Thursday, 28 February 2013

Sex education by Phua Chu Kang (very funny)


Phua Chu Kang ( PCK ) explaining sex to Chu Beng's son, Aloysius.........

Aloy : Why is making love so enjoyable ?

PCK : Aiyah, ah boy, enjolable becaws, same like when you dig your nose with your finger mah!

Aloy : Do you think women enjoy sex more than men ?

PCK : Of course woman lah ! When you dig dig your nose, your nose feel better than your finger, right?

Aloy : Why do women hate it when they get raped ?

PCK : Ai-yah ! Say, you walk along the load, den someone come over and dig your nose, you like or not? Ehhh ? Don't pray pray ah !

Aloy : Why is it a woman cannot have sex when she is having her menses?

PCK : Oy !! If your nose bleeding, you still go and dig meh?? Siow ah!
Use your blain, use your blainnn ...........

Aloy : Why is it most men don't like wearing condoms when they are making love?

PCK : Ehhhh, when you dig your nose ah, you like to dig with a glove on your finger or not? Not the same shiok feeling mah. Corlight or not?

Aloy : Why is making love carried out in private ?

PCK : Ah boyyyyy, use your blain, use your blainnnnn ...............................
you go and dig your nose in flont of your whole class izit ?? Stupid lah!!

Aloy : Wah ...... Uncle Chu Kang, you are very good.

PCK : Aiyah ...... ,' Best in Singapore, JB, some say Batam, and now, the whole world! also ah!!!'

I think this is one of the best methods to teach our children about sex education. What do you think, my friends?

Tuesday, 26 February 2013

A scary image that is haunting me....


The picture above portrays a potbellied man who is measuring his waistline. I hope this image will not become one of mine in ten years from now. I still practise a practical dieting habit which ensures that my waistline does not expand until I cannot see my toe while standing on a health scale. When I heard the news of men passing away at early forties due to health complications such as heart attack, diabetes, high blood pressure, it makes me more worried. I am just 39 years old and there are lots of things that I have not achieved. Whatever it is, let Allah dispose, we just propose.

Monday, 25 February 2013

Menikmati Sarapan Pagi Di Kelantan


Negeri Kelantan memang terkenal dengan juadah sarapan pagi yang menyelerakan lagi dapat memastikan anda kenyang sampai ke tengahari. Antara menu sarapan pagi yang terkenal ialah nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi tumpang. Nasi lemak juga ada dijual tapi tidak sepopular nasi-nasi yang di atas. Gerai dan restoran dibuka seawal 6.30 pagi dan pelanggan setia ialah jemaah yang baru pulang dari masjid, pekerja-pekerja yang bergegas ke pejabat, guru-guru dan murid-murid yang berkejaran di atas jalanraya untuk ke sekolah dan tidak ketinggalan ibu-ibu yang tidak sempat memasak untuk keluarga mereka.

Harga nasi berlauk serendah RM2 dan mampu beli oleh semua. Kalau nak sedap lagi dan dalam kuantiti banyak mungkin harganya mencecah RM4. Antara menu yang digemari ialah nasi kerabu berlaukkan daging bakar. Fuuhhh! Pasti menyelerakan. Deretan gerai dan kedai kopi di sepanjang jalan pasti menggamit pelancong tempatan untuk singgah dan memakan apa jua juadah yang ada sebelum balik ke negeri masing2. Kalau di KL mereka makan nasi lemak dan roti canai untuk sarapan tapi di Kelantan ini macam2 ada.

Sememangnya org2 Kelate amat mementingkan kualiti makanan yg dimakan. Biarlah sesimple mana masakan itu tapi kesedapan itu harus dijaga. Masaklah makanan itu dari hati agar terbuka naluri org yg memakannya. Dok gitu kawan2?

Sunday, 24 February 2013

Segmen : Tangkap Followers SeMaksimum Mungkin!!!


Assalamualaikum, Tetiba pulak daddy teringin nak join segmen tambah follower. Bukannya apa sejak daddy menyepi dari menyertai sebarang segmen ni kenaikan bilangan follower amat perlahan sekali bak siput khinzir. Jadi dengan join segmen yang dianjurkan oleh Khalid ini maka matlamat mencapai 500 org follower sebelum 27 Nov 2013 bakal menjadi kenyataan. Kalau nak join sila klik aje banner kat atas tu yg terus membawa kwn2 ke blog Khalid. 

