Assalamualaikum. Tahun 2020 sudah hampir 2 minggu meninggalkan kita. Biarpun tahun 2020 tidak seperti yang kita harapkan, namun ada beberapa kejayaan yang kita kecapi. Hidup dengan pandemik Covid19 yang membataskan pergerakan dan aktiviti kita memang merimaskan. Namun begitu kehidupan perlu diteruskan.

Berbalik kepada pencapaian blog Abam Kie pada tahun 2020 lalu. Di sini Abam Kie ingin berkongsi 10 entri paling popular pada tahun lepas. Ini bermakna entri tersebut menjadi carian netizens di Google Search. Bila terpapar hasil carian, terpapar entri dari blog ini di skrin. Syukur Alhamdulillah. Ada juga orang yang mencari posting Abam Kie di internet.

Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat 10 entri yang paling popular pada tahun lepas. Jika kawan2 nak baca entri di bawah, sila klik di tajuk entri tu ye? Terima kasih, kawan2.