Selepas kerja-kerja penyambungan dapur tempohari, banyak pasir yang terlebih jadi saya mengambil keputusan untuk menimbun halaman rumah saya dengan pasir dan batu agar rumput susah mahu naik.



Ini ialah timbunan batu jalan yang terlebih tempohari. Selain daripada digunakan untuk menimbun jalan masuk yg becak, ia boleh ditabur di atas tanah agar rerumput sukar tumbuh. 


Inilah laman tepi rumah saya yang masih dipenuhi rumput. Hajatnya nak turap dengan pasir dan batu selepas raya ni. Tengok tu! Saya menindih rumput dengan kepingan zink agar ia mudah mati dan reput. Ini dapat memudahkan kerja saya kelak.

3 Comments

  1. selesa utk pejalan kaki n xbecak kala hujan tu...

    ReplyDelete
  2. Lebih selesa tanpa perlu memikirkan kerja nak potong rumput kan..

    ReplyDelete
  3. baik ditanam dengan pokok kawasan lapang tu atau dengan rumput karpet
    dapat suasana sejuk sekitar rumah
    cadangan je abe kie,, jangan maroh deh.. hahaha

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.