Assalamualaikum. Kadang2 bila kita muatturun movie atau video dari Telegram, YouTube atau laman web, pasti ada yang tidak boleh dimainkan di televisyen atau peranti elektronik yang lain. Jadi kita perlu menukar format video tersebut dahulu bagi mengatasi masalah ini. Kita boleh menukar format video tersebut sama ada secara online atau muatturun program ke laptop kita. 

Bagi Abam Kie la, lebih suka convert fail tu on9 sebab tak nak memberatkan atau melambatkan laptop. Masa menggoogle tempohari, abe kie terjumpa website ni iaitu https://convert-video-online.com. Cara nak gunakan servis ini semudah A,B, C dan 1, 2, 3! 

Mula-mula pilih je video yg nak ditukarkan formatnya tu dari dalam laptop. Macam kat atas tu abam kie dah upload citer 'Ripin Mugha Batu'. Lepas tu klik 'convert'.


Sekarang tengok la proses penukaran format tu. Macam kat atas tu abam kie tukar dari format mkv kepada mp4. Pantas atau perlahan proses penukaran ni bergantung kpd saiz fail dan kelajuan talian internet di tempat anda.


Tadaaaa....... Dah siap kan? Anda boleh simpan fail yg telah ditukarkan formatnya tu di dalam cakera keras laptop atau di peti simpanan awan seperti Google Drive dan Dropbox. Mudahkan proses penukaran format video ni? 

Selamat mencuba ye, kawan2! Good luck!