Monday, 26 November 2018

Teknologi Masa Lalu Yang Sudah Lupus (Bahagian 1)


Assalamualaikum. Bermula pada hari ini Abam Kie ingin mengimbas kembali himpunan teknologi yang pernah popular suatu ketika dahulu (Tech From The Past) terutama dikalangan mereka yang lahir sekitar tahun 70/80/90an (70/80/90s kids) namun kini sudah lagi tidak sepopular dahulu atau sudah pun menjadi bahan peninggalan sejarah yang semakin dilupakan.

* Entri ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan browser jadi berat akibat loading terlalu banyak gambar. *

Tech From The Past #1: Geocities


Antara website terawal yang menawarkan hosting website HTML secara percuma. Siapa yang pernah buat website kat sini memang lejen. Abam Kie pun pernah design laman web guna geocities pada akhir tahun 90an dulu (alaf dulu). 

Tech From The Past #2: ICQ


Messaging software yang terawal dan popular suatu masa dulu, namun bunyi notifikasinya memang sangat menjengkelkan. Petang2 selepas balik sekolah abam kie layan je ICQ ni sekejap untuk habiskan masa lapang sebab masa tu bujang lagi dan dok sorang2 je kat umah sewa di Sabah tu.

Tech From The Past #3: Napster


Software wajib bagi penggemar muzik yang cheapskate untuk mendownload lagu. 

Tech From The Past #4: Altavista


Sebelum Google, wujudnya sebuah enjin carian lagenda bernama Altavista...

Tech From The Past #5: Netscape


Netscape Navigator adalah satu kemestian kerana Internet Explorer terlalu slow dan teruk prestasinya! 

Tech From The Past #6: mIRC


ASL pls? Nak jadi OP boleh? Kadang2 terjebak gak dalam chatroom ICQ ni seperti kampungchat. Selalu menyamar jadi perempuan utk tackle awek! hehehehe

Tech From The Past #7: Solitaire dan Minesweeper


Siapa yang masih main game ni mesti dah bosan sangat tahap gaban.

Tech From The Past #8: WinAmp


Tukar skin, buat skin sendiri, lepas tu biarkan dia play 1000++ lagu MP3 sepanjang hari. Indahnya dibuai perasaan apabila mendengar lagu2 rock kapak!

Tech From The Past #9: Hotmail


Lelaki/wanita yang setia adalah mereka yang masih pakai Hotmail sampai sekarang. Sampai sekarang abam kie masih lagi ada akaun hotmail. Suka sangat akan dashboard pada awal alaf baharu tu. Tak macam skrg! Hampeh je.

Tech From The Past #10: Windows screen saver


Sampai sekarang abam kie sangsi dengan kewujudan screen saver. Ia nak selamatkan skrin daripada apa?


13 comments:

  1. legend betul ni.... teringat masa dulu2... suka sangat main game Solitaire dan Minesweeper tu..

    ReplyDelete
  2. hahahhah. yolo sungguh. ado jugok so dua hop dey dengan mek. ado bnyk jugok hop tokdey. screen saver tu nk elok daripada ore baco gapo kita letok d desktop la abe kie. hahahahah

    ReplyDelete
  3. Beberapa yang teratas tu tahu kewujudan tapi tak terguna sebab masih bersekolah time tu. Yang bawah2 tu memang nostalgic

    ReplyDelete
  4. setianya Abam Kie dgn hotmail....kenangan lalu..sekrg dah semakin laju & pantas..mega, giga, tera..dulu2 suka main solitaire..

    ReplyDelete
  5. nieyl ada emel hotmail tapi dah x setia dahh...
    Item 6 sampai last tu nieyl pernah main, penah nampak..
    sbb zaman 80-90 an time tu

    ReplyDelete
  6. Saya masih layan game solitaire tu..huhu

    ReplyDelete
  7. saya dah buat semua senarai yg abam kie sebut tu. yg mirc tu memang byk kenangan pahit manis.

    ReplyDelete
  8. Jalan2

    https://jm2u.blogspot.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
  9. hahaha..mengimbau kenangan betul

    ReplyDelete
  10. Tinggal kenangan. Macam lagu ni " Kenangan yang lalu..

    ReplyDelete
  11. byk juga yg rietta miss, xberpeluang utk cuba...

    ReplyDelete
  12. Favourite sarie solitaire tuh. Sakan dok main sampai tak siap assignment masa belajar. Blast from the past sungguh ni

    ReplyDelete
  13. haha legend betul semua ni. tapi tak semua saya pernah guna dulu2.

    ReplyDelete