Baru2 ini saya didatangi oleh seseorang yang bercerita hal perkahwinan yang berkocak. Diam dan terkedu mendengar cerita beliau.

Berita begini saban hari kita dengar. Samada di tempat kerja atau luar tempat kerja.
Sebagai orang tua, saya hanya ingin berpesan begini....
Jika kita suami orang. Usah cepat tergoda dengan wanita sekeliling kita. Apalagi kalau wanita itu tergedik2 dan lembut mengoda. Bersikap sombong lah kepada mereka sebab kita adalah suami orang. Bukan tugas kita untuk mendengar masalah peribadi mereka. Menolong itu dan ini hal2 tidak bersabit kerja.
Tidak perlu bersikap gentleman kepada mereka. Bersikap gentleman hanya untuk isteri dan anak2 kita. Sebab lama kelamaan dikhuatiri perasaan tersuka akan muncul dan akhirnya bukan lagi tersuka tetapi suka yang amat sangat. Pada saat ini gelora tersuka sudah tidak terkawal......
Jika kita isteri orang. Usah tergedik2 dengan kaum lelaki bukan mahram. Apalagi bersuara lemak merdu mengoda. Jangan diselangi dengan mengilai manja. Mengilailah dengan suara garau dan keras. Mereka bukan suami kita. Bersikap biasa dan bersahaja. Takut nanti ada yang tergoda. Bertertib terning lah kita. Jangan sampai orang berbulu mata. Bersikap romantik dan bersweet2 dan bergula2 hanya dengan suami kita. Bukan dengan lelaki lain.
Jika kita perempuan bujang. Elak terjebak dengan suami orang. Usah fikir hati kita yang sedang berbunga, fikirkan hati yang sedang berduka. Usah gumbira bahtera yang ingin dilayari, fikirkan bahtera yang sedang karam. Usah bangga membina sebuah mahligai baru sedangkan kita meruntuhkan mahligai orang.....
Jika takdir berbagi kasih. Yang muda usah meroyan tamak haloba bolot itu dan ini. Bersikap belas kasihan kepada yang tua. Mengalah lah. Kita kan mengambil hak orang. Kata menumpang kasih. Tumpanglah bukan membolot semua kasih yang ada....
Jika takdir berbagi kasih. Suami mesti bersikap adil. Adil hati dan perasaan mungkin sukar. Adil material mesti boleh. Kita kan mampu. Usah digilap permata baru seharian sedangkan permata lama tersadai dibucu pintu. Belas kasihan kepada mereka. Mereka bersama kita sedari awal. Sekali mereka terluka parut itu kekal selamanya.....
Betul. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Tapi untuk bertepuk mesti bersebab. Sebab dan asbab kita yang cari....
Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari membaikpulih....
😊😊😊

9 Comments

  1. Betul. Saya setuju. Mula dengan berkongsi cerita dan masalah , lepas tu rasa kesian dan simpati, lama-lama menaruh hati pulak. Harus dielak dari awal. Kalau ada yang cuba menceritakan masalah peribadi, minta dia meluah dengan kaum sejenis adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Pokok pangkal kena jaga pergaulan itu benteng awal.

    ReplyDelete
  3. senang kata diri sendiri kena pandai kawal bergaul dengan orang lain. iman kena kuat juga

    ReplyDelete
  4. jangan tambah masalah yg dah sedia banyak kan cikgu

    ReplyDelete
  5. Istilah sekarang 'jangan suka menyondol'

    ReplyDelete
  6. kebanyakan lelaki yg kawen ramai dan abaikan isteri tua dan anak2 isteri tua tak fikir kifarah yang menunggu. Bila anak2 dah besar semua menjauhkan diri dari si bapak, semua nak bawak mak (isteri tua) je jalan2 atau bagi hadiah kat mak je. Masa tu baru la si bapak ni sedar camane rasanya diabaikan.

    ReplyDelete
  7. Fuhh..nasib baik ku solo dan ku xkacau laki org..haha..not my taste

    ReplyDelete
  8. Moga Cuya dapat menjauhi sikap2 yang tak disukai ramai ni. Risau zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. It takes two to tango begitu.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.