Negeri Kelantan memang terkenal dengan juadah sarapan pagi yang menyelerakan lagi dapat memastikan anda kenyang sampai ke tengahari. Antara menu sarapan pagi yang terkenal ialah nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi tumpang. Nasi lemak juga ada dijual tapi tidak sepopular nasi-nasi yang di atas. Gerai dan restoran dibuka seawal 6.30 pagi dan pelanggan setia ialah jemaah yang baru pulang dari masjid, pekerja-pekerja yang bergegas ke pejabat, guru-guru dan murid-murid yang berkejaran di atas jalanraya untuk ke sekolah dan tidak ketinggalan ibu-ibu yang tidak sempat memasak untuk keluarga mereka.

Harga nasi berlauk serendah RM2 dan mampu beli oleh semua. Kalau nak sedap lagi dan dalam kuantiti banyak mungkin harganya mencecah RM4. Antara menu yang digemari ialah nasi kerabu berlaukkan daging bakar. Fuuhhh! Pasti menyelerakan. Deretan gerai dan kedai kopi di sepanjang jalan pasti menggamit pelancong tempatan untuk singgah dan memakan apa jua juadah yang ada sebelum balik ke negeri masing2. Kalau di KL mereka makan nasi lemak dan roti canai untuk sarapan tapi di Kelantan ini macam2 ada.

Sememangnya org2 Kelate amat mementingkan kualiti makanan yg dimakan. Biarlah sesimple mana masakan itu tapi kesedapan itu harus dijaga. Masaklah makanan itu dari hati agar terbuka naluri org yg memakannya. Dok gitu kawan2?

15 Comments

  1. AJ tak makan nasi dagang sebab dia lauk ikan...
    Tapi kalau pegi Kelantan AJ paling suka sarapan Nasi Kerabu....=D

    Minta tolong vote AJ boleh tak?

    http://ayuejean.blogspot.com/2013/02/blogger-i-really-need-your-help.html

    ReplyDelete
  2. Saya suka Nasi Kerabu. Pun ada daging bakar juga. Oh teringin nak pegi Kelantan lagi.

    ReplyDelete
  3. @Ayue: nanti daddy vote ye? nape x mkn ikan? kalau x mkn ikan...leh try nasi dagang lauk ayam gak..

    ReplyDelete
  4. @Azieazah: kena gi Kelate bila kemarau or cuti sek...boleh mkn n shopping sakan,,

    ReplyDelete
  5. murah ek harga... daddy... ini dah kira brunch dah ni sebab heavy breakfast ni... ^_^

    ReplyDelete
  6. Kelantan memang mantap juadah...sedap

    ReplyDelete
  7. kalu kelik boto bharu, pagi pagi mesti tubek gie Kubae Pasu...

    Macam macam ada

    ReplyDelete
  8. haaa... nasi berlauk ni peberet abah deno... ada satu kedai kat Chendering tu kan, dia ada jual nasi mcm nih.. kalu abah makan, tak cukup satu pinggan.. hihi^^

    ReplyDelete
  9. pagi2 ct makan nasi berlauk je dr zaman sekolah...kat belakang umah je ade jual..senang....hihi:D

    ReplyDelete
  10. @farah: bagi kami di kelate biasalah kena mkn nasi berlauk setiap pagi..dah biasa mkn berat2 mcm ni..

    ReplyDelete
  11. @etuza: tq sbb suka juadah kelate...sy suka ambuyat...

    ReplyDelete
  12. @Pulut Bakar: thn lps baru sy tahu ttg kewujudan kuih di kube pasu..

    ReplyDelete
  13. @deno: berseleranya abah deno mkn!

    ReplyDelete
  14. @C.T.K: skrg x de org jual nasi berlauk ke di tempat CTK?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.