Assalamualaikum. Kebanyakan dari kita ada menyimpan di ASB tetapi tak ramai yang menabung di ASW2020 kerana kurangnya publisiti. Pada bulan lepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014.

Jadi pada 2 September lepas, Abe Kie singgah di pejabat pos dalam perjalanan pulang dari sekolah. Jelas kelihatan tidak ramai pelanggan di Pos Malaysia pada jam 3 petang Selasa itu. Syukur. Mujurlah abe kie tidak perlu menunggu lama. Abe Kie menghulurkan buku-buku pelaburan diri sendiri dan 3 orang anak kepada kerani bertugas. Syukurlah, dapat gak dalam RM100 seorang. Abe Kie membuka akaun ASW2020 anak2 sejak mereka berusia setahun lagi. Cuma sekarang abe kie dan anak2 menambah pelaburan di ASB sahaja kerana dividen dan bonusnya lebih tinggi. Duit dalam ASW2020 ni dibiarkan begitu aje.. Cuma pada awal September abe kie gi semak dividen. 

Baiklah, kawan-kawan boleh menyemak dividen ASW2020 sekarang. Jika belum melabur cepat2lah berbuat demikian. Target abe kie ialah membiayai sendiri pengajian anak2 menggunakan tabungan dan pelaburan sedia ada. Tak mahu mohon PTPTN sebab tak sanggup bayar interest bulan2 tu...

Sekian. Terima kasih.

10 Comments

  1. Assalaamualaikum. Berapa keuntungannya abah? hehe

    ReplyDelete
  2. apa beza ASW2020 dengan ASB ni, abg kie? yang mana satu divident tinggi? ke die bg ikut pasaran semasa? first time jugak ni dengar ASW2020..huhuhu

    ReplyDelete
  3. dah bleh semak erk...duet pown xdo..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Setuju ngan Abe Kie. Saya ni masih terkial-kial jelaskan PTPTN belajar sedekad lalu.

    ReplyDelete
  5. your gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.

    ReplyDelete
  6. kita punya simpanan tak banyak dalam ASW 2020 ni..Tapi Alhamdulillah..ada juga dividennya..

    ReplyDelete
  7. cik nor ada asb jer..awal tahun baru blh semak..:)

    p/s: cik nor tag a.kie..:)

    ReplyDelete
  8. Saya tak tengok lagi berapa diveden ASW2020 saya. Saya pun biarkan saja duit dalam ASW2020 begitu saja kerana lebih menumpukan simpanan dan pelaburan dalam ASB.

    Saya tabik spring dengan "target abe kie ialah membiayai sendiri pengajian anak2 menggunakan tabungan dan pelaburan sedia ada. Tak mahu mohon PTPTN sebab tak sanggup bayar interest bulan2 tu...".

    Alangkah bagusnya jika ramai ibu bapa berbangsa Melayu yang mempunyai target yang sama seperti Abe Kie.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.