Friday, 31 July 2015

Mari Belajar ABC


Assalamualaikum. Ini adalah sesuatu yang baik untuk dikongsi, dihayati dan diamalkan. In Sha Allah, kehidupan kita akan pasti selamat dunia dan akhirat.

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...
Please jgn simpan utk diri sndiri tp kongsi dengan kawan2.

?

Wednesday, 29 July 2015

Beg Kembara Dalam But Kereta


Assalamualaikum. Adakah kawan2 menyimpan beg kembara di dalam but kereta? Abe Kie memang ada menyimpan sebuah beg kembara di dalam but kereta. Kenapa abe kie berbuat demikian? Mudah je alasannya. Sekiranya abe kie terpaksa bermalam di mana2 secara emergency maka mudah la abe kie nak menggantikan pakaian. Jadi beg ni sangatlah membantu semasa on-the-go. Nak tahu apa yg abe kie letakkan di dalam beg tersebut? Antara barang2 tu adalah:

1. baju T
2. kain pelikat
3. seluar dalam
4. kopiah
5. seluar trek
6. tuala
7. berus gigi
8. ubat gigi

Jadi kepada lelaki2 di luar sana pastikan anda sentiasa menyimpan beg kembara di dalam kereta untuk tujuan bermalam di rumah mak mentua atau pun bini muda. Oppss!

Monday, 27 July 2015

Rumah Terbuka Abe Kie dan Kak Ton

Tetamu sedang mengambil makanan yang disediakan oleh tuan rumah

Buat julung2 kalinya abe kie dan kak ton menganjurkan majlis rumah terbuka secara keci-kecilan pada 4 Syawal lalu. Pada kali ini kami menjemput kaum keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan anak2 murid sahaja. Oleh kerana cuma kami berdua yang menyediakan makanan dan minuman pada kali ini, maka bilangan jemputan dihadkan. Lagipun jalan masuk ke rumah abe kie tu jalan mati, jadi susah sikit nak parking kereta. Menu kali ini cumalah laksa Penang dan Kelantan berserta kuih raya. Pada mulanya ramai yg kata mungkin x dapat hadir tapi akhirnya ramai juga yang muncul. Alhamdulillah.

Abe Kie diapit oleh tetamu2 dari Pahang iaitu Mohd Faizul Ali (seluar cream) dan 
Zainuddin  Yunus (seluar hitam). Maaf jika kami nampak boroi. Hehehehe....

Pada jam 10 pagi ibu mentua, kakak ipar dan adik ipar sudah sampai untuk menolong kami di dapur. Syukur, Alhamdulillah. Sejam kemudian murid2 abe kie sudah mula datang sedangkan makanan belum siap! Mujurlah mereka sanggup menunggu. Rasanya hampir 30 orang murid dan bekas murid abe kie datang ke rumah abe kie sempena jamuan rumah terbuka itu.


Bekas2 pelajar tingkatan 5 Sains 2 2014 sempat bergambar sebelum pulang

Waktu puncak ialah selepas Zuhur dimana keluarga dari Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang datang berpusu-pusu. Sampai abe kie dan kak wan terpaksa bergilir solat Zuhur. Tetamu terakhir ialah jiran terdekat kami iaitu Ustaz Azhar yang datang selepas Isyak dengan isteri dan enam orang anaknya. Selepas mereka pulang barulah abe kie dan kak wan dapat masuk tidur. Apa2pun majlis tersebut berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah.

Friday, 24 July 2015

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 1436H


Assalamualaikum. Hari Raya Aidil Fitri 1436H disambut dengan meriah oleh Abe Kie, Kak Ton dan anak2 kami. Setelah 4 tahun menyambut raya berseorangan kini tibalah masanya untuk Abe Kie menyambutnya sebagai suami. Kak Ton lagilah gembira sebab inilah julung-julung kalinya dia menyambutnya sebagai isteri. Pada malam raya tu abe kie pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak. Selepas balik tu sempatlah buat sedikit persiapan raya. Dekat jam 12 baru masuk tidur. Dah la tidur lewat, kul 4 dah terjaga. Terus tak boleh tidur. Kemudian abe kie pergi solat subuh di masjid. Selesai solat, kami balik untuk menjamah sedikit juadah ringan. Kul 8 pagi kami ke masjid lagi untuk solat sunat Aidil Fitri. Selesai solat hari raya, abe kie, kak ton dan anak2 pergi beraya ke kampung kak ton di Pasir Mas Kelantan.

