Assalamualaikum,

Adakah kawan2 menggunakan kad kredit? Apa kegunaan kad kredit? Bagi abe kie, kad kredit amat penting di dalam kehidupan seharian kerana ia dapat mengelakkan dari abe kie membawa tunai berlebihan semasa membeli belah. Selain daripada itu kad kredit boleh digunakan sewaktu kecemasan seperti apabila petrol kehabisan dan tunai tiada di tangan. Bila nak check in di hotel pula kita perlu membayar menggunakan kad kredit. Mudah kan?

Abe Kie menggunakan kad kredit untuk membayar bil2 utiliti seperti TNB, Maxis, Astro, Takaful, Streamyx dan lain2 lagi. Tak perlu lagi beratur di pejabat pos atau membayar menggunakan Maybank2U. Segalanya lebih mudah dengan perkhidmatan autopay oleh Maybankard! Pada akhir bulan cuma bayar kepada bank aje...

Tapi jangan biarkan kad kredit memakan diri kita. Gunakannya dengan berhemah. Macam abe kie ni, selalu membayar keseluruhan caj pada akhir bulan. Jangan bayar separuh aje. Lama2 membukit hutang tu kan?

OKlah, dahulu abe kie menggunakan kad visa petronas gold yang bercirikan  konvensional. Kini abe kie sudah bertukar kpd kad Visa Ikhwan Platinum lagi! Kad kredit ini bercirikan Islamik. Jadi tiada lagi keraguan. Proses penukarannya pun amat mudah. Cuma isi borang dan pos ke Maybank KL. Dalam masa sebulan sudah sampai kad yang baharu!

Antara ciri-ciri utama kad Visa Ikhwan Platinum ialah:


* 8 TreatsPoints bagi setiap RM1 barang runcit yang dibelanjakan pada hujung minggu.

* 8 TreatsPoints bagi setiap RM1 petrol yang dibelanjakan pada hujung minggu di Stesen PETRONAS dan 5 TreatsPoints bagi setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari-hari lain di Stesen PETRONAS

* Apabila membeli-belah, makan di restoran dan berhibur, 1 TreatsPoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan

Ciri-Ciri Lain ialah:

* Percuma Kad Maybankard Touch ‘n Go Zing
* Pelan Perlindungan Takaful
* Bagi Pemindahan Baki, 0% setahun sepanjang tempoh 12 bulan; yuran pendahuluan (sekali sahaja) sebanyak 3% daripada baki yang dipindah
* Pelan Pembayaran Ansuran dengan 0% faedah di semua kedai yang mengambil bahagian.

Jadi apa lagi? Mohonlah kad kredit Visa Ikhwan Platinum di cawanganMaybank yang berhampiran sekarang!

14 Comments

  1. Dah tak guna kad kredit la abah, lebih selesa guna debit card..

    ReplyDelete
  2. dulu2 memang selalu pakai kad kredit (cik abe punya)..sekarang ni pakai kat debit jer..:)

    ReplyDelete
  3. kita tak guna kad kredit pun...ngeri...hehehe

    ReplyDelete
  4. Zumal hanya dapat tengok orang guna jew ^_^

    ReplyDelete
  5. takut nk guna kad kredit. pham2 jela pompuan. heee

    ReplyDelete
  6. datang ke laman Zuki..manfaatkan kad kridet ada kebaikan ada jg keburukannya..dari kita cara mengguna dgn berdisiplin

    ReplyDelete
  7. guna dulu...bayar tiap bulan hehe...dan kalau nak cancel kad tu...haha tunggu...banyak karenah bank dan banyak kena bayar...masa offer kad,mmg manis ayat2 depa...

    ReplyDelete
  8. TEPUK DADA TANYA SELERA..!! KAD KREDIT GUNAKANLAH SEMASA KECEMASAN SEWAKTU OVERTIME @ GAJI LAMBAT MASUK ..!! PANDAI GUNA PANDAI BAYAR BALIK ..!! JANGAN SAMPAI NAMA BLACKLIST..BERJIMAT CERMAT AMALAN YANG MULIA..


    ReplyDelete
  9. Hahaha. Macam iklanlah entri ni. Setakat ni, saya guna kad debit je. Insya-Allah, masa akan datang rasanya kad kredit ni jadi satu keperluan :)

    ReplyDelete
  10. Hehehee.. my dad ada kad ni ^^

    ReplyDelete
  11. Kad saya sama cam ni rasenye..
    - Swipe dah rm4k ni. Baru bayar 2k.
    Kebanyakkannya beli barang keperluan anak & petrol.
    Erkkk...

    ReplyDelete
  12. salam,

    terimakasih abe kie shared the info .. ssh dah nak cari 9% pemindahan akaun ni ..

    setuju dgn abe kie kita memang memrlukan kad terutama di saat-saat genting ... terutama bila berjalan jauh ofcoz kita tak bw cash .. n kalo nak soping yang tak berapa penting pun kira terhad ..selamat cash kita ..


    ^_^ nak g share pada kwn2 lain berkenaan 0% interest ni !

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.