Saya suka blog Khalid Kyle kerana latarbelakang templatenya yang hitam itu kacak dan menawan membuatkan sesiapa yang singgah di sini pasti akan meneroka ke seluruh pelusuk blog!

Friday, 22 February 2013

Pusat Jagaan Harian Suami


Sanggupkan para isteri meninggalkan SUAMI masing-masing di Pusat Jagaan Harian Suami seperti di atas? Saya rasa sesibuk mana sekalipun isteri pasti akan cuba memastikan suaminya berada di depan mata. Kalau nak pergi membeli-belah sekalipun suami mesti dibawa sama agar dia boleh membawa 'shopping bag' yang banyak tu...

Mujurlah pusat jagaan seperti ini tidak terdapat di Malaysia. Kalau  ada pasti bercambahlah pusat-pusat maksiat yang menyumbang kepada gejala sosial. Cukuplah dengan maksiat yang ada sekarang. Jangan ditambah lagi dosa yang memang sedia banyak tu!

Saya bimbang selepas ini berlaku kes-kes suami didera oleh amah Indonesia pulak! Dilambung dan dicampakkan ke atas tilam seperti kes seorang amah Acheh sakit mental yang mendera bayi lelaki di Kuantan tu.  Tapi kalau suami dijaga di pusat jagaan harian ini saya pasti mereka bukan didera tapi bergembira pulak! Hehehehehehe..

Oh! Lihatlah dunia......

Tuesday, 19 February 2013

Masakan kampung Kelantan


Negeri Kelantan memang terkenal dengan masakannya yang lazat yang boleh menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negeri bertamu ke sini. Rata-rata yang datang ke sini dengan tiga tujuan utama iaitu:

1. Membeli barangan murah keluaran Siam yang boleh didapati di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga.
2. Merasai kelazatan makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, ayam percik, nasi dagang, kuih akok, kuih lompat tikam dan sebagainya.
3. Melihat suasana dan cara hidup masyarakat Melayu dan Cina kampung di Kelantan.

Tetapi apa yang paling best ialah kelazatan makanan di sini yang menggamit pengunjung2 terus datang. Daripada resepi yang bertaraf tinggi seperti daging kerutuk dan ayam percik hinggalah kepada selera kampung seperti ikan singgang dan ikan bakar tawar cicah budu dan tempoyak semuanya lazat untuk dimakan.  Saya sendiri yang diberi makan lauk-lauk kampung seperti di atas terus kekal membesar dengan sihat sebagai johan. Makanan kampung seperti diatas pasti dapat menambah selera makan kita dan tidak mustahil kita akan meminta nasi tambah.

Kini masakan kampung Kelantan tidak lagi terhad di negeri ini sendiri kerana di luar Kelantan juga ramai anak Kelantan yang menawarkan resepi berkenaan pada kadar yang berpatutan. Baru-baru ini saya menonton Malaysia Hari Ini di TV3 dan keluar cerita tentang Restoran Sri Ayu di Taman Sri Gombak yang menawarkan 100 jenis masakan Kelantan pada satu2 masa! Jadi sesiapa yang tinggal berdekatan bolehlah mencubanya bagi mengubati kerinduan kepada masakan asli Kelantan.  

Sunday, 17 February 2013

Janji-Janji Sebelum Pilihanraya Ke 13


Korang rasa nak undi tak kalau sesebuah parti tu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan prihatin terhadap rakyatnya? Antara janji-janji yang ditabur oleh parti berkenaan ialah seperti berikut…

1. Semua pengangkutan awam seperti LRT, KOMUTER, MONOREL dan BAS AWAM diberi percuma kepada semua murid dan pelajar tanpa sebarang bayaran dikenakan (menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan memudahkan ke sekolah).

