Assalamualaikum. Abam Kie mula-mula mendaftar Netflix ni pada bulan Jun lepas. Bila kita daftar, Netflix bagi kita menonton semua filem dan drama dalam tu secara percuma selama 30 hari. Jika kita x nak sambung, maka kita kena batalkan free preview tu sebelum tarikh yg ditetapkan. Jika tidak, kita akan dicaj. Pada masa tu Abam Kie pilih free preview je. X sambung langganan pun sebab tak ada masa nak melangut depan TV.

Apabila Abam Kie beli TV baharu baru2 ni, terdetik di hati ini untuk melanggan Netflix ni. Harga langganan bagi Netflix adalah bermula dari RM33 sebulan sehingga RM51 sebulan. Pelan apakah paling berbaloi sebenarnya dan lebih menjimatkan duit kita?



Jom kita selidiki senarai plan langganan Netflix sebelum membuat pilihan plan yang sesuai.

Plan 1 Screen : RM33 sebulan – hanya boleh tonton shows dalam SD Resolution (480p). Stream di 1 screen sahaja dan download video ke 1 peranti sahaja.

Plan 2 Screens : RM42 sebulan – boleh tonton shows dalam HD (720p – 1080p). Stream di 2 screen pada masa sama dan download video ke 2 peranti.

Plan 4 Screens : RM51 sebulan – boleh tonton shows dalam HD – Ultra HD (720p, 1080p, 4K). Stream di 4 screen pada masa sama dan download video ke 4 peranti.

Secara kasar kalau lihat disini, plan paling merugikan sebenarnya ialah plan 1 screen pada harga RM33 sebulan. Ini kerana anda bayar RM33 seorang tapi hanya boleh akses Netflix di 1 peranti sahaja dan stream pula terhad kepada video SD. Dah masuk 2020 ini streaming quality perlu dalam HD sekurang-kurangnya baru lah puas hati. Kalau nak tengok 480p lebih baik tengok TV3 rugi bayar ke Netflix.

Manakala plan paling untung ialah plan 4 screen RM51 sebulan. Mungkin kita boleh kongsikan satu akaun dengan ahli keluarga atau rakan serumah. Kalau kita kongsi 4 orang maka kos langganan hanya RM12.75 sebulan. Kita boleh bergilir bayaran setiap bulan atau kumpul RM12.75 x 4 setiap bulan, terpulang. Dalam 1 akaun Netflix boleh buat beberapa profile jadi 4 orang boleh menonton Netflix serentak dalam 4 screen yang berbeza.

Contohnya; Didi stream Netflix di iPhone, Nana stream Netflix di iPad, Jojo stream Netflix di Macbook dan Pak Atan stream Netflix di OLED Smart TV.

Jadi baru2 ni Abam Kie mengiklan di group Whatsapp dan FB. Alhamdulillah. Ada tiga org kwn nak join n kongsi bayar guna akaun Netflix Abam Kie. Jadi mereka akan bayar RM13 setiap bulan kepada abam kie sebelum tarikh pembaharuan. Jimat kan?

Sejak ada Netflix ni abam kie semakin kurang tengok ASTRO. Cuma tonton Berita dan Sukan saja. Anak2 lah yg suka tengok Netflix sampaikan Abam Kie plak x sempat nak tengok. Ishhh! Geramnya.

Jadi kepada kawan2 yg nak melanggan Netflix tu pastikan skrin TV tu cukup besar. Barulah puas hati bila menonton! Dan satu lagi pastikan line internet tu laju. Mcm abam kie yg guna unifilite 10 Mbps ni pun dah cukup laju pun. Jadi selamat menonton kepada semua rakan blogger!