Kenapa Matematik Tambahan penting? | ABAM KIE : Man of The House


Friday, 17 March 2017

Home » » Kenapa Matematik Tambahan penting?

Kenapa Matematik Tambahan penting?


Ramai pelajar ambil Matematik Tambahan atau lebih dikenali dengan Add Math, tapi tak tau apa pentingnya Add Math pada mereka. Lebih menyedihkan, ibubapa sendiri tak tau kepentingan anak mereka ambil Add Math. Jom abam kie bongkarkan 17 sebab add math sangat penting

NO.1 BOLEH JADI DOKTOR
✔Nak jadi doktor, add math xwajib skor.. betul.. jika parent dari keluarga yg senang, memang xwajib skor.. kalau parent mampu bayar yuran IPTS yg mahal.. addmath xada pun xpa...
✔tapi.. kalau parent dari keluarga sederhana dan rendah, add math PERLU ada.. sebab nak masuk IPTA persaingan sengitttttt! Itu yg pelajar kalau xskor A add math, nak apply perubatan di IPTA, xlepas..! persaingan sengit.. of coz U nak yg terbaik anatara yg terbaik..
✔Kelebihan jika masuk sambung perubatan ialah, family semua akan bangga. Bila berjaya graduate nanti, fuhhhh.. maruah family naik tinggi di mata masyarakat.. “anak dia tu lah yg ada doktor tu..”.. bayangkan kalau nak kahwin nanti.. confirm xda mentua yg nak reject.. bakal menantu doktor kot! Gaji tinggi, fuhh.. kalau anak perempuan, confirm hantaran xmurah.. :)

NO.2 BOLEH JADI ENGINEER
✔Nak jadi engineer, tak kisah engineer apa.. add math WAJIB skor A..
✔Kalau xskor, boleh.. masuk diploma.. tapi jujurnya nak bagi tau awal2x.. suka atau xsuka, add math kena belajar balik masa diploma.. takda alternatif... sebab add math ni “alat” penting dalam ilmu engineering..
✔diploma kalau pointer tak tinggi, fuhh.. susah nak buat degree.. kalau takda degeree, masuk keje dalam bidang engineering, setakat jadi pembantu engineer sahaja lah.. gaji pun gaji diploma.. kalau kat KL, gaji diploma SIKIT..
✔engineer executive kalau keje, gaji tinggi.. bila gaji tinggi, taraf hidup naik.. kesannya sama macam doktor, iaitu family mesti bangga... “anak dia tu engineer kat PETRON*S”..

NO.3 MUDAH DITERIMA JIKA NAK AMBIL BIDANG TEKNIKAL
✔Jika berminat nak jadi Arkitek, Perancang Bandar dan Wilayah, Juruteknik, Juruukur, Mekanik dan lain-lain.. add math ni penting.. at least kena LULUS.. terutamanya jika nak sambung ke IPTA..
✔Jika nak sambung diploma, matematik modern cukup utk sesetengah bidang teknikal ini.. Cuma, jika ada addmath, LEBIH MUDAH nak diterima masuk ke bidang2x teknikal ni..

NO.4 BOLEH SAMBUNG BIDANG SAINS LAIN
✔Kalau meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat.. dalam bahasa mudah, minat keje2x berbakti kepada masyarakat.. ATAU keje2x menyelidik.. selain doktor, ada pilihan lain seperti pembantu perubatan, Juru radiologi, Ahli farmasi, Juru terapi, Saintis, Ahli biologi/kimia, Pakar nuklear, Ahli geologi/geofizik, etc
✔ Nak sambung bidang ni add math xda lah wajib.. tapi kalau ada.. membantu sangat nak dapat bidang ni..! (add math tetap ada guna pada bidang2x ni, Cuma tidak 100% macam engineer)
✔Keje berbakti kepada manusia ni pahala besar.. Cuma tidaklah famous macam dotor, engineer..

NO.5 BOLEH MASUK U MUDAH DENGAN COURSE PILIHAN PERTAMA
✔ Ramai pelajar yg result add math sederhana.. bila nak masuk IPTS, terpaksa bersaing dengan lambakan pelajar yg skor A+ add math..
✔walaupun asalnya tak semua bidang wajibkan add math.. tapi bila ada add math, University lebih suka nak ambil pelajar2x ni... kenapa? Sebab Universiti tau.. pelajar yg boleh buat add math ni, attitude TAK sama dengan yg xleh buat.. kalau yg susah boleh buat, apa pun boleh buat.. itu logiknya..
✔ Bila terpaksa bersaing, biasanya pelajar akan dapat course yg pilihan ke-5,6,7.... malah ada yg tak dapat langsung pilihan yg diminta..! sekali dapat offer UPU, course ntah apa2x.. ambik sahaja.. dah course pun ntah apa2x.. nama pelik2x.. bila keluar U nanti, memang xda banyak pilihan utk keje..! tu yg ramai menganggur.. bukan sebab apa.. antaranya ialah sebab kat U dulu terpaksa belajar bidang yg diberi, bukan yg diminta... last2x menganggur.. cuba kalau dari awal dt course pilihan pertama? Siap dengan offer biasiswa .. kemungkinan utk menganggur sangat RENDAH!

