Kalau kat Kelantan, setiap hari Jumaat adalah menjadi satu aib besar kaum lelaki berada di kedai, di pasaraya, malah di jalanan. Geng kaki malas solat pun, setiap Jumaat muka mereka akan terpacak di masjid. Memang kalau berada kat rumah waktu solat Jumaat, boleh kena parang dengan mak. Geng hisap dadah ke, orang paling samseng ke, kaki minum ketum kaki disko ke, walau tak nak pergi masjid, mereka akan menyorok kat dalam rumah diam-diam tak tunjuk muka.

Sampai tahap itu mereka menjaga maruah diri. Kerana tidak solat Jumaat itu merupakan aib yang sangat besar bagi laki-laki. Mereka seboleh mungkin tak nak muncul di khalayak ramai waktu solat Jumaat. 

Namun di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh ini, tidak pergi solat Jumaat itu bagai tiada apa-apa. Langsung tiada rasa bersalah. Langsung tiada rasa berdosa pada Tuhan. Langsung tiada rasa malu pada manusia. Bebas ke sana ke mari. Boleh bershopping dengan tenang dalam supermarket, boleh berjalan berpimpin tangan dengan awek, boleh makan tanpa rasa malu di kedai makan atau KFC.

Bahkan segelintir pekerja kedai runcit, pam minyak, restoran makanan segera, supermarket, kedai makan, merupakan kaum lelaki yang tidak hadir solat Jumaat atas alasan kerja. Pernah kawan aku cerita, dia ada bertanya kepada seorang pekerja lelaki kedai runcit 24 yang tersohor seluruh dunia. Masa tu dia baru pulang dari solat Jumaat dan terus singgah kat kedai itu untuk membeli barang.

"Eh, awak tak pergi solat Jumaat ke?"

"Saya tak boleh pergi. Kerja lah."

Aik? Mahal mana sangat gaji kat kedai tu sampai sanggup melawab perintah Tuhan?

Berapa gajimu hingga sanggup derhaka pada perintah Tuhan?

Gaji 20 juta sehari pun masih tak berbaloi nak langgar perintah agama. Kerana syurga itu tidak boleh dibeli dengan banyak mana pun harta kamu.

Kerajaan khususnya menteri agama patut memandang serius hal ini. Wujudkan peraturan di mana pemilik syarikat, kedai, dan sebagainya memberi kelonggaran penuh pada pekerja lelaki Muslim untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Haramkan mana-mana pekerja lelaki bekerja masa solat Jumaat. Sejam setengah je pun, dari jam 1:00 - 2:30 sahaja. Jika ada yang langgar peraturan, tangkap sahaja pekerja dan dakwa pula majikan itu. Denda biar berat biar orang lain tak berani lagi buat.

Islam adalah agama rasmi negara kita. Namun jika hanya rasmi pada nama, tapi undang-undang tidak diperkasakan tiada guna juga.

Ke guane kate demo boh?

Sumber: #TazzkirohhJemaat, #PUFadli, #MFS