyum.blogspot.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
35. http://cikjelita899.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
36. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
37. http://mimpiaria.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
38. http://at-tarmizi.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
39. http://tujuhpetak.blogspot.my/2017/01/mari-semua-sertai-giveaway-yang-dibuat.html
40. http://hati-dan-bicaranya.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html

41. http://www.kasihjuju.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
42. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
43. http://frrhnd.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
44. http://nadhiewueen.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
45. http://sayaazieera.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
46. http://www.kisahsidairy.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
47. http://anumkhairil.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
48. http://acikidah.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
49. http://littlesnorlax.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
50. http://presntisgift.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html

51. http://adna2029.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
52. https://hilmirdadaud.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
53. http://messarah.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie_25.html
54. http://galeriduniaku.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
55. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
56. http://mazuriah.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
57. http://akhalilah.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
58. http://msvelentine.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
59. http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
60. http://ajussix.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html

61. http://masturanasarudin.blogspot.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie-31.html
62. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
63. http://chanchueshahida.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
64. http://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
65. http://norminieza.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
66. http://jombercontest.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html
67. http://themaiman.blogspot.my/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html


MUNGKIN ANDA!

Monday, 9 January 2017

Pemeriksaan kesihatan pada usia 40an

Monday, January 09, 2017 9

Klinik Kesihatan Labok, Machang, Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan blogger. Sebenarnya sudah lama abam kie nak buat pemeriksaan kesihatan pada usia 4 series ni tapi ada saja kekangan yang ada. Sepatutnya ia dilaksanakan pada tahun 2013 namun hanya terlaksana pada Disember 2016 lalu. Musim cuti sekolah la abam kie sempat nak berurusan di hospital. Kalau hari sekolah memang tak sempat. 

Sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut, abam kie dah siap2 telefon Klinik Kesihatan Labok, Machang, Kelantan yang terletak bersebelahan dengan sekolah abam kie dulu, SM Sains Machang. Jururawat yang menjawab panggilan tu menyuruh abam kie puasa bermula jam 10 malam sehinggalah sampel darah diambil pada keesokan harinya. Jadi abam kie menurut perintah misi tersebut. Pagi2 lagi abam kie dah sampai di klinik tersebut tapi orang dah ramai. Sabar je la. 

Selepas membuat pendaftaran, abam kie kena menunggu jururawat membuat pemeriksaan tekanan darah dan merekod tinggi dan berat. Selepas tu kena tunggu lagi untuk diambil darah, diperiksa degupan jantung dan diuji penglihatan. Lama juga menunggu sebab cuma seorang saja MA yg bertugas hari tu.

Masih ganteng pada usia 43 tahun. Siapa nak 'try' silakan!
 
Selepas sampel darah diambil dan diserahkan kepada pembantu makmal klinik untuk dianalisa, barulah abam kie boleh bersarapan pagi. Pagi tu abam kie makan nasi berlauk gulai ayam kampung dan teh tarik. Sedap tapi murah! Lega rasanya bila boleh berbuka puasa.

Sejam selepas sampel darah dianalis, abam kie kembali ke klinik untuk mendapatkan keputusan sampel darah dan berjumpa dengan doktor. Nak tahu apa kata doktor? Dia kata abam kie ni berisiko mendapat kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Belum kena lagi tapi semakin hampir. Jadi dia menasihati abam kie agar menjaga pemakanan dan bersenam selalu. Mujur jantung masih OK! Rasanya dekat 4 jam barulah urusan di klinik tu siap!

Jadi abam kie menyeru kawan2 blogger yg sudah mencapai usia 40 tetapi masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan agar berbuat demikian secepat mungkin. Jangan tunggu sampai kena penyakit barulah nak pergi berjumpa doktor. Prevention is better than cure, right?

Friday, 6 January 2017

Back To School Giveaway by Abam Kie

Friday, January 06, 2017 77

Assalamualaikum Sahabat Blogger.

Pada hari ini Abam Kie dengan sukacitanya ingin melancarkan Back To School Giveaway by Abam Kie. GA ini berlangsung dari 6 hingga 31 Januari 2017. Seramai 5 pemenang bertuah akan mendapat sekeping magnet peti sejuk dan sebuah notepad tiap seorang. Manakala peserta paling pantas dan terakhir secara automatik akan menerima topup bernilai RM5. Target Abam Kie GA ini mampu menarik 50 penyertaan. Sekiranya melebihi sasaran maka hadiah akan ditambah. Jangan risau, OK?

Syarat nak join ni simple je :)

1. Follow blog Abam Kie.
2. Follow Google Plus Abam Kie.
3. Buat entri bertajuk 'Back To School Giveaway by Abam Kie'
4. Tampal banner di atas di entri penyertaan dan 'backlinkkan' ke entri INI.
5. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini.
6. Siap!

Para pemenang akan dipilih oleh random.org.

Terima kasih kerana sudi menyertai dan memeriahkan GA ini! Selamat maju jaya!

PERADUAN TAMAT

Wednesday, 4 January 2017

Ajaibnya Sedekah

Wednesday, January 04, 2017 13
ajaibnya sedekah

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari. Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan. Mereka ‘tersangat’ kaya. Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat. Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka. Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka. Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu? Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

“Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

“Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

“Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka.”

Wowwww…… Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka.

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar. Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit. Allahuakhbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni? Aduh !!!!! Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh…. Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa ‘berat hati’. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid. Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku.”

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir. “Hmmm…. macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?” Tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat. Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

“Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak.”

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya. Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni. Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut. Allahuakbar. Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800. Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut. Syukur Alhamdulillah. Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka. Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu. Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada. Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi ‘pulangan’ kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini.”

Jangan takut untuk bersedekah.

Allahuakhbar......Allahuakhbar.....Allahuakhbar

Selama ini, bukan saya tak percaya KUASA SEDEKAH. Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada. Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan. Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua…. Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, “Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah.”

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman. Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm…. Lebih baik kita usah hidup. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini. In Shaa Allah ...  ...

Monday, 2 January 2017

Unfollow the hidden blogs

Monday, January 02, 2017 16

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak kawan2 menyemak senarai blog yang follow blog kawan2? Kalau kwn2 pernah semak, ada perasan tak bila kita 'scroll down' senarai berkenaan akan kelihatan 'hidden blog'? Apakah yang dimaksudkan dengan hidden blog ini? Ia merupakan blog yang sudah ditukar setting oleh pemiliknya sebagai 'private' atau peribadi dan tidak dikongsi dengan orang awam. Kalau dikongsi pun cuma dengan sahabat2 terdekat dan kaum keluarga sahaja. Lalu abam kie terfikir apa guna buat blog jika tak mahu dibaca oleh orang awam? Baiklah tulis personal diary sama ada secara atas talian atau konvensional.

Selain dari itu, abam kie rasa unhidden blog ini ialah blog2 yang sudah luput (pasif) atau bertukar URLnya. Contohnya dulu dia guna URL http://sayacintaawak.blogspot.my tapi sekarang dah tukar kepada http://sayabenciawak.blogspot.my.

Lantas apa perlu kita buat kepada hidden blog ini? Tak susah pun. Terus abam kie unfollow aje blog2 tu. Kalau masih difollow pun bukan buleh buka kan? Jika disimpan dalam senarai followers buat menyemakkan list aje. Setuju tak dengan cara abam kie ni? Lontarkan pandangan kawan2 di dalam kotak komen di bawah. Sekian. Terima kasih.