Pada hari Ahad minggu lepas seperti biasa aku buka netbook untuk mencari maklumat di google.com tetapi talian wifi tak ada plak. Aku tengok suis router di bilik guru ON je. Terus aku telefon guru IT di sekolah. Dia baru perasan benda ini dan berjanji nak periksa apa yang tak kena. Sementara itu aku telefon gak kawan-kawan yang lain. Memang mereka pun tak boleh on9. Check punya check rupa2nya pihak PPD dan Telekom sudah potong line internet aka schoolnet yang masuk ke sekolah aku. Sebenarnya bukan sekolah aku aje yang kena tapi semua sekolah di daerah TM ni pun tak ada wifi sekarang. 

Bila telefon PPD mereka ingat sekolah aku dah mula guna talian 1bestarinet sedangkan pemancarnya baru je dipasang. Elektrik pun belum disambung la pakcik! Yang kau tetiba terus nak potong line schoolnet tu apasal? Geram tul aku dan rakan2 guru terhadap pihak yang berkenaan. Bila ditanya bila line 1bestarinet tu boleh guna? Sedap je mereka kata paling awal pun 1 Mac nanti! MasyaAllah.....sabar je la. Sementara nak tunggu sebulan lagi tu terpaksalah guru2 bawa modem berukband yg slow mcm siput sedut tu ke sekolah jika ada urusan rasmi seperti memasukkan data dan markah peperiksaan murid2. Sekarang ni semua data kena simpan online, tak macam dulu. 

Bagi aku pulak, aktiviti melayari internet dan muatturun bahan pengajaran terpaksa dikurangkan. Ialahkan, kalau line slow mesti x de mood nak buat benda2 camni. Apa2pun aku berharap line 1bestarinet yang mempunyai kelajuan 18MB/saat berbanding 1MB/saat untuk schoolnet yang dulu bakal memberikan kepuasan tak terhingga apabila warga sekolah melayari internet nanti. Isyarat WCDMA ini boleh diterima sehingga radius 2km dari pemancar asalkan mereka tahu password yang pihak sekolah sediakan. Pemancar di sekolah aku ni cukup untuk menampung dua sekolah jiran juga.

Apa kata kawan2 Daddy Zuki yang budiman sekalian?   

14 Comments

  1. patutnya... jgnlah potong dulu... dan bg lah notis dulu...sian guru2 semua sebab terpaksa bersusah payah... mesti stress kan? sabar ye... harap2 ada jalan penyelesaian segera yg terbaik untuk semua...

    ReplyDelete
  2. Sabar jer la... PPD tengah save baget tu.
    Semoga nanti yg baru tidak hanya seindah khabar je.

    ReplyDelete
  3. @Farah: tgh sabar la ni. harap ada penyelesaiannya dlm masa terdekat. meme tension tul.

    ReplyDelete
  4. @Bin Muhammad: meme tgh save bajet pun sbb peruntukan hanya akan tiba bln Mac ni. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. ish3.. patutnya gtau la dulu daddy kan...

    ReplyDelete
  6. sabar2 ...insyaAllah nanti selesai masalah :)

    ReplyDelete
  7. @deno: tu la yg kami bengang sbb tetiba je x de line..!!

    ReplyDelete
  8. @nadia farhana: harap2 begitulah...cpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. Komunikasi error tu...kikiikiki.
    Menyusahkan guru2 ajer

    ReplyDelete
  10. @Hanif: memang menyusahkan tul. td i tanya kwn di sek lain di daerah ini. dia kata di sek dia wifi still ON! tu yg buat i lg x puas hati!

    ReplyDelete
  11. wifi tu benda penting kan daddy hehe xde tu xleh upload blog. Opsss :p

    ReplyDelete
  12. @Khairul Zamri: u r right! rasa x best dok di sek skrg sbb x de wifi..

    ReplyDelete
  13. Ini mesti sebab abg juk din terkantoi update blog kat sekolah hehe

    *salam ziarah

    ReplyDelete
  14. @effortlab: x pernah terkantoi pun cuma sukarlah nak on9 sbb x de wifi...tq sbb sudi ziarah..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.