Hari Sukan Negara di Sekolah
From six packs to single pack!
Assalamualaikum. Pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017 telah dilangsungkan Hari Sukan Negara di seluruh negara. Sekolah Abam Kie juga tidak ketinggalan menganjurkan Hari Sukan Negara ini. Pada tahun ini HSN melibatkan pelajar2 di tingkatan 1, 2 3 dan 4 sahaja kerana pelajar2 tingkatan 5 dikehendaki menghadiri kelas tambahan yang ditaja oleh Kolej NIC. Kalau tiada kelas tambahan pun memang Pengetua tak izinkan mereka join sebab SPM hampir menjelang. Baiklah mereka fokus kpd SPM kan?
HSN dimulakan dengan acara senamrobik dan sesi memanaskan badan yang dikendalikan oleh Cikgu Najib dan Cikgu Jaiton. Selepas itu pelajar2 ke padang dan gelanggang mengikut jenis sukan yang ditetapkan. Semua pelajar lelaki menyertai pertandingan antara kelas manakala pelajar2 perempuan tingkatan 1 dan 2 bermain bola jaring. Pelajar2 perempuan tingkatan 3 dan 4 pula bermain bola tampar. Abam Kie sempatlah juga menonton perlawanan bola sepak sekejap sebelum bergegas ke kelas untuk mengajar pelajar2 tingkatan 5 pula pada jam 10.30 pagi.
Selesai kelas tambahan pada jam 12.30 p.m. Abam Kie bergegas ke koperasi sekolah kerana ada jamuan 'potluck'. Kali ini bertemakan selera kampung aje seperti nasi putih, ikan aya singgang, ikan selayang rebus goreng, ulaman, budu, ikan bakar dan sebagainya.
Pada hari tersebut murid-murid pulang ke rumah pada jam 1 p.m. manakala guru2 boleh check out pada pukul 1.30 p.m. Sesampai di rumah, abam kie, isteri dan anak2 pergi ke rumah jiran sebelah pulak sebab dia buat jamuan aqiqah untuk anaknya. Wallahualam.
17 Comments
PC tengok anak-anak jiran awal pagi kayuh basikal pergi sekolah..dengar dari rumah lagu senam robik kot..ke poco-poco..moga bersukan dan bersenam tidak ketika sambutan hari sukan negara sahaja..amalkan dengan kerap walau yang mudah dan ringan sahaja.
ReplyDeleteTeringat pulak time zaman sekolah dulu pun ada juga acara macam ni. tp liat betul nak join. hehe. dululah, skrg rajen :D
ReplyDeletemeriah sambutan Hari Sukan Negara..tengok kt tv je..
ReplyDeleteCR tak join HSN tahun ni. huhu
ReplyDeleteSelamat menyambut hari sukan negara =)
ReplyDeleteKesian ye cikgu2 kena bertugas waktu cuti panjang.
ReplyDeleteAda juga sekolah yang buat HSN diawalkan.
wah bz tol abam kie..:)
ReplyDeleteseronoknya aktiviti sekolah macam ni. rindu plak zaman sekolah2 dulu
ReplyDeletemeriah sungguh
ReplyDeleteAbam kie pun nampak bersemangat
ReplyDeleteSelamat menymabut hari sukan negara.
ReplyDeletebestnya, abam kie join sukan apa... ke abam kie join yg last tu ja... hehe
ReplyDeleteseronok tau aktiviti macam ni...
ReplyDeletepsssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html
assalamualaikum. singgah pagi dari "http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html"
ReplyDelete#jmbelog ~ i am not blogger i just follower
https://belogsjm.blogspot.my/2017/10/blogging-dan-kerjaya-anda.html
Jadi Cikgu ni memang letih bang, banyak program, nak jaga murid lagi... Semoga kembalikan semula 6 packs tu bang..
ReplyDeleteSama jg di sekolah Etuza ..sukan sukaneka ja..keluar peluh ringan badan
ReplyDeleteBanyak sekolah tidak masukkan sukan ping pong sebagai sukan sekolah. Harap lebih banyak sekolah akan mempertimbangkan sukan ini.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.