Rumah yang pertama kami tujui sudah tentulah rumah ibu mentua abe kie yg kami panggil 'Mek'. Selepas beraya di rumah Mek, kami bergerak ke rumah Kak Moh iaitu kakak ipar abe kie. Sebelah petangnya kami beraya ke rumah bapa saudara kak ton, iaitu Pakcu Aziz. Dia ialah ustaz pencen yang kini menjadi imam di Pondok Haji Omar, Kubang Bemban. Selepas itu kami menuju ke rumah abang ipar abe kie yang dipanggil Abe Kie gak. Eh! Nama kami sama la... Dalam perjalanan ke rumah Abe Kie hujan turun dengan lebatnya beserta ribut kencang. Sebelum kembali ke Tanah Merah, kami menunaikan solat Asar.


Pada hari kedua, kami balik ke kampung abe kie di Machang, Kelantan pula. Kami bertolak pada jam 10 pagi bagi mengelakkan kesesakan trafik. Rumah pertama kami tujui ialah rumah bapa saudara abe kie iaitu Abe Ail. Sempat juga melihat anak sepupu kembar abe kie bernama Mohd Faris dan Mohd Haris yang berusia 3 bulan. Kemudian kami ke rumah arwah Pakcik pula. Dia ialah abang kepada arwah Ma. Nampaknya semua sepupu abe kie ada di rumah pada masa itu. Selepas itu kami menuju ke rumah ibu saudara abe kie yang kami panggil Su. Su ditemani keluarga anak perempuannya Lin kerana anak lelakinya Awe pulang beraya ke Perak.

Perjalanan beraya di kampung abe kie diteruskan ke rumah ibu tiri abe kie iaitu Mak Su Ani. Di sini kami dijamu dengan nasi arab dan sup tulang. Kemudian kami menuju ke rumah jiran abe kie iaitu Mak Adik. Dia ialah guru Al-Quran di kampung abe kie. Akhirnya kami berehat di rumah kakak kedua abe kie iaitu Kak Yah. Kakak ketiga abe kie iaitu Kak Nah dan suaminya Abe Mie sudah sampai di kampung dari Bangi. Cuma kakak sulung abe kie iaitu Kak Zun yg masih belum sampai gara-gara traffic jam. Akhirnya Kak Zun sekeluarga sampai di kampung pada jam 6 pm.  




Akhirnya abe kie bertolak balik ke Tanah Merah pada jam 8pm kerana ingin mengelak traffic jam. Dua hari raya yang meletihkan bagi abe kie, kak ton dan tiga puteri kami namun ianya saat yang indah kerana dapat berkunjung ke rumah kaum keluarga dan saudara-mara bagi merapatkan silaturrahim.




Wednesday, 22 July 2015

Sumbangan Hari Raya Dari Ketua Wanita UMNO Tanah Merah



Pada hari Selasa terakhir Ramadhan sekembalinya abe kie dari sekolah, isteri menghulurkan sepucuk surat daripada Ketua Wanita Umno Bahagian Tanah Merah. Katanya pada malam nanti akan diadakan majlis pengagihan sumbangan Hari Raya. Maka pada malamnya lebih kurang pukul 10, abe kie bergegas ke dewan serbaguna di kampung berdekatan untuk menerima sumbangan tersebut. Ramai sungguh org yg dtg. Al-maklumlah siapa tak nak barang free kan? Setibanya di sana, abe kie mendapat satu kotak yang tertera pelekat nama dan foto Ketua Wanita Umno berkenaan iaitu Cikgu Dayang. Terfikirlah dalam hati apakah isi kandungan kotak tersebut?


Setibanya di rumah apabila abe kie membuka kotak berkenaan barulah abe kie tahu isi kandungannya. Rupa2nya abe kie mendapat 3 buah periuk dan senduk. Hmmm...ok jugak la. Boleh guna untuk memasak rendang raya nanti. Barangan tersebut ditempah dari kedai 1Malaysia rupa2nya. Apa2 pun, terima kasih kepada cikgu Dayang dan barisan kempimpinan UMNO Bahagian Tanah Merah.

Monday, 20 July 2015

Menimbun halaman rumah dengan pasir dan batu kuari


Selepas kerja-kerja penyambungan dapur tempohari, banyak pasir yang terlebih jadi saya mengambil keputusan untuk menimbun halaman rumah saya dengan pasir dan batu agar rumput susah mahu naik.



Ini ialah timbunan batu jalan yang terlebih tempohari. Selain daripada digunakan untuk menimbun jalan masuk yg becak, ia boleh ditabur di atas tanah agar rerumput sukar tumbuh. 


