“GAJI RM10,000 TAPI PENING NAK BAHAGI DUIT? INI FORMULA "RULE OF THIRDS", RAHSIA GENG T20 URUS CASHFLOW DENGAN TENANG!”

Bila sebut pasal buat bajet, ramai yang diajar guna formula 50/30/20 (50% Keperluan, 30% Kehendak, 20% Simpanan). Formula ni memang bagus, TAPI, bila gaji korang dah cecah RM10,000 ke atas (kategori M40 dan T20), formula 50/30/20 ni dah jadi kurang sesuai.

Kenapa? 

Sebab kalau gaji RM10,000, takkan korang nak habiskan sampai 50% (RM5,000) semata-mata untuk keperluan asas? Ini adalah punca utama ramai yang terjerat dengan “Lifestyle Inflation” (inflasi gaya hidup).

Sebab itulah, untuk menstruktur semula kewangan klien yang bergaji pertengahan dan tinggi, saya akan gunakan satu formula yang jauh lebih agresif: FORMULA RULE OF THIRDS (RULE OF 1/3).

APA ITU FORMULA "RULE OF THIRDS"?

Konsepnya sangat ringkas tapi kesannya sangat luar biasa. Korang bahagikan gaji bersih kepada TIGA BAHAGIAN YANG SAMA RATA (33.3%).

Tak payah pening-pening nak kira pecahan yang rumit. Jom kita tengok cara guna RULE OF THIRDS menggunakan contoh kes klien yang bergaji bersih RM9,000 sebulan:

🟢 1/3 PERTAMA (33.3%): Simpanan & Pelaburan (Pay Yourself First)

👉 Nilai: RM3,000

• Ini adalah duit yang saya PAKSA klien asingkan dulu. Sebelum bayar bank, sebelum beli barang dapur, duit ini WAJIB dibayar dulu untuk "masa depan".

• Strategi: Pecahkan RM3,000 ni kepada: Tabung Kecemasan (ASB/Tabung Haji), Tabung Persaraan Tambahan (KWSP / PRS untuk Tax Relief), dan Pelaburan (Saham/Unit Amanah/Emas).

• Kesan: Bila korang simpan 33%, korang akan bina kekayaan 3X ganda lebih laju dari orang biasa yang cuma simpan 10%.

🔴 1/3 KEDUA (33.3%): Komitmen & Hutang Bank (Debt Servicing)

👉 Nilai: RM3,000

• Ini adalah kuota maksimum untuk semua hutang rasmi korang dengan bank (Rumah, Kereta, Personal Loan, PTPTN).

• Strategi: Masukkan ansuran rumah, kereta, Personal Loan, dan pinjaman PTPTN dalam kategori ni.

• Kesan: Kalau korang perasan, 33.3% ini selari dengan tahap “Sweet Spot” DSR (Debt Service Ratio) yang sangat sihat. Bila DSR korang sentiasa berada di bawah paras 35%, bank akan sentiasa lihat anda sebagai klien "Low Risk". Mudah untuk apply loan bank kalau perlu.

🟡 1/3 KETIGA (33.3%): Keperluan & Gaya Hidup (Guilt-Free Spending)

👉 Nilai: RM3,000

• Ini bahagian yang paling seronok. Ini duit belanja "Hangus" korang!

• Strategi: Guna RM3,000 ni untuk beli groceries, bayar bil utiliti, taska anak, dan... duit nak makan sedap (reward diri), langgan Netflix, atau beli barang untuk hobi.

• Kesan: Korang boleh belanja duit ni TANPA RASA BERSALAH. Sebab apa? Sebab korang tahu masa depan dah pun dijamin (1/3 Pertama) dan hutang bank pun dah diuruskan (1/3 Kedua).

KENAPA SAYA SARANKAN "RULE OF THIRDS" NI KEPADA GOLONGAN BERGAJI BESAR?

Sepanjang saya menguruskan portfolio pelbagai klien, formula ini menyelesaikan 3 isu besar:

1️⃣. Hapus Penyakit Kedekut Tak Bertempat

Ada orang yang terlalu obses menyimpan sampai isteri dan anak-anak tertekan. Bila guna Rule of Thirds, mereka akan guna 1/3 daripada gaji meraka tu untuk nikmati hidup! Kekayaan tak bermakna kalau keluarga hilang senyuman dan tak dinikmati bersama keluarga.

2️⃣. Tembok "Anti-Bocor" (Force saving)

Bila gaji korang naik, secara automatik nilai 1/3 Simpanan tu pun akan ikut naik. Kalau dulu gaji RM6,000 (Simpanan RM2,000). Bila gaji naik RM9,000, simpanan automatik dipaksa jadi RM3,000. Ia kunci cashflow korang dari bocor ke tempat lain.

3️⃣. “Sweet Spot” untuk Real DSR

Apa tu Real DSR?

👉  Formula: (Total Hutang Bank + Komitmen Tetap Bulanan) / Gaji Bersih x 100

(Komitmen Tetap Bulanan = Taska anak, Takaful, Utiliti asas, Belanja Dapur.).

Bila korang guna Rule of Thirds, hutang bank korang dah dikunci pada paras 30% dan komitmen tetap pun pada paras 30%. Ini adalah sweet spot dimana Real DSR korang masih berada di BAWAH PARAS 60%. Ini beri ruang untuk cashflow korang bernafas. Korang tak perlu paksa untuk ikat perut dan makan megi setiap hujung bulan. 

Saya tahu tak semua orang boleh terus capai tahap 1/3 simpanan ni pada hari pertama, lebih-lebih lagi kalau sekarang komitmen hutang dah cecah 60% (DSR tinggi).

Tapi, jadikan "Rule of Thirds" ini sebagai Sasaran Kompas Kewangan korang. Mula dengan 10% simpanan. Bila dah habis bayar satu hutang (guna Teknik Snowball), alihkan bajet hutang tu untuk besarkan bahagian simpanan, sedikit demi sedikit sehinggalah korang capai nisbah 1/3 ini.

😊