2. Peruntukan setiap tahun persekolahan dimana uniform sekolah diberi secara percuma dengan kadar minimum 3 set pakaian sekolah setiap sorang.- Mengurangkan bebanan ibubapa

3. Warga emas diberi diskaun 50% bagi semua pengangkutan

4. Income tax dimansuhkan. (Macam kat Brunei kan?)

5. Road tax dimansuhkan  (Pasti aku suka dan sokong kerajaan tu!)

6. Cukai tafsiran dimansuhkan

7. Utiliti dihadkan kepada setiap rumah hanya perlu membayar RM250 sebulan termasuk TNB, TM, Internet, ASTRO.

8. Buku teks diberikan secara pinjaman untuk semua murid dan pelajar sekolah (sistem Pinjaman) tiada had pendapatan dan tanpa permohonan lagi

9. Syarat pengambilan lesen motor had umur kena atas 21 tahun- mengelakkan isu rempit dan kemalangan jalan raya.

10. Setiap kali musim perayaan diskaun 50% diberikan bagi penguna TOL

11. Warga BUMI diberi diskaun 35% bagi pembelian Rumah/ Kereta Tempatan dan tanpa Deposit

12. Semua Warga Islam dihadkan mengunakan kad kredit dengan kadar maksima RM5K sahaja (bagi mengawal perbelanjaan / Mengurangkan kes bankrupsi berkonsepkan syariah)

13. Warga wanita diberi kelonggaran untuk bersara umur 45 tahun dan diberi subsidi RM250 sebulan selepas bersara.(menjaga hak asasi wanita dan mengurangkan bebanan kepada pihak lelaki).

14. Petrol mengikut jenis kereta contoh- kereta tempatan diskaun 15% diberikan setiap pengisian, kereta import tiada diskaun dan mengikut kadar semasa (menggalakan penguna membeli kereta tempatan)

15. Semua pelajar IPT/IPTS diberi diskaun 50% bagi yuran pengajian dan bagi pelajar cemerlang dalam SPM/STPM hanya perlu bayar 30% bagi keseluruhan Yuran pengajian/ pelajar luar dikenakan bayaran penuh dan lebih tinggi berbanding pelajar tempatan.

Macam mana ??? korang setuju tak????......

Thursday, 14 February 2013

MEMORI TERCIPTA biarpun PATAH SERIBU hatiku....


Umum sudah mengetahui akan percintaan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah yang sudah berakhir dek kerana N.D. Lala tidak merestui hubungan mereka. Agak menghairan juga mengapa setelah 3 tahun baru si bapa tersedar dari lamunan bahawa si lelaki tidak sepadan dengan anaknya kerana terlalu berani menyuarakan hasrat untuk memperisterikan anaknya di media massa. Si lelaki pula seperti tidak berani bersemuka dan memohon maaf kepada bakal bapa mertua diatas kekhilafannya itu. Si bapa pula begitu bertegas sedangkan perkara si lelaki mengaku si perempuan itu sebagai bakal isterinya sebagai perkara yang biasa saja bagi kebanyakan orang. Apakah si teruna tidak pernah meminta izin dari si bapa untuk membawa si gadis keluar dan menghadiri majlis terbuka selama ini? Kalau tak berani bersemuka apa salahnya membuat panggilan telefon atau SMS yang murah kosnya.

Sebenarnya apa yang Daddy nak sampaikan di sini ialah beberapa baris dari lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Shila kini menggambarkan situasi sulit yang dialaminya. Contohnya: 

Biar pergimu tanpa relamu 
Namun hatiku tetap rasa 
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota 
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu 
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan 
(Lagu: Patah Seribu) 

Tak apalah Shila, kalau Sharnaaz pergi ramai lagi lelaki soleh yang boleh menggantikan tempatnya. Tengok berapa ramai Imam Muda di luar sana yang dapat membimbingmu. Bukankah wanita solehah untuk lelaki soleh kan? 

Manakala lagu ‘Memori Tercipta’ pula menggesa Shila agar bersangka baik kepada Sharnaaz dan menerima perpisahan ini dengan hati yang terbuka dan sikap positif kerana sudah adat bercinta pasti berlaku pertemuan dan perpisahan. Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dengan pasangan secocok supaya kita akan menghargai pasangan kita itu seadanya hingga ke hujung nyawa. 

Di sini jua memori tercipta 
Walau seketika terjalin kasih kita 
Mungkin di sini kita kan terpisah 
Kenangan bersama tiada ku lupa 

Yang terpahit jua termanis 
Semuanya bagiku terindah 
Kuingati buat selama-lamanya. 

Akhir kalam Daddy berharap jika mereka ada jodoh mungkin mereka akan bercinta lagi pada masa hadapan. mana tau tali itu boleh disambung kembali. Jika tidak maka Daddy berdoa agar mereka dipertemukan dengan jodoh yang sepadan dengan citarasa keluarga masing-masing. Kalau jodoh tak ke mana. Hanya kepada Allah kita memohon agar dipertemukan dengan insan yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. Ingat! Allah mendatangkan satu musibah kepada kita tapi Dia akan menggantikannya dengan dua kebaikan. Percayalah wahai kawan-kawanku sekalian…..

