Monday, 9 January 2017

Pemeriksaan kesihatan pada usia 40an


Klinik Kesihatan Labok, Machang, Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan blogger. Sebenarnya sudah lama abam kie nak buat pemeriksaan kesihatan pada usia 4 series ni tapi ada saja kekangan yang ada. Sepatutnya ia dilaksanakan pada tahun 2013 namun hanya terlaksana pada Disember 2016 lalu. Musim cuti sekolah la abam kie sempat nak berurusan di hospital. Kalau hari sekolah memang tak sempat. 

Sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut, abam kie dah siap2 telefon Klinik Kesihatan Labok, Machang, Kelantan yang terletak bersebelahan dengan sekolah abam kie dulu, SM Sains Machang. Jururawat yang menjawab panggilan tu menyuruh abam kie puasa bermula jam 10 malam sehinggalah sampel darah diambil pada keesokan harinya. Jadi abam kie menurut perintah misi tersebut. Pagi2 lagi abam kie dah sampai di klinik tersebut tapi orang dah ramai. Sabar je la. 

Selepas membuat pendaftaran, abam kie kena menunggu jururawat membuat pemeriksaan tekanan darah dan merekod tinggi dan berat. Selepas tu kena tunggu lagi untuk diambil darah, diperiksa degupan jantung dan diuji penglihatan. Lama juga menunggu sebab cuma seorang saja MA yg bertugas hari tu.

Masih ganteng pada usia 43 tahun. Siapa nak 'try' silakan!
 
Selepas sampel darah diambil dan diserahkan kepada pembantu makmal klinik untuk dianalisa, barulah abam kie boleh bersarapan pagi. Pagi tu abam kie makan nasi berlauk gulai ayam kampung dan teh tarik. Sedap tapi murah! Lega rasanya bila boleh berbuka puasa.

Sejam selepas sampel darah dianalis, abam kie kembali ke klinik untuk mendapatkan keputusan sampel darah dan berjumpa dengan doktor. Nak tahu apa kata doktor? Dia kata abam kie ni berisiko mendapat kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Belum kena lagi tapi semakin hampir. Jadi dia menasihati abam kie agar menjaga pemakanan dan bersenam selalu. Mujur jantung masih OK! Rasanya dekat 4 jam barulah urusan di klinik tu siap!

Jadi abam kie menyeru kawan2 blogger yg sudah mencapai usia 40 tetapi masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan agar berbuat demikian secepat mungkin. Jangan tunggu sampai kena penyakit barulah nak pergi berjumpa doktor. Prevention is better than cure, right?

9 comments:

  1. Ya Salam Ya Fattah abam kie...

    ReplyDelete
  2. Am pun kena pi test juga nie..
    Risau gak walaupun baru cecah usia 30-an..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. Bila dah buat pemeriksaan puas hatikan Cikgu..tahu status kesihatan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Semoga sentiasa di beri kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  5. yeargh.. masih ganteng.. hahaha

    ReplyDelete
  6. dah lamer xbuat medical check up...kecuali jika dimnta...

    Abam Kie ambil tag yea....

    http://hati-dan-bicaranya.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  7. Semoga sehat-sehat selalu ye Abam Kie!

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.