Assalamualaikum. Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) sekolah Abam Kie telah menganjurkan majlis jamuan akhir tahun pada 28 Jan lalu di Hotel Perdana Kota Bharu bermula jam 12 tghari. Abam Kie tumpang kereta rakan setugas iaitu Ustaz Zulmajdi. Kami meredah hujan sederhana untuk sampai ke lokasi majlis.

Tema jamuan akhir tahun 2022 ialah 'denim'. Huh! Susah gak nak cari persalinan yang menepati tema sebegini. Abam Kie cuma pakai jeans, kemeja lengan pendek dan hoodies je. X de niat pun nak menang the best dress pada hari tu.

Abe Kie bergambar dengan Abg Mat Zain yang berdiri di tengah tu. Bulan September nanti dia akan bersara wajib pada usia 60 tahun. Manakala di sebelah kanan tu Cikgu Mawi yang baru berpindah dari Negeri Sembilan tahun lepas. Pada hari tu Mawi menang the best dress! Tahniah sekali lagi kepada Mawi yang dilantik sebagai pengerusi baharu KGKT sesi 2023/24. Abam Kie pulak kena jadi AJK. Huhuhu....

 
 
Yang jadi cameraman tu Cikgu Din. Dia ada juga buat biz bridal. Pasang pelamin. Kalau hujung minggu dan cuti sekolah memang dia tak menang tangan melayan tempahan pelamin di seluruh negeri Kelantan! Hebat dia! Manakala di sebelah kanan tu pembantu operasi pejabat bernama Azmeer. Dia pun baru datang awal tahun lepas.
 
Untuk segemen cabutan bertuah tu abam kie x dapat apa2 pun. Cuma dapat door gift je. Huhuhu...Memang susah la nak menang. Sejak dulu2 pun bukan bernasib baik. 
 
Demikianlah catatan ringkas majlis jamuan akhir tahun KGKT sekolah abam kie. Terima kasih kerana sudi membaca.