Assalamualaikum. Kebanyakan dari kita ada menyimpan di ASB tetapi tak ramai yang menabung di ASW2020 kerana kurangnya publisiti. Pada bulan lepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014.

Jadi pada 2 September lepas, Abe Kie singgah di pejabat pos dalam perjalanan pulang dari sekolah. Jelas kelihatan tidak ramai pelanggan di Pos Malaysia pada jam 3 petang Selasa itu. Syukur. Mujurlah abe kie tidak perlu menunggu lama. Abe Kie menghulurkan buku-buku pelaburan diri sendiri dan 3 orang anak kepada kerani bertugas. Syukurlah, dapat gak dalam RM100 seorang. Abe Kie membuka akaun ASW2020 anak2 sejak mereka berusia setahun lagi. Cuma sekarang abe kie dan anak2 menambah pelaburan di ASB sahaja kerana dividen dan bonusnya lebih tinggi. Duit dalam ASW2020 ni dibiarkan begitu aje.. Cuma pada awal September abe kie gi semak dividen. 

Baiklah, kawan-kawan boleh menyemak dividen ASW2020 sekarang. Jika belum melabur cepat2lah berbuat demikian. Target abe kie ialah membiayai sendiri pengajian anak2 menggunakan tabungan dan pelaburan sedia ada. Tak mahu mohon PTPTN sebab tak sanggup bayar interest bulan2 tu...

Sekian. Terima kasih.