NO.6 BOLEH “SHORTCUT TEMPOH STUDY” DENGAN MASUK MATRIKULASI/ASASI/PRE-U
✔Ni paling best.. kenapa kena study lama2x kalau ada cara short cut..?
✔kalau add math skor A+, senang dapat tawaran ke matrikulasi / asasi / pre-U.. shortcut setahun awal boleh graduate.. tapi add math kalau xskor, jgn gatal2x nak masuk matrik.. MATRIK NI LAJU.. 1 TOPIK COVER DALAM 1 MINGGU..!

NO.7 MUDAH SAMBUNG STUDY DALAM BIDANG KEWANGAN/ PERNIAGAAN/ KEUSAHAWANAN
✔Jika pelajar minat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai.. maybe boleh sambung study dalam bidang seperti Pentadbiran dan pengurus bank, Perancang dan pengurus kewangan, Eksekutif jualan dan pemasaran, Pengurus pengiklanan, Eksekutif akaun, Akauntan/juruaudit, Aktuari, Pegawai bank, etc..
✔Add Math pentIng utk at least LULUS..
✔kalau xda Add Math pun boleh. Cuma persaingat sengit nak ke IPTA.. ramai pelajar xda addmath, dan bukan dari keluarga yg senang.. jadi terpaksa sambung belajar di kolej ntah apa2x.. kualiti yg dihasilkan pun tak sehebat U yg famos..

NO.8 MUDAH SAMBUNG BELAJAR
✔Umumnya, kalau ada addmath at least LULUS.. senang sambung belajar.. (sila baca point no.1 hingga 7)
✔Bila senang sambung belajar, boleh dapat course pilihan pertama, dapat biasiswa, dan.. peluang dapat keje yg bagus lepas habis belajar adalah TINGGI..

NO.9 DIGELAR PANDAI
✔Bila boleh buat addmath, masyarakat sering gelar pelajar itu sebagai “PANDAI”
✔Sebab boleh buat subjek yg SUSAH, maka dipanggil pandai.. best! (mana ada org yg sedih digelar pandai..huhu)

NO.10 KEYAKINAN DIRI NAIK
✔Bila orang keliling panggil “pandai” maka secara automatik, keyakinan diri akan naik..
✔Andai orang keliling xkata begitu sekalipun, diri sendiri yg tahu kesusahan keperitan nak buat latihan addmath akan meningkat keyakinan diri.. self esteem naik..
✔Self esteem ni penting.. sekali dah naik, pelajar tu akan percaya yg dia boleh berjaya dalam apa sahaja.. ! (u are what u think)

NO.11 MEMBANGGAKAN IBUBAPA
✔Bila add math skor.. senang sambung study.. dapat shortcut study.. dapat keje gaji tinggi.. semua tu akan membanggakan ibubapa..
✔Ibubapa mana tak bangga bila anak berjaya..?
✔Memang impian semua ibubapa nak anak berjaya..
✔Duit bukan segala-galanya, tapi segala2xnya perlukan duit.. gaji bukan segala2xnya, tapi segala2xnya kena tanya "berapa gaji..?".. kalau gaji rendah, camne nak hantar mak ayah g umrah.. melancong.. balas jasa mak ayah..?

NO.12 MUDAH STUDY TOPIK SAINS YG LAIN
✔Ni apa yang berlaku pada Cikgu Naim sendiri. Dulu masa SPM cikgu naim ambil fizik, kimia dan add math.
✔mula2x rasa susah nak faham fizik, kimia.. tapi alhmadulilah.. bila add math dah boleh skor A, subjek2x sains lain ni jadi MUDAH.. nampak “pattern” kegunaan add math dalam subjek2x ni..!

NO.13 TAK MUDAH DITIPU
✔Dunia sekarang ni kena hati-hati sebab “scammer” ada merata-rata.. penipuan mudah beraku jika ilmu di dada tak cukup
✔Antara ilmu yg penting utk elak diri kena tipu ialah ilmu Add Math.. Skim cepat kaya, skim sontot emas, dan macam2x skim penipuan.. berlaku kepada org yg kurang ilmu..
✔contohnya, ditunjukkan satu pelaburan yg konon-kononya menguntungkan.. disebabkan takda ilmu “janjang” add math, kita senang2x nak percaya.. jika ada ilmu “janjang”, kita boleh kira logik x hasil pelaburan tu sehebat tu.. dengan pengetahuan algebra, kita leh “create equation” khas nak kaji sama ada skim pelaburan tu BENAR atau TIPU.. !

