Tetamu sedang mengambil makanan yang disediakan oleh tuan rumah

Buat julung2 kalinya abe kie dan kak ton menganjurkan majlis rumah terbuka secara keci-kecilan pada 4 Syawal lalu. Pada kali ini kami menjemput kaum keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan anak2 murid sahaja. Oleh kerana cuma kami berdua yang menyediakan makanan dan minuman pada kali ini, maka bilangan jemputan dihadkan. Lagipun jalan masuk ke rumah abe kie tu jalan mati, jadi susah sikit nak parking kereta. Menu kali ini cumalah laksa Penang dan Kelantan berserta kuih raya. Pada mulanya ramai yg kata mungkin x dapat hadir tapi akhirnya ramai juga yang muncul. Alhamdulillah.

Abe Kie diapit oleh tetamu2 dari Pahang iaitu Mohd Faizul Ali (seluar cream) dan 
Zainuddin  Yunus (seluar hitam). Maaf jika kami nampak boroi. Hehehehe....

Pada jam 10 pagi ibu mentua, kakak ipar dan adik ipar sudah sampai untuk menolong kami di dapur. Syukur, Alhamdulillah. Sejam kemudian murid2 abe kie sudah mula datang sedangkan makanan belum siap! Mujurlah mereka sanggup menunggu. Rasanya hampir 30 orang murid dan bekas murid abe kie datang ke rumah abe kie sempena jamuan rumah terbuka itu.


Bekas2 pelajar tingkatan 5 Sains 2 2014 sempat bergambar sebelum pulang

Waktu puncak ialah selepas Zuhur dimana keluarga dari Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang datang berpusu-pusu. Sampai abe kie dan kak wan terpaksa bergilir solat Zuhur. Tetamu terakhir ialah jiran terdekat kami iaitu Ustaz Azhar yang datang selepas Isyak dengan isteri dan enam orang anaknya. Selepas mereka pulang barulah abe kie dan kak wan dapat masuk tidur. Apa2pun majlis tersebut berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah.

8 Comments

  1. Selamat hari raya buat Abe kie Dan kak ton..
    seronok bila sanak saudara Dan rakan taulan dtg berkunjung raya dirumah kita kan abekie ;)

    ReplyDelete
  2. a.kie tak ajak pon cik nor,,kihkih

    ReplyDelete
  3. Masih lagi dalam mood raya nampaknya Abe Kie..:)

    ReplyDelete
  4. wah meriah majlis rumah terbuka nya ramai yg hadir.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Seronoknya dpt buat open house.. :)

    ReplyDelete
  6. oo cikgu rupenye abe kie..
    thn ni xramai yg wat open house..rs mcm xraya je tahun ni..
    ye laa..gaji lambat lg menjelang..sume risau takut bajet lari..hihi

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya abe kie @ cikgu,,

    saya follow ye,,

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.