Pernah dengar tak orang cakap kita boleh pilih siapa 'suami atau isteri' kita tapi anak2 kita tak boleh pilih siapa ibu atau ayah mereka.
Perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang main2. Biarlah orang nak cakap kita memilih ke apa kanji pilihan yang kita buat itu menyakinkan Dan kita rasa tenang.
Dan satu lagi kenapa kita perlu selidiki dulu latar belakang bakal calon suami kita tak Ada Salah pun kan demi untuk memastikan kita tak tersalah pilih seperti apa yg telah terjadi kepada kakak jahidah Nordin Dan beberapa lagi wanita yg jadi mangsa keganasan rumah tangga. Nak selidik bakal calon isteri rasanya tk perlu sbb yg jadi ketua keluarga adalah lelaki.
Disini Saya cadangkan beberapa Cara utk selidiki latar belakang bakal calon suami.
1- untuk check status perkahwinan bakal suami boleh ke web https://www.esyariah3.gov.my/
Kat situ boleh check status bakal suami sama Ada masih bujang, Duda atau suami org
2-untuk check rekod jenayah- boleh buat semakan dengan pergi ke mana2 balai polis berhampiran utk check rekod suami sama Ada Bersih atau Ada rekod jenayah
3-untuk check rekod kewangan - boleh dapatkan laporan CTOS untuk menyemak rekod kebankraban atau hutang.
4- untuk check pekerjaan. Yg ni kena tanya dengan bakal suami dimana dia bekerja Dan dapatkan no telepon majikan. Hubungi lah majikan tanya tentang rekod pekerjaan suami. Yg ni penting nak tahu tempoh masa kerja bakal suami sama Ada masih baru atau Lama. Ini penting kerana ia berkaitan kestabilan pekerjaan bakal suami
4- media sosial- Facebook, tik tok, Instagram. Boleh terus google je letak je nama bakal suami tu kalau Ada rekod pasti akan tersembur keluar segala sejarah silam dahulu kala. Kalau tiada maka your bakal husband clear.
5-Dah tentu tempat paling mudah nk selidiki bakal suami adalah pada tok imam Masjid, tok penghulu ketua kampong dimana bakal suami mu tinggal. Kat sinilah boleh tahu yg bakal suami mu tu kaki Masjid atau tidak, juga peel perangainya di kg tu semua dalam pengetahuan penghulu sbb dia adalah anak buah dia.
So inilah antara2 cadangan2 Saya utk gadis2 Dan wanita2 di luar Sana nak selidiki latar belakang suami. Tk Salah pun buat tk Salah pun utk kita berhati hati ya tak..