Assalamualaikum. Inilah keadaan meja2 abam kie dalam bilik guru di sekolah. Bilik guru ni merangkumi keseluruhan lantai di tingkat 1 ni. Dulu masa mula2 pindah ke sekolah ini pada 2004 tak ramai cikgu yg ada. Bilangan guru lelaki lebih ramai drp wanita. Tapi sejak tahun 2009 bilangan kaum Hawa ni melebihi kaum Adam. Huh! Yang selalu dapat pindah ialah guru lelaki tapi yg datang pulak guru wanita. Mahunya x ramai puak2 mereka! Sekarang ni drp 85 org guru, kami guru lelaki ni cuma 20 orang je. Tahun depan 2 org guru lelaki nak pencen. Huh! Lama2 pupuslah kami. Huhuhuhu..........

Berbalik kepada tajuk asal entri ni. Ruang dan meja utk guru2 lelaki memang lapang dan luas. Macam abam kie ni dapat guna 2 buah meja. Cuba lihat kat foto di atas tu. Namun kedua2 meja tu nampak bersepah je. Tak sempat kemas la. Dah la mengajar 36 masa seminggu! Mujur tak pengsan abam kie. Nampaknya diaorang mahu mempergunakan tenaga kami cikgu2 biasa ni sehabis mungkin. Dulu sempatlah menanda buku latihan di sekolah tapi sekarang ni kdg2 tu kena bawa balik ke rumah.

Hasrat di hati tu nak mengemaskan meja tu tapi tak sempat la. Mungkin pada cuti panjang akhir tahun ni abam kie akan gi kemas segala buku, kertas dan nota di atas meja tu. Semakin lama abam kie di sekolah ni maka semakin banyak abam kie mengumpul 'sampah-sarap' atas meja, kan? Tapi nak bertukar ke sekolah lain memang tak la. Melainkan untuk kenaikan pangkat. Bukannya apa, abam kie selesa di sek skrg. Kalau berpindah ke sek baharu, pasti kena mula dari bawah dan menjadi org baharu kat sana. Lantas diberikan beberapa jawatan yang leceh spt guru kelas.

Baiklah, abam kie nak tanya siapa boleh tolong abam kie kemas meja2 yg bersepah tu? Cepat ngaku sbb abam kie nak bagi upah. Bukan tolong saja2 gitu.

21 Comments

  1. ptotnya at first lagi abam kie kena kemas. aturkan. gtuuuuuuuu. kata disiplin melalui teladan.

    ReplyDelete
  2. Kita boleh tolong Abam Kie. Tolong tengok ye hehe btw cepat Abam Kie buat eksa sekarang

    ReplyDelete
  3. dulu masa sekolah selalu kemaas meja cikgu haha habis satu bilik guru kitaorang pusing :p best sebab selalu dapat buku buku yang ckgu takguna hehehe

    ReplyDelete
  4. meh upah Cik nor abam kie..tapi upahnya mahal la..haha..mcm review produk jgk la..haha

    ReplyDelete
  5. Tak apa abe kie, nanti ada masa2 betul free kemas2 bagi cantik okayy

    ReplyDelete
  6. Nak kemas kena ada mood Cikgu...betul la Cikgu cakap tu tunggu cuti sekolah.Santai-santai..kemas semula.

    ReplyDelete
  7. kalau tgk meja mama di opis mesti abam pengsan hahahah

    ReplyDelete
  8. Ambik mood abam kie nak kemas meja tu.. Cik Ash rajin meja kerja dulu berselerak gini gak ambik.mood baru simpan comel

    ReplyDelete
  9. haha rajin lah urus ya, tak apa ada masa urus elok2

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam abam kie,tak apa..nanti abam kie kemas ye. meja belajar kt bilik rabia pun berselerak jgk.skrg tak dah.susun kemas2 pulak . dah tersusun teratur je.

    ReplyDelete
  11. Senang je nak kemas... cari je student yang buat hal, kemudian denda dia kemas meja cikgu... 🤗😁😆 kikikikiki....

    ReplyDelete
  12. tak dapat nak tolong kemaskan sebab meja kerja saya pun bersepah jugak hahahaha

    ReplyDelete
  13. kena buat 5S...dulu kalau kena panggil masuk bilik guru, rasa suspens je..
    leceh erkk jadi cikgu kelas..

    ReplyDelete
  14. tak dapat nak tolong abam kie sebab meja saya pun boleh tahan bersepahnya huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  15. hihihi...dulu zaman sekolah...
    nieyl selalu masuk bilik guru ni...
    jarang nampak meja cikgu x bersepah hehehe... :)

    ReplyDelete
  16. Ni baru betul-betul buat kerja kan. Meja kerja zumal pun lebih kurang jer :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.