Tuesday, 12 February 2013

Kesesakan Jalan Raya di Kelantan Semasa Cuti Tahun Baru Cina


Apabila ada saja cuti perayaan dan cuti sekolah maka berduyun-duyunlah anak-anak perantau balik ke kampung halaman mereka di seluruh negeri Kelantan. Kepulangan mereka tetap dinanti oleh kaum keluarga di kampung yang masih menyayangi mereka. Kepulangan perantau itu menyebabkan jalan raya di Kelantan sesak biarpun tidak seteruk cuti Hari Raya Puasa.

Pada malam CNY jalan di bandar Tanah Merah sesak kerana orang ramai berpusu-pusu ke pasar malam. Silap aku juga keluar naik kereta. Kalau naik motor kan dah boleh cilok? Pada hari pertama CNY jalan2 di dalam bandar tak la banyak kereta tetapi jalan2 yang menghubungkan antara daerah seperti Pasir Puteh-Machang-Tanah Merah-Jeli dan Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Kota Bharu kenderaan nampak bersusun-susun. Ini kerana ramai yang baru balik ke kampung menerusi tiga pintu masuk utama iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Selain dari itu ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan pada CNY ni jadi banyak la konvoi kenderaan yang aku nampak di atas jalan raya. Yang nak buat kenduri arwah dan aqiqah pun ramai jadi memanglah tradisi kunjung mengunjung terus menjadi amalan biar pun semasa CNY. Hebatkan? Cina yang beraya tapi Melayu yang sibuk ke hulu-hilir untuk menyesakkan jalan raya.

Kedai-kedai kaum Cina memang ditutup sepanjang CNY ini dan aku sukar bertemu dengan orang Cina di pekan dan jalan raya. Agaknya mereka berkurung di dalam rumah kot? Cuma pada malamnya berdentum-dentum bunyi mercun dan bunga api. Baru terasa kemeriahan musim perayaan kan? Kedai-kedai dan pasar terus dibuka kerana di Kelantan masih ramai orang Melayu yang berniaga. Kesempatan ini diambil oleh anak-anak perantau untuk membeli-belah barangan untuk dibawa balik sebagai stok makanan dan buah tangan kepada rakan sepejabat. Antara barangan yang kerap diborong ialah toto, pinggan mangkuk, periuk belanga, kuih-muih tradisonal, kain tudung, serunding daging dan pakaian tiruan berjenama.

Aku dapati orang-orang luar (orang Melayu dari negeri lain) juga mengambil kesempatan untuk bercuti di sini. Biasanya tumpuan utama mereka ialah kedai-kedai di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga. Tujuan utama mereka datang sini nak membeli-belah selain dari menikmati makanan tradisonal Kelantan yang enak dan asli seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, kuih akok, jala mas, gelembung buaya dan lompat tikam.

Sesungguhnya kepulangan anak-anak Kelantan dan kedatangan pelancong-pelancong tempatan menyumbang ke arah kesesakan jalanraya di Kelantan semasa cuti Tahun Baru Cina. Jadi aku kena bersabarlah sementara menunggu mereka pulang ke tempat masing-masing.

Saturday, 9 February 2013

Atasi masalah air di Kelantan dengan telaga tiub


Masalah air di Kelantan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini. Pertama, jumlah penduduk yang semakin meningkat. Biasanya orang-orang Kelantan yang bekerja di luar negeri akan balik membina banglo di kampung masing2 bila hampir bersara terutama sekali kakitangan kerajaan. Kedua, pam air yang ada di loji2 di seluruh negeri sudah tidak mampu menampung bebanan air untuk diproses. Ketiga, berlaku kebocoran paip yang menjejaskan simpanan air di tangki2 utama.

Di daerah saya, Tanah Merah, masalah ini terus berlaku tetapi tidaklah seteruk Pasir Mas dan Tumpat. Namun kesabaran saya ada batasnya kerana pada Hari Raya Puasa tahun lalu tekanan air menjadi terlalu rendah. Cuma satu paip sahaja yang boleh dibuka pada sesuatu masa. Jika mahu menggunakan mesin basuh kenalah tekan suis selepas tengah malam. Sekiranya saya mahu mandi terpaksa menadah air di dalam tong hitam sehingga penuh kerana air tidak naik ke 'shower'.