Inilah laman tepi rumah saya yang masih dipenuhi rumput. Hajatnya nak turap dengan pasir dan batu selepas raya ni. Tengok tu! Saya menindih rumput dengan kepingan zink agar ia mudah mati dan reput. Ini dapat memudahkan kerja saya kelak.

Friday, 17 July 2015

Kad-kad raya untuk kawan-kawan alam maya



Pertama sekali abe kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca setia blog abe kie yg suam2 kuku ini. Pada raya kali ini abe kie turut meneruskan tradisi lama iaitu menghantar kad2 raya kpd kwn2 maya di FB dan blog. Tahun ini abe kie mengepos 9 keping kad sahaja kepada mereka dengan harapan mereka akan membalas kad raya abe kie tu. Jangan plak bagi alasan takut x sampai kad sebelum raya kerana kita kan beraya selama sebulan? 

Semoga dengan penghantaran kad raya seperti ini akan dapat merapatkan ukhwah sesama ummah. Memang la boleh ucapkan selamat hari raya menerusi media sosial tetapi 'feel' itu x ada. Kalau dgn kad raya ni boleh la dipegang, ditengok dan disimpan. Betul tak kwn2 yg kacak dan cantik sekalian? Jadi apa lagi? Hantarlah sekeping kad raya kpd abe kie skrg juga kerana anda pasti akan mendapat balasannya dari Tanah Merah, Kelantan!

  

Wednesday, 15 July 2015

Pakai baju bawa mesej lucah



Assalamualaikum. Ada tak kawan2 perasan tentang mesej yg tercetak di atas baju pemuda yang sedang solat itu? Sepatutnya dia tidak memakai baju sedemikian kerana ini akan menimbulkan tanggapan negatif kepada si pemakai. Seharusnya dia memakai baju yg tiada slogan gejala maksiat seperti itu apabila ke masjid.
 

Manakala remaja perempuan ini dengan selamba menggayakan t shirt yg mempamerkan mesej negatif iaitu seks luar tabii. Maksudnya melakukan seks oral ke atas lelaki lebih baik dari menganggur. Saya rasa budak perempuan ini faham maksud slogan itu cuma dia mahu berbangga kerana mampu menggayakan baju yg demikian. Nak kata dia tak faham bahasa Inggeris pun mungkin tidak. Namun apabila abe kie menanyakan maksud 'blowjob' kepada beberapa kwn perempuan mereka mengakui tidak faham akan maksud perkataan itu. Oh! Betapa 'naive'nya mereka.

Apa2 pun berhati2lah sebelum menggayakan baju yg mengandungi mesej tertentu. Takut pulak anda dikatakan tidak tahu adab kesopanan dan kesusilaan pulak. Ataupun mungkin anda dianggap membodohkan diri sendiri di atas ketidakpekaan tersebut. 

Monday, 13 July 2015

Mangsa Mercun Buatan Sendiri Tak Pernah Serik


Assalamualaikum. Sedih dan geram betul abe kie lihat orang2 senegeri abe kie masih berdegil membuat mercun sendiri semata-mata nak melepaskan gian dan mendengar bunyi dentuman! Pada awal Ramadhan lalu seorang pelajar tingkatan 3 di Wakaf Bharu telah hancur carinya gara2 bermain mercun buatan sendiri. Akibatnya dia mungkin sukar menduduki PT3 nanti.


Yang terkini seorang bekas tentera berusia 26 tahun telah hancur pergelangan tangannya kerana mercun buatannya tetiba meletup semasa memampatkan isi belerang dan sebagainya. Kejadian itu berlaku di Kampung Galok, Pasir Mas selepas waktu sahur minggu lepas.


Di atas tu gambar dada mangsa yang dimasuki bilah besi. Kesian gak tengok. Tapi apakan daya kalau berani buat berani tanggung la!


Abe Kie menyeru remaja, kanak-kanak dan lelaki dewasa Kelantan khasnya dan Malaysia amnya agar berhenti membuat eksperimen dengan mercun buatan sendiri. Kalau dah jadi OKU macam ni memang x guna. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kalau dah tengok foto2 mcm ni masih lagi x insaf x tahu apalah abe kie nak cakap........ Sendiri mahu ingatlah!

Friday, 10 July 2015

Tidak Cukup 20 Sen Nak Bayar Tol




Assalamualaikum. Abe Kie tertarik untuk berkongsi satu cerita menarik yang ditulis oleh Encik Abd Ghani Haron tentang situasinya yang tidak cukup duit sebanyak 20 sen untuk membayar tol. Baca dan hayatilah. Terima kasih.

