Perlukah bekerja sehingga usia 60 tahun?
HAKIKATNYA ANDA HANYA MENAMBAH PENDAPATAN BEBERAPA PERSEN SAHAJA JIKA BEKERJA SEHINGGA UMUR 60 TAHUN
Seorang kawan yg dah capai umur 58 tahun bertanya pandangan saya, apakah dia patut bersara awal dari penjawat awam. Saya kongsikan jawapan saya, moga anda yg tengah memikir atau tak pernah fikir, menilai pandangan ini, khusus kpd penjawat awam, mungkin juga swasta yg istiqamah mencarum KWSP.
Secara kasar, jika seseorang bersara dia akan dapat gratuiti (jika berijazah) biasanya lingkungan 200k, dicampur ganjaran cuti rehat dan wang pencen bulanan lebih kurang 60% dari gaji akhir. Berbanding jika terus kerja dapat gaji lebih 40% lagi. Contoh jika gaji sekarang 6000, jika pencen dapat 3600. Tetapi jika terus kerja kena bayar cukai pendapatan hampir sebulan gaji, duit minyak berulang ke tempat kerja. Sedangkan jika pencen tiada cukai pendapatan lagi. Duit gratuiti yg lingkungan 200k boleh dibelanja utk diri atau disimpan dlm pelaburan selamat spt tabung haji akan menjana pendapatan dan boleh ditambah kpd wang pencen setiap bulan. Jadi jika kerja pun, gaji kena tolak cukai, kena tolak duit minyak kereta. Sedangkan jika pencen wang pencen boleh ditambah dgn keuntungan pelaburan wang gratuiti atau kerja sambilan. Dan dgn itu perbezaan tidaklah banyak jika terus bekerja pada hakikatnya.
Bila pencen semuanya bebas, tidak ada tekanan hidup, berebut ke tempat kerja, bangun awal, tekanan tempat kerja dan 1001 masalah lagi. Berbaloikah dgn sedikit tambahan gaji berbanding jika pencen? Hakikatnya, meneruskan tugas setelah umur melebihi 56 hanya menambah sedikit shj hasil, tetapi bebannya besar. Sedangkan kita sudah ada hak utk berehat dan dapat pendapatan tanpa kerja. Bila pencen pun rawatan ditanggung kerajaan, bahkan keperluan alatan perubatan juga ditanggung berbanding jika kita masih bekerja.
Pandangan ini mungkin nampak negatif. Tetapi jom kita merenung pesan nabi. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Umur umatku adalah antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit dari mereka yang melebihi itu.”
Ini adalah hadis yang sahih, dikeluarkan oleh Imam at-Tirmidzy (3550), Ibn Majah (4236), Ibn Hibban (II:96), al-Hakim (II:427).
Ini adalah hadis yang sahih, dikeluarkan oleh Imam at-Tirmidzy (3550), Ibn Majah (4236), Ibn Hibban (II:96), al-Hakim (II:427).
Memang benar hari ini rata-rata 60an sudah mula sakit itu ini dan tak kurang yg berpindah alam. Jika kita bekerja sampai 60an, peratus berulang ke hospital dan mc akan meningkat berbanding hari kerja. Bila pula masa nak bersedia untuk bekal mati? Jika kita bekerja selama 30 tahun, umur kita lebih kurang 55 tahun, maka baki umur selanjutnya patut ditumpukan kpd ibadat dan kerja kebajikan. Cukuplah menghambat dunia 30 tahun dan menghambat akhirat mungkin beberapa tahun shj yg berbaki.
Akhirnya, saya mengajak anda yg di penghujung 50an, lebih2 lagi jika wanita untuk menilai berbaloikah berulang ke tempat kerja untuk menambah pendapatan yg sedikit shj berbanding kita boleh duduk dirumah, ada pencen, ada duit ratus ribu, boleh berziarah, boleh mengaji agama yg tertinggal masa muda dulu, boleh menggerakkan kerja kebajikan dsbnya. Berhentilah menghambat dunia dgn sukarela setelah berpuluh tahun menghambakan diri. Berbimbang Allah hentikan kita dgn penyakit atau terus dicabut nyawa. Jika anda rasa anda perlu terus kerja, teruskanlah. Pendapat anda lebih betul pada diri anda, saya mungkin hanya mengukur pendapat pada diri saya shj. Wallahua'lam
Sumber: Facebook Tuan haji Abd Ghani bin Haron.
Sumber: Facebook Tuan haji Abd Ghani bin Haron.
18 Comments
setuju! sebab kesian golongan muda yang ingin merasa untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan ini
ReplyDeleteaira pun setuju juga dengan SA, bersara awal supaya membuka peluang kepada golongan muda yang terlalu ramai sekarang ni. huhu
ReplyDeleteMIL ana br bersara awal tahun yg lepas. Nak bg peluang pada org muda katanya dan nak banyakkan beribadat.
ReplyDeletesetuju
ReplyDeletebetul tu abam kie... lg2 orang puan baik pencen awal la...
ReplyDeleteSetuju sangat-sangat...
ReplyDeleteKalau boleh saya nak pencen 50 Tahun...
ReplyDeleteTerpulang kepada cita rasa masing-masing.
ReplyDeleteretire young
ReplyDeleteKerajaan mungkin tambah umur pencen sampai 62 tahun.
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeleteMmg berbaloi pencen awal..sbb mertua 2 2 pencen awal.. ayah berkebun..hasil dijual..malah sy dpt sayur free..mcm2 plak tu. Yg mama pulak jdi agen dropship..santai2 kt rumah duit masyuk.. makin awet muda plak tu.. mungkin sbb tekanan kerja tu dah hilang..wajah nmpak ceria je.. berbeza sgt masa kerja.. mungkin sbb lifestyle berubah.. stress tu keje jdi sbg penyiasat jenayah.. asik pikir hal org je..skrg tenang pikir diri sndiri n keluarga..
ReplyDeletebagilah peluang kepada golongan muda macam kami pula untuk bekerja....kami baru nak memulakan hidup....kalau dilanjutkan bila nak ada kekosongan jawatannya? =(
ReplyDeleteBetul..bukan bermakna bila bekerja abaikan atau kurang ibadah...tetapi sekurang-kurangnya selepas bersara boleh tumpu banyak masa beribadah..
ReplyDeletekalau pekerja awam memang untung ada pencen. kami yg keje swasta ni kena fikir gak kalau pencem macam manalah ye
ReplyDeletebergantung pada setiap individu dan keadaan.
ReplyDeleteAda setengah nak pencen awal tapi tiada siapa yang mampu menggantikan nya,
ada yang nak pencen lambat tapi terpaksa dipencenkan awal sebab beri peluang pada golongan baru
adehh 60 pun dah rasa x larat sangat ni pulak nak ke 62 pulak.. kasila yg muda lak menjawabkan.. setuju sgt ngan abam kie..
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera.
ReplyDeleteAda baik da buruknya. Masing2 buat keputusan.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.