Sudah lama Abam Kie berminat dengan kad kredit Visa Signature by AmBank Islamic ini. Sudah biasa memiliki kad kredit silver, gold dan platinum. Kini teringin pula memiliki kad kredit Signature. Terasa mewah sekejap. Untuk memiliki kad ini kena memperolehi pendapatan tahunan sekurang2nya 80K. 

Jadi pada satu hari di bulan Oktober, Abe Kie isi borang di website AmBank. Tak sangka selepas seminggu staff AmBank KL call dan suruh abam kie isi borang permohonan kad kredit yang akan diemel ke inbox Abe Kie. Jadi abe kie isi la. Lepas isi kena scan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, penyata akaun bank dan slip gaji. Memang renyah tapi sebab kita nak maka buat je la. 

Selang seminggu kemudian Abam Kie dapat SMS dan emel yang memaklumkan kad kredit telah diluluskan. Abam Kie tunggu la kad tu sampai ke rumah. Lama tunggu tapi kad tu tak sampai2. Terus Abam Kie hubungi Customer Care Unit. Rupa2nya kad tu telah diposkan ke cawangan Pasir Mas. Geram tul kepada staff di KL tu yang tak reti bahasa. Abe Kie dah isi dalam borang permohonan meminta kad tu diposkan ke rumah tapi dihantarnya juga ke cawangan. Masa dia call pun abam kie sempat pesan agar pos ke rumah. Tapi dia ni degil!

Mujurlah staff CC tu sanggup arahkan cawangan Pasir Mas tu poskan kad kredit tu ke rumah Abam Kie. Itu pun ambik masa seminggu juga nak sampai sebab bank tu guna Citylink. Kalau ikutkan, Tanah Merah ni cuma 30km dari Pasir Mas. Akhirnya kad tu sampai pada 1 Nov lalu. Alhamdulillah. Dapatlah abam kie guna kad kredit baharu. 

Cuma Abam Kie ingin mengingatkan kawan2 agar menggunakan kad kredit dengan cara berhemah. Ia ibarat air atau api. Macam Abam Kie ni pastikan membayar semua baki pada akhir bulan. Kalau hutang Rm1000 maka jumlah itulah Abam Kie akan jelaskan bila menerima penyata pada akhir bulan. Tak sesekali bayar sikit2. Kita bayar penuh gitu... 

10 Comments

  1. Pakai kad kredit ni ada kelebihannya asalkan kita tidak lupa diri, kan Abamkie.

    ReplyDelete
  2. pengguna CC sejak tahun berbelas tahun lepas...tapi sejenis yg takut nak swipe. Takut terlajak guna. So ammi guna untuk bayar monthly insurance premium je supaya at least bergunalah kad tu.

    Tp kalau waktu nak "check in" hospital utk deposit semua mmg ammi swipe jelah sbb taknak ganggu duit yg ada dalam bank. banyak lagi kegunaan duit tu

    ReplyDelete
  3. dengar kad kredit terus seram...ad setengah tu guna untuk duit minyak kete je...

    ReplyDelete
  4. kredit kad ni x salah kalau betul cara guna nya..
    MA x berani sbb takut terleka nanti.. so better x de.. kad debit sudah

    ReplyDelete
  5. teringat dulu saya penah ada CC ambank, pastu ada scammer call dan siap ugut2 bila tak makan scam dia. last2 mama terminate aje. tu cerita lama dah

    ReplyDelete
  6. wah mampu guna kad kredit terbaik cikgu

    ReplyDelete
  7. Betuuuuul Abang 👍👍. Biar tak kena interest juga kan.

    Saya sejak resign memang tak pakai lagi CC. Krn takut bablas belanja tak ingat limit 🤣🤣. Jadi saya close semuanya. Tapi suami masih pakai Krn masuk dalam benefit dari kantornya . Jadi sesekali saya pinjam lah kartu dia.

    Apalagi bayar pakaj CC biasanya dpt banyak promo, dan poin yg bisa ditukar juga ke miles maskapai macam MAS, SQ, ETihad etc. Tujuan saya lebih kesana. Bukan untuk berhutang.

    ReplyDelete
  8. Data di credit card sebaiknya jangan di upload ke internet.

    ReplyDelete
  9. Saya masih dgn pegangan no credit card in my life hahahaa.. Btw tahniah abam kie..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.