Selepas cuti raya saya membuat temujanji dengan kontraktor telaga tiub atau lebih dikenali dengan air bowring. Oleh kerana permintaan yang tinggi, permohonan saya mungkin akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Haji. Seminggu sebelum Aidil Adha kontraktor boring datang ke rumah untuk menggali lubang bagi mencari mata air. Proses menggali ini mengambil masa sehingga Maghrib. Namun air yang keluar berbau payau dan berwarna keruh kerana tapak rumah saya dahulunya ialah sawah padi.

Nampaknya saya terpaksa membeli penapis air luar yang diletakkan di bawah tangki bagi menapis air agar boleh diminum. Mujurlah adik tiri saya menjual dan memasang penapis air ini. Selain dari membeli penapis air, saya juga perlu membeli pam air dan saluran paip bagi menyedut air dari telaga tiub itu ke tangki dan paip dalam rumah. Hampir RM3000 juga saya belanjakan untuk semua peralatan dan upah.

Kini rumah saya menggunakan air dari telaga tiub sepenuhnya. Mungkin airnya tak sejernih AKSB tetapi bekalan yang berterusan dapat memastikan saya dan keluarga melakukan kerja-kerja seharian tanpa gangguan. Namun begitu bekalan AKSB tidak dipotong. Manalah tahu kalau pam air tu rosak, bolehlah saya bergantung kepada air paip tu.

Apa komen kawan-kawan tentang masalah air di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya?

Sekian. Terima kasih.

Wednesday, 6 February 2013

Kasut kasual untuk dijual


Assalamualaikum,

Kali ini Daddy ingin mengiklankan sepasang kasut kasual untuk dijual dengan harga RM60 termasuk kos poslaju. Kasut yang dimaksudkan ialah yang berada di sebelah kira berwarna coklat tu. Ia bersaiz 8 tapi macam kecil aje. Ia dibuat dari PUV maksudnya kulit campuran. Harg a boleh dirunding. Kasut ini Daddy beli awal bulan Januari lalu dan baru dipakai 3 kali. Daddy rasa kasut ni sempitlah. Habis sakit kaki bila dipakai. Jika berminat boleh tinggalkan komen atau SMS je di 012-9505467. Daddy berharap benar agar ada pembeli yang berminat membelinya. Sekian. Terima kasih.


Tuesday, 5 February 2013

Kejohanan Merentas Desa MSSD Tanah Merah 2013


Pada hari Sabtu, 2 Februari lalu berlangsunglah Kejohanan Merentas Desa MSSD Tanah Merah 2013 yang diadakan di SK Sri Suria 3. Ini kali kedua sekolah ini dipilih sebagai tuanrumah kejohanan bagi sekolah menengah ini. Pada kali ini hampir 15 buah sekolah menengah termasuk SABK mengambil bahagian. Sekolah Daddy diwakili oleh 34 murid-murid, iaitu 17 lelaki dan 17 perempuan. Kami telah menjalani latihan intensif sejak pertengahan bulan Januari lagi dibawah kendalian ketua jurulatih daerah, En. Azahar.

Kami bertolak dari sekolah pada jam 7.45 pagi dan murid-murid ini diiringi oleh 7 orang guru iaitu En. Zuki, En. Roslee, En. Azahar, Pn. Sarinah, Pn. Jaiton, Puan Shuhada dan Puan Mahizan. Kami pergi membawa impian untuk memperbaiki catatan pada tahun lepas yang kurang memberangsangkan.

Kejohanan cuma bermula pada jam 9.20 pagi iaitu 50 minit lewat dari jadual yang telah ditetapkan.Peserta-peserta kategori 15P dilepaskan dulu diikuti oleh 18P, 15L dan 18L. Semua kategori akan berlari sejauh 5.7km kecuali jarak untuk kategori 18L iaitu 7.5km.

Selepas semua peserta dilepaskan kami menunggu dengan debar siapa yang akan sampai dulu ke garisan penamat. Sementara menunggu mereka tiba, Daddy dan kawan-kawan pergi bersarapan di kedai kopi berdekatan.

