Assalamualaikum. Pada cuti Hari Kebangsaan tempohari, Abam Kie sekeluarga pergi berjalan-jalan ke SRZ Ternak Jeram Mengaji, Pasir Puteh. Tempat ni dah lama viral sebab ada ladang tenusu ala-ala New Zealand gitu. Perjalanan dari Tanah Merah ke Jeram Mengaji tu ambik masa 1 jam gak sebab kami hampir tersesat. Mujurlah kami ni tak malu bertanya. Kalau malu, memang tak jumpa la lokasi wisata ini. Huhuhu....

Mula-mula sampai tu kena wefie dululah tanda sudah datang ke situ. Ada juga tempat menunggang ATV, giant swing, kayak dan flying fox tapi masa Abam Kie sampai tu tak ada orang yang guna mungkin sebab awal lagi, dalam jam 10 pagi gitu. 

Snap foto dengan isteri kat pavilion dulu sebab ada simbol 'love'. Lagi comel ada bendera2 Malaysia dan Kelantan...

Ni Abam Kie ambik gambar depan mural kambing plak. Kambing di sini gemuk-gemuk belaka. Sesuai untuk dibuat aqiqah. 

Kat belakang tu ada kuda-kuda yang sedang memamah rumput sambil baring2. Selain daripada lembu dan kambing, ladang SRZ Ternak ini juga memelihara burung unta dan kuda. 

Sebelum pulang ke rumah, kami membeli susu segar dan dadih. Susu segar tu dalam botol kecik je. RM1.50 satu. Ada macam2 perisa tetapi agak manis la. Bahaya untuk kesihatan la kalau mcm ni. Dadih tu agaknya sama harga. Dadih ni x manis sangat. Sedang molek rasanya. Cenderahati seperti t-shirt, payung, topi dsb pun ada dijual cuma abam kie tak beli je. 

Kami sekeluarga cuma menghabiskan masa selama 1 jam kat sana. Tak lama sebab tak ada tarikan mana tapi boleh la bersiar-siar dengan keluarga pada hari cuti atau hujung minggu. Sebelum terlupa, tiket masuk ialah RM2 seorang tanpa mengira usia. 

Jadi kepada anda yang nak bercuti ke Kelantan, jemputlah ke Jeram Mengaji, Pasir Puteh ni. 

12 Comments

  1. Dah kena bayar ya? Saya pergi hari tu tak ingat ada bayaran tak. Dia minta bayar ikut tingkap kereta tu eh?

    ReplyDelete
  2. Oh, menarik tempatnya, bolehlah singgah jika ada lalu2 kat sana nanti, Abam Kie. Susu segar cemana pulak boleh manis, dah jadi pelik rasanya pulak, kan.

    ReplyDelete
  3. cantik tempatnya...sesuai utk jalan2 ngan family mcm ni

    ReplyDelete
  4. cantik tempat jalan2 coti2 santai dgn fmili kan cikgu

    ReplyDelete
  5. Cuti sekolah tu hari tak ke mana².. anak yang bongsu pun kecil lagi. Jadi tak kemana le jawabnya.

    ReplyDelete
  6. xpernah sampai lagi walaupun dkt..haha

    ReplyDelete
  7. wah asyik dan fun berlibur bersama family ya Abam Kie...aku sendiri belum pernah icip dadih.. apakah itu susu kerbau...atau sama sama sapi?

    ReplyDelete
  8. menarik tempatnya..susu berperisa mmg rasa manis...tenggelam rasa susunya..

    ReplyDelete
  9. Tidak dapat bayang kuda baring-baring.

    ReplyDelete
  10. Ooo.. menarik juga, tempat macam ni.

    ReplyDelete
  11. Cantiiik tempatnya bang 👍. Bolehlah kalau nanti saya ke kelantan, mampir tempat wisata nih. Saya punya beberapa teman di Kelantan sebenarnya, teman2 masa study kat college di Penang dulu. Rindu juga nak meet mereka

    ReplyDelete
  12. Wah.. cantik tempat dia.. Bolehlah nak jalan-jalan..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.