Berikut adalah 𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 yang perlu dibaca dan difahami oleh semua kakitangan awam seperti saya ni. Semoga senarai nota ini memberikan manfaat kepada kita semua.

                                               
1. Bersara paksa/wajib – 55/56/58 dan 60. Lantikan selepas 1.1.2012 tiada opsyen, bersara paksa pada usia 60tahun

2. Bersara pilihan – syarat umur lebih 40 tahun, servis 10 tahun, tiada tatatertib dan diperaku KJ. 

3. Lantikan sebelum 12.4.1991 – kalau pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 45 tahun/50 tahun 

4. Lantikan selepas 12.4.1991 – kalau pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 55 tahun (termasuk yg dah sign opsyen 60 tahun)

5. Ganjaran dan GCR dibayar terus kalau bersara pilihan, ikut umur bersara pilihan yg dipilih

6. Bersara atas sebab kesihatan (medical board) – pencen bulanan, ganjaran dan GCR dapat terus umur dibersarakan. Kiraan pencen dan ganjaran menggunakan Tempoh perkhidmatan secara Isyarat.

7. Formula penting :

- Pencen bulanan : 1/600 x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir

- Ganjaran : 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir

- GCR : 1/30 x bilangan hari GCR x (Gaji pokok + elaun tetap)

8. Elaun tetap yg dikira untuk GCR = IT Khidmat Awam, IT Perumahan, IT Jawatan Utama , IT Keraian 

9. Pencen terbitan = pencen bulanan dibayar kepada waris apabila pegawai meninggal dunia 

10. Pencen Tanggungan = bayaran tambahan kepada faedah persaraan lain sekiranya pegawai meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana semasa menjalankan tugas rasmi dan penyakit berkait terus dengan tugas rasmi

11. Waris penerima pencen : suami/isteri dan anak2 di bawah 21 tahun. Sekiranya sedang belajar, sehingga tamat ijazah pertama atau berkahwin, mana yg terdahulu.Anak OKU cacat otak atau hilang upaya kekal dan tidak berupaya menanggung diri, dibyr sepanjang hayat.

12. Anak OKU yg memilik kad OKU tidak automatik menjadi penerima pencen terbitan sepanjang hayat  

13. Anak OKU hendaklah diperiksa oleh Pegawai Pakar Perubatan Hospital Kerajaan sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Penetapan Anak OKU Tanggungan Pesara (JKACT) di JPA bagi tujuan pembayaran pencen terbitan seumur hidup sekiranya ibu bapa meninggal dunia.

14. Bagi pegawai bujang yang meninggal dunia, ibu/bapa tidak layak menerima pencen terbitan, namun layak terima Ganjaran terbitan, GCR an ex gratia terbitan.

15. Sekiranya pegawai bujang yang meninggal dunia tiada ibu/bapa yang masih hidup, maka wakil yang sah contohnya adik beradik/saudara mara terdekat boleh memohon untuk menerima Ganjaran dan GCR pegawai.

16. Balu/ Duda – sekiranya dikahwini masa dalam perkhidmatan, layak terima pencen terbitan seumur hidup, walaupun berkahwin semula.  

17. Balu/Duda - yang dikahwini selepas bersara (dan anak drpd hasil perkahwinan selepas bersara), layak terima pencen terbitan terhad sehingga 20 tahun daripada tarikh persaraan pegawai.

18. Syer pencen terbitan : Balu/duda – 2 syer, anak – 1 syer setiap seorang 

19. Syer ganjaran dan GCR : Balu/duda dan anak2 – 9/10. Ibu/Bapa tanggungan – 1/10

20. Pencen bulanan, Ganjaran, GCR tidak dikenakan cukai KECUALI Pencen bulanan yang diterima sebelum umur 55 tahun (bagi lantikan sebelum 12.4.1991 yang bersara sebelum usia 55 tahun) dan sekiranya menerima lebih daripada satu pencen dalam satu masa, hanya pencen tertinggi dikecualikan daripada cukai. 

21. Ex Gratia kematian sekaligus dibayar bagi pegawai yang meninggal dunia dan perkhidmatan kurang daripada 20 tahun. 

*Mohon maklum sekiranya ada kesilapan fakta. Terima kasih.