Assalamualaikum. Pada 30 Disember 2018 lalu Abam Kie pergi ke cawangan RHB Islamic Bank di Kubang Kerian, Kelantan untuk mengambil geran kereta kerana pinjaman kenderaan tersebut sudah dilangsaikan. Alang-alang dah memandu jauh2 ke sana, kenapa tidak abam kie buka akaun simpanan-i di bank tersebut? Dapatlah menambak koleksi kad debit kan?

Nak buka akaun bank di RHB ni mudah aje. Mula2 sekali abam kie kena isi borang dan ambik nombor giliran. Bila nama dipanggil terus jumpa staff di situ dan cop ibu jari tangan. Bila dah dapat no akaun simpanan, staff tu suruh bank in deposit RM100 di CDM. Mujur x ramai org hari tu. Pelik gak. Biasanya bank yg lain suruh kita bayar di kaunter duit deposit tu. Lepas tu dia akan bagi kad debit Visa seperti di atas. Macam biasa, abam kie kena pi ke ATM dan tukar initial PIN tu sambil daftar no HP utk terima TAC. Hmmm..terus abam kie ambik RM50 terus sbb tgh kekurangan duit masa tu. Huhuhuhu...

Akhir sekali abam kie nak daftar internet banking RHB Now. Yg ni leceh sikit sbb staff RHB yg kena daftarkan. Mcm la kita x tahu buat sendiri di rumah. Dia siap keluarkan tablet dan minta abam kie tekan sini situ. Ikut saja la sbb nak guna perkhidmatan mereka. Huhuhuhu.. Akhir sekali dah siap!

Jadi apa kata kawan2 yg belum ada akaun simpanan tu pergi buka akaun di RHB sekarang? Selamat mencuba!