Assalamualaikum. Baru2 ni masa shopping kat Shopee tergerak hati nak beli Xiaomi Mi Stick 4K. Jadi Abam Kie pun browse la produk ni kat kedai2 dalam situ. Ada mcm2 harga. Akhirnya Abam Kie membeli versi 4K yang memiliki 2GB RAM dan 8GB ROM. Ini kira berbaloi la sebab boleh support 4K. 

Tujuan sebenar Abam Kie beli Mi Stick ni sebab nak merasai pengalaman menonton TV dengan interface androidtv. Memang la abam kie sudah ada Smart TV LG 4K yang canggih cuma ia guna OS dan tiada kebebasan untuk download lebih banyak app di Google Play. App macam radio pun x de jadi susah la nak dengar radio sambil buat kerja rumah. Dengan Mi Stick ni dapat la muatturun app yg abam kie mahu.

Nak guna mudah je. Cuma plug and play. Cucuk je Mi Stick ke port HD di belakang TV tu. Lepas tu sambung ke power supply. Tunggu ia hidup dan kita boleh setup benda alah ni. Mudah je. Tak perlu tengok tutorial di Youtube.

Satu benda yang best pasal Mi Stick ni ia support app TiviMate. Dengan app ni kita boleh install MyIPTV yang boleh tonton TV serata dunia tu. Yang best boleh tengok siaran sukan yang hampir 100 saluran. Sampai tak tertengok pulak. Jadi kawan2 yg nak try androidTV boleh la beli Mi Stick ni. Harganya cuma RM157. Memang ada yang murah seperti android box tapi abam kie pilih yang legal spt Mi Stick ni. Lagipun Mi Stick ni cute sebab kecil aje. Remote Mi Stick ni agak tricky juga pada mulanya tapi lama2 jadi biasalah. Memang la x semudah smart remote TV LG ni tapi OK la.....

Akhir sekali, selamat menonton.


10 Comments

  1. Kalau sy mmg x reti nak pilih gajet mcm ni... reti pakai je.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Memonton lebih mudah dengan alat ni

    ReplyDelete
  3. Macam2 benda xiomi keluarkan kan?

    ReplyDelete
  4. cukup x pandai bab gadget2 ni.. kalau hero tu sure tau ni

    ReplyDelete
  5. lama juga dah masuk dlm troli mi stick ni.. nti nak kena beli juga hehe

    ReplyDelete
  6. ammi ada beli juga... kalau nak download myIPTV tu kita kena ada acc ke. selama ni dok tengok Netflix tp since baru je unsubscribe makanya knalah cari provider lain

    ReplyDelete
  7. Itu yg saya salut dengan Xiaomi. Dia banyak sangat varian produk. Mulai dari gadget, sampai peralatan rumah tangga pun sekarang ada.

    Menarik juga stick mereka ni. Saya nak cari dulu apakah masuk juga ke Indonesia.

    ReplyDelete
  8. Macam-macam sekarang ni. Mudah nak tengok tv.

    ReplyDelete
  9. Bagus guna yang legal untuk mengurangkan rasa bersalah

    ReplyDelete
  10. Waa menarik nie.. Tgh fikir jugak nak beli ni..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.