NO.14 MUDAH STUDY DI UNIVERSITI
✔Kebanyakan bidang di universiti melibatkan matematik, sedikit atau banyak, tetap ada. (kecuali bidang sastera, lawyer, etc yg memang xda kena mengena dgn math)
✔Pelajar akan senang study bila ada subjek yg melibatkan math di universiti.

NO.15 JADI ORG YG TEKUN DAN TELITI
✔Add math memerlukan ketekunan, ketelitian dan kesabaran yang sangat tinggi.
✔Maksudnya, bila seorang pelajar boleh buat add math, automatik dia dah latih diri dia supaya jadi orang yang TEKUN, TELITI DAN SABAR dalam buat sesuatu
✔Sikap yg terhasil tanpa sengaja ni adalah antara sikap org berjaya..!
✔Tak kisah nak berjaya dalam apa sekalipun, memang kena ada sikap TEKUN, TELITI DAN SABAR.. in sha Allah pelajar akan mudah jadi org berjaya walau apa sahaja pilihan dibuat lepas SPM nanti! ☺

NO.16 MASA DEPAN CERAH
✔Add math menjamin masa depan yg cerah
✔ Secara langsung mahupun tak langsung, add math SANGAT membantu pelajar dari segi attitude, senang sambung study, senang dapat IPTA pilihan pertama, keyakinan diri, etc..
✔ Adalah berbaloi bersabar kuasai add math dibandingkan dengan nilai masa depan yg cerah!

NO.17 BIJAK SELESAIKAN MASALAH
✔ Orang yg boleh jawab soalan add math ialah org yg dah latih otak jadi ANALITIKAL, KRITIKAL, TELITI.. atau dalam bahasa mudah, jadi BIJAK..
✔Bijak tidak dilahirkan, tapi dicipta.. ia dapat dicipta dengan susah payah fahami add math!
✔Kesan bila boleh jawab soalan addmath ialah sampai ke tua.. hari2x yg dilalui, apa sahaja masalah cabaran kehidupan, anda akan bijak buat keputusan yg rasional.. anda boleh “crack” puzzle yg sukar dalam mencari idea mengatasi cabaran hidup.. walaupun cabaran tu xperlukan math maupun add math!
✔Skill bijak selesaikan masalah ini TERPAKSA tercipta dalam diri pelajar yg boleh kuasai Add Math..!
✔Cara berfikir pelajar jadi unik tak macam org biasa, lebih kritikal dan analitikal..!
✔Benar add math tak digunakan utk beli telur ayam di kedai runcit. Tetapi addmath diperlukan utk kira macam mana nak kembangkan bisnes kedai runcit yg jual telur itu kepada 100 kedai runcit franchise supaya untung naik 100 kaliganda!

Kesimpulannya, Add math bukan sahaja penting utk mudah sambung belajar, tetapi juga memberi impak kepada kebijaksanaan pelajar, seperti meningkatkan keyakinan diri, jadi bijak selesaikan masalah, jadi org yg tekun dan teliti. Selain tu, manfaat ilmu add math mampu elak pelajar dari jadi mangsa penipuan.

Dengan sekurang-kurangnya LULUS add math, banyak peluang sambung belajar terbuka. Ia memberi kesan pada masa depan pelajar, secara langsung mahupun tak langsung.

Ditambah pula, jika pelajar mampu skor A+ Add Math, peluang utk jadi doktor, engineer dan pelbagai bidang kerjaya hebat terbuka luas...!

P.S. Abam Kie cuma dapat C untuk Add Maths semasa SPM 27 tahun lampau! Huhuhuhu.....

10 comments:

sayidah napisah said...

alhamdulillah saya dapat addmaths A+ time SPM 2010 dulu hehe. thats why saya ambil course matematik time study degree kat UPM. sebab minat maths hehe

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

tepat sekali....

this ni3za said...

Right..Harap2 anak2 nnt minat maths..huhu

Muhammad Khairuddin Lim said...

Banyak kelebihannya

ZULHILMI TEMPOYAK said...

hahahaha... dl sll fail ja buat add math ni. Alhamdulillah ceria sket gak masa SPM. haha

...in the swim... said...

Zaman senior cambridge dulu susah dapat add maths A tak macam zaman sekarang.

Jia Rizaira said...

Dulu dapat 6D utk Add Math. Tapi sambung belajar amik kos matematik. Dah blaja kat U, senang rupa2nya add math. Napelah masa skolah dlu stuck add math. hehe

Abdul Wafi said...

Ambo dulu spm 2005, add math dpt 3B jah, alhamudlillah dpt masuk metrik

C i k R e n e x said...

Banyak kptgn add mathnya.huhu
Kalau ada yang tanya soalan add math sekarang,memang sy dah lupa. Lama dah tinggal.hee

nohas said...

seronok blajar maths ni..mmg betul perlukan kesabaran & ketelitian..
banyak dah lupa..formula2 tangen, sine..

;