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyelok poket mencari duit RM1.60 bayaran tol. Baru sedar tak bawa wallet. Menyelongkar dalam dashboard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhentikan kereta agak jauh dari rumah tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet belakang, namun duit 20 sen tak ditemui.

Nak telefon anak suruh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu. Semasa berdiri luar kereta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatakan tidak. Masa itu saya hilang rasa malu meminta kepadanya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol. Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit, dan menyuruh saya menerimanya. Dia berlalu dengan ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.

Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita, sebanyak mana harta kita, setinggi mana kedudukan kita, sebaik mana kenderaan kita,  itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup. Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada, kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka. Tuhan boleh takdirkan apa juga. Mungkin kerana kereta kita besar, hebat, kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong, picit hon kpd kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.

Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada, tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup. Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah, besar nilainya. Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip, tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan. Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.

Bila kita ditimpa kesusahan, bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap, kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada. Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja, tetapi OKU yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.

Allah selalu menegur kita, cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita, yg dinampakkan kpd kita. Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress. Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalam Quran, Allah ada menyebutkan 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir'. Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan.

Wednesday, 8 July 2015

Memasang Astro Njoi di Dapur Baharu



Assalamualaikum. Setelah siap menyambung ruang dapur di rumah maka timbul keinginan untuk membeli TV baharu. Lalu abe kie membeli TV Samsung 32 inci sahaja sebelum GST dilaksanakan. Bila dah ada TV kena ada siaran kan? Nak langgan satu lagi akaun ASTRO memang x mampu kan? Lalu abe kie dan kak wan membuat keputusan untuk membeli Astro Njoi aje. Dengan kos RM428 termasuk pemasangan, kami mendapat 27 saluran TV termasuk 2 saluran HD dan 20 saluran radio. Mahal la sikit tapi berbaloi la sebab sekali bayar je. 

Dekoder njoi ini dipasang di ruang dapur. Kami letak TV kat dapur bagi mengelakkan anak2 makan di depan TV di ruang tamu. Bila makan di ruang tamu maka berselerak dan kotor la ruang tersebut. Kami nak melatih mereka agar makan bersama kami di meja makan. 

Sambil menunggu waktu berbuka puasa tu dapatlah tengok Edisi 7. Pas tu boleh buka THR Gegar untuk mendengar azan Maghrib. Bijak ke idea abe kie dan kak wan? Kepada kawan2 yang nak melanggan njoi tu boleh la mendaftar segera. Boleh gak hadiahkan kpd ibu bapa di kampung kan? Jangan plak x nak balik kg sebab nak jimatkan duit!

Monday, 6 July 2015

Menu makanan rohani sepanjang Ramadhan



Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 yang dihormati sekalian? Bagaimana dengan puasa tahun ini? Penuh dengan cabaran ke atau biasa2 aje. Di sini abe kie ingin berkongsi menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia. Sila hayati dan amalkannya, OK?

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Wednesday, 1 July 2015

Jangan berlama di dalam bilik air


Siapa suka mandi sambil bernyanyi???

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak cucu Adam untuk berada di bumi.

"Ya Allah,, Adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,, maka berilah pula aku tempat tinggal ! Kata Iblis.. 

Allah berfirman,  "Tempat tinggalmu adalah kamar mandi atau tandas" (HR. Bukhari)

Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa kamar mandi. Godaan iblis macam-macam dan aneka warna. Contohnya; menggoda manusia supaya:

1. Berlama-lama di dalam bilik mandi..
2. Bernyanyi atau berkata-kata..
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa hp mendengarkan muzik, ber'facebook')..
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung di dalam bilik mandi..
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi..
7. Mengambil Wuduk sambil telanjang..
8. Mencoret-coret dinding bilik mandi..
9. Merencangkan kejahatan
10. Onani di dalam bilik mandi air mani akan bercampur air mani iblis, menyebabkan terlahirlah toyol..

Maka,, hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas.. Dan tips yang baik adalah mandi, buang air dll sewajarnya saja.. lebih cepat lebih baik..

Sekarang Anda mempunyai 3 pilihan:

1. Anda: - Aku akan biarkan tulisan ini tetap di sini saja..
2. Malaikat: - Ingatkan pada teman yang anda kenal.. Sebarkanlah..!
3. Syaitan: -Tidak usah penat2 dan sibuk-sibuk menyebarkan tulisan ini..Biarkan saja di sini.. Kalau boleh padamkn saja.. Mereka tidak perlu membaca tulisan ini..

Ilmu agama... Silakan Share untuk kawan-kawan yang lain...
   ..MOGA BERMANFAAT..
;