Baru sahaja kami meminum kopi tiba-tiba kami ternampak kelibat budak perempuan berlari pantas ke garisan penamat! Tengok nombor peserta di dada dan belakang tu macam kenal aje? Rupa-rupanya pelari dari sekolah Daddy yang tiba dahulu! Gembira sungguh tak terkata. Selepas itu seorang demi seorang peserta tiba dan akhirnya larian tamat pada jam 11 pagi.

Peserta-peserta sekolah Daddy yang telah menerima pingat pada kejohanan berkenaan ialah seperti berikut:

15P

1. Nur Jannah (Emas)
2. Memey (Gangsa)
3. Zafirah (Keenam)

15L

1. Syarifuddin (Keenam)

18P

1. Intan Shahirah (Gangsa)

18L

1. Shahizwan (Gangsa)
2. Hafizi (Keempat)

Tahniah kepada mereka yang berjaya! Lepas ni Daddy akan beri angpau la buat belanja.... Kepada yang gagal cuba lagi pada tahun hadapan.  

Monday, 4 February 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3


Kali ini Daddy Zuki nak join pula segmen "I follow you, you follow me" yang dianjurkan oleh Saudara Mohd Selim. Cara nak join mudah je....buat entri dengan tajuk yang sama. Lepas tu 'link' banner ke entry asal dia. Akhir sekali tinggalkan komen di blog Selim. Mudah je kan? Bersamalah menyokong sesama blogger tempatan. Thanks my friends... Apa tunggu lagi? Klik je la banner yang Daddy tampal kat atas tu...

Saturday, 2 February 2013

2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away


Salam. Daddy ni dah kemaruk sangat nak join contest sekarang ni terutama sekali kalau contest tu dianjurkan oleh blogger popular. Kali ini Daddy join contest yang dianjurkan oleh Saudara Remy Hazza. Memang dia famous pun sebab follower dia dah dekat 1000! OKlah adik kakak semua kalu nak masuk segmen ni silakan klik banner kat atas tu. Ambo dah link terus ke entry Encik Remy. Jom la pakat2 join deh! Sekian. Terima kasih..

Friday, 1 February 2013

Wifi Sekolah Dipotong Tanpa Notis Oleh PPD dan Telekom


Pada hari Ahad minggu lepas seperti biasa aku buka netbook untuk mencari maklumat di google.com tetapi talian wifi tak ada plak. Aku tengok suis router di bilik guru ON je. Terus aku telefon guru IT di sekolah. Dia baru perasan benda ini dan berjanji nak periksa apa yang tak kena. Sementara itu aku telefon gak kawan-kawan yang lain. Memang mereka pun tak boleh on9. Check punya check rupa2nya pihak PPD dan Telekom sudah potong line internet aka schoolnet yang masuk ke sekolah aku. Sebenarnya bukan sekolah aku aje yang kena tapi semua sekolah di daerah TM ni pun tak ada wifi sekarang. 

Bila telefon PPD mereka ingat sekolah aku dah mula guna talian 1bestarinet sedangkan pemancarnya baru je dipasang. Elektrik pun belum disambung la pakcik! Yang kau tetiba terus nak potong line schoolnet tu apasal? Geram tul aku dan rakan2 guru terhadap pihak yang berkenaan. Bila ditanya bila line 1bestarinet tu boleh guna? Sedap je mereka kata paling awal pun 1 Mac nanti! MasyaAllah.....sabar je la. Sementara nak tunggu sebulan lagi tu terpaksalah guru2 bawa modem berukband yg slow mcm siput sedut tu ke sekolah jika ada urusan rasmi seperti memasukkan data dan markah peperiksaan murid2. Sekarang ni semua data kena simpan online, tak macam dulu. 

Bagi aku pulak, aktiviti melayari internet dan muatturun bahan pengajaran terpaksa dikurangkan. Ialahkan, kalau line slow mesti x de mood nak buat benda2 camni. Apa2pun aku berharap line 1bestarinet yang mempunyai kelajuan 18MB/saat berbanding 1MB/saat untuk schoolnet yang dulu bakal memberikan kepuasan tak terhingga apabila warga sekolah melayari internet nanti. Isyarat WCDMA ini boleh diterima sehingga radius 2km dari pemancar asalkan mereka tahu password yang pihak sekolah sediakan. Pemancar di sekolah aku ni cukup untuk menampung dua sekolah jiran juga.

Apa kata kawan2 Daddy Zuki yang budiman sekalian?   
;