Korang rasa nak undi tak kalau sesebuah parti tu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan prihatin terhadap rakyatnya? Antara janji-janji yang ditabur oleh parti berkenaan ialah seperti berikut…

1. Semua pengangkutan awam seperti LRT, KOMUTER, MONOREL dan BAS AWAM diberi percuma kepada semua murid dan pelajar tanpa sebarang bayaran dikenakan (menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan memudahkan ke sekolah).

2. Peruntukan setiap tahun persekolahan dimana uniform sekolah diberi secara percuma dengan kadar minimum 3 set pakaian sekolah setiap sorang.- Mengurangkan bebanan ibubapa

3. Warga emas diberi diskaun 50% bagi semua pengangkutan

4. Income tax dimansuhkan. (Macam kat Brunei kan?)

5. Road tax dimansuhkan  (Pasti aku suka dan sokong kerajaan tu!)

6. Cukai tafsiran dimansuhkan

7. Utiliti dihadkan kepada setiap rumah hanya perlu membayar RM250 sebulan termasuk TNB, TM, Internet, ASTRO.

8. Buku teks diberikan secara pinjaman untuk semua murid dan pelajar sekolah (sistem Pinjaman) tiada had pendapatan dan tanpa permohonan lagi

9. Syarat pengambilan lesen motor had umur kena atas 21 tahun- mengelakkan isu rempit dan kemalangan jalan raya.

10. Setiap kali musim perayaan diskaun 50% diberikan bagi penguna TOL

11. Warga BUMI diberi diskaun 35% bagi pembelian Rumah/ Kereta Tempatan dan tanpa Deposit

12. Semua Warga Islam dihadkan mengunakan kad kredit dengan kadar maksima RM5K sahaja (bagi mengawal perbelanjaan / Mengurangkan kes bankrupsi berkonsepkan syariah)

13. Warga wanita diberi kelonggaran untuk bersara umur 45 tahun dan diberi subsidi RM250 sebulan selepas bersara.(menjaga hak asasi wanita dan mengurangkan bebanan kepada pihak lelaki).

14. Petrol mengikut jenis kereta contoh- kereta tempatan diskaun 15% diberikan setiap pengisian, kereta import tiada diskaun dan mengikut kadar semasa (menggalakan penguna membeli kereta tempatan)

15. Semua pelajar IPT/IPTS diberi diskaun 50% bagi yuran pengajian dan bagi pelajar cemerlang dalam SPM/STPM hanya perlu bayar 30% bagi keseluruhan Yuran pengajian/ pelajar luar dikenakan bayaran penuh dan lebih tinggi berbanding pelajar tempatan.

Macam mana ??? korang setuju tak????......

18 Comments

  1. Agak2 ada ke parti yang menghampiri semua manifesto ini?

    ReplyDelete
  2. Mungkin ianya mudah utk di lafazkan...tapi mungkinkah ianya dapat di laksanakan.
    Bagus juga kerana persaingan antara kerajaan dan pembangkang memberi sedikit sebanyak keuntungan kepada rakyat.
    Kerajaan dgn kerusi hampir seimbang antara pemerintah dgn pembangkang rasanya baguslah...

    ReplyDelete
  3. memang lama tak komen dad...huhu...
    salam singgah baca enrty...ade gambar khairul fahmi lah dad..hihi

    ReplyDelete
  4. Parti mana yg nak buat janji macam tu?

    ReplyDelete
  5. Cukup la sepenggal saja parti tu. Pastu negara pun bankrap. Jenuh nak jaga belanjawan.

    ReplyDelete
  6. kalau dapat diskaun or bantuan je memanjang, dikhuatiri rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu ni terus dibuai layu, malas nak bekerja keras, malas nak belajar dan malas dalam segala hal, akhirnya kaum lain yang kaya, kita jugak yang sibuk duk berebut royalti la, bantuan la, derma la... tak leh manja sangat, nak hidup senang, kerja keras la, tak boleh tunding jari kat sape2, tunding jari kat diri sendiri dulu,,, (^___^)

    apapun, selamat mengundi bagi yang dah cukup syarat, jangan sampai kita umat Islam berpecah belah sebab parti dah la, menang kalah adat pertandingan kan?hehe

    (^____^)

    peace V(^__^)V

    ReplyDelete
  7. Wah...Kalau ada parti macam nie...
    Wilma nak ooo...Hehehe...

    ReplyDelete
  8. kia cuba dulu bagi peluang..kita bukannya tidak pandai menilai..yang baik kita ikut..kalau xsesuai..kita tukat balik.. xsusah pon..mcm hudud..xpayah tukat pelembagaan juz tambah je pelembagaan..ni pendapat saya la

    ReplyDelete
  9. @izzat: rasanya x de la..byk yg cuma berjanji kosong aje...

    ReplyDelete
  10. @ Bin Muhammad: Rasanya kita kena bagi peluang kpd pembangkang utk memerintah sepenggal. tengok camner prestasi mrka..

    ReplyDelete
  11. @nao mei: tq sbb sudi komen. apek tu dah famous skrg...cuma prestasinya menurun sejak kahwin...

    ReplyDelete
  12. @Yunus Badawi: PKR la yg janji mcm tu...

    ReplyDelete
  13. @azieazah: betul tu kak...takut defisit plak perbelanjaan...

    ReplyDelete
  14. @trah zain: tul tu dik...skrg ni giat pemberian BR1M di seluruh negara yg seharusnya tamat b4 31 mac..kalau diberi sokmo duit bantuan camni maka bankrap la negara..raktat plak jenis yg nak subsidi sokmo...

    ReplyDelete
  15. @Wilma: boleh cuba pangkah parti tu n tengok camner janji2 yg mrka taburkan.

    ReplyDelete
  16. entah ..tak suka politik malaysia dah mula kotor... semua nak percuma ... mati nanti pon kena bayar tau .. bayar kain kapan dan nak uruskan jenazah .. adehh

    ReplyDelete
  17. @Aku Penghibur: betul tu bro...kalau semua nak free susahlah...skrg ni susah nak cari tandas free di shopping mall...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.