Assalamualaikum. Inilah keadaan meja2 abam kie dalam bilik guru di sekolah. Bilik guru ni merangkumi keseluruhan lantai di tingkat 1 ni. Dulu masa mula2 pindah ke sekolah ini pada 2004 tak ramai cikgu yg ada. Bilangan guru lelaki lebih ramai drp wanita. Tapi sejak tahun 2009 bilangan kaum Hawa ni melebihi kaum Adam. Huh! Yang selalu dapat pindah ialah guru lelaki tapi yg datang pulak guru wanita. Mahunya x ramai puak2 mereka! Sekarang ni drp 85 org guru, kami guru lelaki ni cuma 20 orang je. Tahun depan 2 org guru lelaki nak pencen. Huh! Lama2 pupuslah kami. Huhuhuhu..........

Berbalik kepada tajuk asal entri ni. Ruang dan meja utk guru2 lelaki memang lapang dan luas. Macam abam kie ni dapat guna 2 buah meja. Cuba lihat kat foto di atas tu. Namun kedua2 meja tu nampak bersepah je. Tak sempat kemas la. Dah la mengajar 36 masa seminggu! Mujur tak pengsan abam kie. Nampaknya diaorang mahu mempergunakan tenaga kami cikgu2 biasa ni sehabis mungkin. Dulu sempatlah menanda buku latihan di sekolah tapi sekarang ni kdg2 tu kena bawa balik ke rumah.

Hasrat di hati tu nak mengemaskan meja tu tapi tak sempat la. Mungkin pada cuti panjang akhir tahun ni abam kie akan gi kemas segala buku, kertas dan nota di atas meja tu. Semakin lama abam kie di sekolah ni maka semakin banyak abam kie mengumpul 'sampah-sarap' atas meja, kan? Tapi nak bertukar ke sekolah lain memang tak la. Melainkan untuk kenaikan pangkat. Bukannya apa, abam kie selesa di sek skrg. Kalau berpindah ke sek baharu, pasti kena mula dari bawah dan menjadi org baharu kat sana. Lantas diberikan beberapa jawatan yang leceh spt guru kelas.

Baiklah, abam kie nak tanya siapa boleh tolong abam kie kemas meja2 yg bersepah tu? Cepat ngaku sbb abam kie nak bagi upah. Bukan tolong saja2 gitu.