Mesti kawan2 terkejut bila tengok Abam Kie mendukung anak cheetah kan? Hehehe... Jangan takut! Semua ini guna teknik AI je. Banyak apps di Playstore yang boleh kita download untuk edit foto. Cuma kebanyakannya berbayar la jika nak effects yg mengagumkan! Give it try. Abe Kie suka2 je main dgn app Remini ni. Jika ada foto yg menjadi kesan editannya maka Abe Kie akan kongsi di media sosial. 

Sempena bulan November ini Abe Kie ingin berkongsi satu lagu bertajuk 'Peristiwa di Bulan November' nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1980 hasil ciptaan Dato' Ahmad Nawab. Masa lagu ni keluar Abe Kie baru masuk sekolah rendah. Sudah 43 tahun usia lagi ini rupa2nya. Selamat mendengar ye...

Seterusnya kita pergi kepada cerita sebenar untuk entri kali ini. Dengan bangganya Abe Kie ingin mengumumkan pemenang blogger bertuah pada bulan Oktober ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Mummy Ayu. Ini merupakan kali ketiga Mummy Ayu menang hadiah pengomen bertuah tau! Tahniah dan syabas Abe Kie ucapkan. Nanti macam dulu Mummy Ayu DM Abe Kie di 0129820100 untuk menuntut wang tunai tu. Orait? Cuma untuk bulan Nov dan Dis ini Mummy Ayu tak layak bersaing untuk juara bulanan lah ye sebab dah menang 3X. Tapi yang pasti MA tetap berpeluang untuk memenangi pengomen bertuah tahun 2023 ye! Teruskan mengomen entri2 terkini di blog Abam Kie. Terima kasih.....

Kepada rakan2 blogger lain yang belum pernah menang peraduan blogger bertuah blog Abam Kie ni jangan berputus asa tau! Rajin2lah menulis komen di blog ni. InsyaAllah, kalau dah rezeki korang, memang dapat la tu hadiah nanti. Selamat maju-jaya. Aamiin....

14 Comments

  1. tahniah mummy dan top 5 pengkomen...dapat duit raya deepavali awal gini..hihihi

    ReplyDelete
  2. wah.. 3 bulan berturut ni.. alhamdulillah.. tq tq...
    congrats juga to all!!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat MA.. Pengunjung & pengomen blog setia

    ReplyDelete
  4. tahniah ayu...
    memula tengok gambar tu ammi macam "eh sama pulak muka abe kie & anak cheetah tu".

    ReplyDelete
  5. Sedapnya lagu orang zaman dulu. Tahniah kepada Mummy Ayu.

    ReplyDelete
  6. Tahniah MA memang rajin komen hihihi

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk para pemenang dan saya setakat ini hanya singgah untuk membaca tulisan Abam Kie tanpa mengharap jadi pemenang komen hehehe

    ReplyDelete
  8. tahniah buat semua pemenang.
    merdu suara datuk Khatijah Ibrahim kat sini

    ReplyDelete
  9. Selamaaat mummy ayu 🎉🎉🎉. Hebaaat 3x berturut2 👍😉

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.