Monday, 11 March 2019

Apabila Dekoder Njoi Rosak


Entah macamana pada satu petang diawal bulan Januari 2019 abam kie diuji lagi. Semasa abam kie nak tengok TV kat dapur tu tetiba je skrin TV ni menjadi gelap gelita. Tengok di LED decoder Njoi tu menyala aje. Bila abam kie cucuk USB drive kat TV untuk tengok movie OK je. Ni sah2 dekoder Njoi ni yg buat hal.

Esoknya abam kie pergi ke sebuah kedai elektronik di Tanah Merah ni untuk membaiki dekoder berkenaan. Tuan kedai tu kata dia akan cuba baiki. Seminggu kemudian abam kie pergi ke kedai tu untuk mengetahui status pembaikian dekoder tu. Dia kata dekoder tu beyond repair or total lost! Jadi kalau nak terus guna Njoi di rumah kena beli yg baharu la. Huhuhuhu... Dia kata memang puak2 Astrok ni bijak. Mereka akan pastikan dekoder yg dah rosak tu tak leh dibaiki lagi. Jahatnya kamu!

Abam Kie inginkan kepastian dengan menghubungi Astro. memang sah la dekoder Njoi ni cuma ada tempoh jaminan selama 1 tahun je. Kalau rosak selepas setahun maka kena install baru la. Berbeza dgn pelanggan Astro berbayar, jika dekoder rosak, telefon je Astro dan technician bertauliah akan dtg tukar dekoder tu dgn yg baharu tanpa segala bayaran gitu!


Dekoder Njoi yang baharu ni lebih kecil saiznya

Esok paginya abam kie pergi ke sebuah kedai elektrik yg merupakan ejen Njoi di pekan ni. Nak pasang baru kena bayar RM405! Bayar je la. Kalau tak, maka tak boleh tgok TV la kat dapur tu. Di ruang tamu memang dah ada ASTRO. Malas berebut TV dengan anak2 bila mereka nak layan Korea. Abam Kie tgok berita je. Huhuhu...

Petang hari itu gak pemasang Njoi call nak dtg pasang Njoi! Cepatnya! Bagus tu kalau semua penyedia perkhidmatan cekap mcm ni. Pasangnya kejap je. Terus dapat tonton Njoi kembali biar pun siarannya terhad. Begitulah kisah abam kie ditimpa musabah bertimpa2. 

17 comments:

  1. marketing strategy abam kie, mmg dh mcm tu sama la ngn hset ke latop ke, limit berapa tahun jer then kena baiki tambah ram atau tukar baru...

    ReplyDelete
  2. kita guna mytv jer a.kie..:)

    ReplyDelete
  3. Macam ayah kinah pulak dekoder njoi dia kena sambar dengan kilat. Nak tak nak memang kena install baru jawabnya. Sabar Abam Kie ada hikmah nya semua tu

    ReplyDelete
  4. Marketing yang sangat effective.. Saya plak memang takde pakai astro dah, sebab saya pakai hppytv, tuepun jarang tengok tv jugak..

    ReplyDelete
  5. Ini juga yang babah mama PC lalui di kampung.Cukup setahun terus out.Call,cakap suruh daftar baru..install semula.Modal semula.Tak apalah terima kasih.Dia punya slogan daftar sekali pakai selamanya..ingatkan rosak diganti..rupanya tak.Sama ada penerangan masa daftar tidak telus atau kami pelanggan dan pengguna yang khilaf.

    ReplyDelete
  6. ooo..patut la njoi ni bayar sekali aje untuk pasang tu kan..rupanya waranti dia setahun aje..dekoder pulak tak tahan lama...

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing your experience abam kie. Baru la sarie tau begini kisahnya tentang njoi ni.

    ReplyDelete
  8. alahai bertabah ye abam..

    ReplyDelete
  9. bertabahlah abam kie. dunia semuanya hehe

    ReplyDelete
  10. biasalah tu depa pun buat bisneskan
    hihi

    ReplyDelete
  11. nk buleh rezeki lain tu. insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Sabar je la Abam Kie. Myra dah dekat 2 tahun without Astro and that's for the sole reason of having to pay for Unifi service that's also comes with hypp TV- limited channel but I've signed up for Netflix so that's below RM200 with TV, Internet and entertainment. Jimat juga berbanding dulu kena bayar Astro, Streamyx and video subscriptions bagai.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  13. nisa pakai mytv.. okay la..best tak njoi?

    ReplyDelete
  14. Guna mytv lagi murah.
    banyak juga channelnya

    ReplyDelete
  15. halamak.. mahalnye.. baru nak berniat pasang enjoy.. x jadi la ni. haha

    ReplyDelete
  16. kesian juga...

    terpaksa memgeluar duit lagi..

    apa-apapun bersabarlah Abam hahahaha

    ReplyDelete
  17. bertabah. terpaksa keluar duit sikit kan.

    | pendidikan4all |

    ReplyDelete