Assalamualaikum. Adakah lelaki patut memakai cincin sebagai aksesori di tubuh? Terpulang kepada diri masing-masing. Ada lelaki yang tampak lebih bergaya bila memakainya kerana cincin itu menampakkkan ketampanan si pemakainya. Cincin seharusnya dipakai oleh lelaki yang beristeri sebagai menghargai cincin pemberian isterinya. 

Namun begitu ada lelaki yang tak suka memakainya kerana merasakan leceh bila cincin ada di jari terutamanya bila hendak mengambil wuduk. Kadang-kadang cincin itu terpaksa ditanggalkan sekejap untuk meratakan air di jari. Tanpa tidak disedari cincin itu diletakkan di tempat wuduk dan apabila selesai wuduk diambil, terlupa pula untuk mengambail kembali cincin tersebut.

 Meh Abe Kie ceritakan tentang dua bentuk cincin yang dimiliki namun jarang dipakai.

Cincin perak bertatah permata oren ini adalah hadiah perkahwinan Abe Kie dengan isteri sekarang pada 25 Disember 2014. Permata ini dibeli oleh adik ipar Abe Kie yang  pernah belajar di Universiti AL-Azhar, Mesir. Cuma dipakai pada hari-hari tertentu seperti hari raya dan hari kenduri kahwin sahaja. 

Manakala cincin bertatah permata maroon atau 'dark pink' ini adalah cincin perkahwinan kedua Abe Kie pada tahun 2010 lalu. Permata ini diberikan oleh bekas kakak ipar. Cantik juga cincin ini tapi jodoh kami tak panjang. Tahun 2012 dah bercerai selepas mendapat seorang anak perempuan. 

Demikianlah kisah dua bentuk cincin kepunyaan Abe Kie.

15 Comments

  1. Oh, ada kisah rupanya. Saya yang mak2 ni pun tak suka pakai cincin. Kalau pergi majlis kenduri atau hari raya je pakai. Itu pun kalau teringat. Suami pun xde cincin. Kami jenis tak suka aksesori kot 😅

    ReplyDelete
  2. x ramai lelaki yg suka pakai cincin kan...

    ReplyDelete
  3. Cantik cincin yg oren tu. Cincin macam ni kadang memang tak selesa nak pakai harian.

    ReplyDelete
  4. jarang nampak lelaki nak pakai cincin ni..kita kat rumah pun tak pakai cincin melainkan kalau keluar

    ReplyDelete
  5. wah cantiknya cincin kenangan

    ReplyDelete
  6. batu cincinnya bagus seperti warna delima abam kie

    ReplyDelete
  7. xleh pakai cincin..asyik luka jer jari..haha

    ReplyDelete
  8. Cuya tertarik pada lelaki yg pakai cincin, tapi bukan pada suami orang la ...
    hehehhe

    ReplyDelete
  9. suami saya ada sebentuk cincin, tapi dah tak muat. saya pakai kat hujung tudung bawal sekarang

    ReplyDelete
  10. Abam Kie masih simpan cincin yang ke-2.

    ReplyDelete
  11. Suami saya salah seorang lelaki yang tak gemar pakai aksesori termasuk cincin jadi takde cincin waktu nikah dulu. Jam tangan pun start pakai tahun lepas sebab senang bila dapat alert whatsapp dari ofis (jenis smart watch)

    ReplyDelete
  12. Memory pada kedua cincin itu pasti tak ternilai.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.