Apabila meninggal dunia seorang kakak.
Maka hilanglah senyuman kasihnya.

Assalamualaikum. Tiada siapa yang inginkan kehilangan ahli keluarga yang disayanginya namun takdir Allah tiada siapa yang mampu menghalangnya biarpun sesaat. Pemergian kakak sulung pada 19 Jun jam 11.22 pm amat menyentap hati ini kerana terasa pemergiannya terasa begitu cepat. Allahyarham Maizun binti Zainuddin pergi mengadap Ilahi pada usia 63 tahun setelah menderita sakit selama 2 bulan. 

Usai Aidil Fitri 1444H dikhabarkan kak long mengalami demam berpanjangan dan hilang selera makan. Kami adik beradik menasihatinya agar segera pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Seminggu kemudian arwah ditahan di Hospital Dungun kerana doktor sedang berusaha mencari punca penyakitnya. Kak Long merasa lemah-lemah badan dan tidak bermaya. Seminggu di Hospital Dungun kemudiannya dia dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pula. Di sini pula doktor siap ambil sum-sum tulang atau 'bone marrow' pula untuk mengesan penyakitnya. Selepas itu dia dibenarkan balik ke rumah kerana sudah lama berada di hospital berkenaan. 

Semasa dia berehat di rumah inilah Abe Kie sekeluarga sempat melawatnya pada 9 Jun 2023, 10 hari sebelum kematiannya. Semasa kami melawatnya, Kak Zun masih boleh berjalan di dalam rumahnya. Perbualannya masih lancar. Mungkin dia gembira menerima kunjungan adiknya ini. Aku pun berdoa agar dia boleh sembuh. Abang iparku, Abe Zul bagitahu kandungan sel-sel darah Kak Zun ni amatlah sedikit. Itu pasal dia lemah dan tidak berdaya melawan penyakitnya ini. Pada 10 Jun, Sabtu kami pun pulang dengan seribu doa agar dia kembali pulih.

Allahyarham Kak Zun memakai baju maroon. Yang bertudung hijau tu Kak Yah, kakak kedua saya.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Pada hari Sabtu, 17 Jun, anak saudaraku Zaim melaporkan Kak Zun dimasukkan ke wad Hospital Dungun kerana keadaan badannya semakin lemah. Keesokan harinya dia dihantar ke HSNZ pula dan terus ditidurkan kerana organ badannya tidak berfungsi. Petang Isnin, 19 Jun 2023 doktor bagitahu keadaan kak long semakin tenat. Kemungkinan Kak Zun untuk hidup berada pada paras 10% sahaja mengikut kata doktor. Semasa Kak Zun sedang nazak, kami adik beradik berbincang sama ada mesin bantuan pernafasan ini perlu dimatikan. Kami memberi kebenaran kepada doktor untuk mematikan mesin tersebut kerana Kak Zun tidak ada harapan lagi untuk diselamatkan. 

Sekitar jam 11.20 pm apabila doktor datang memeriksa kakak, dia dapati Kak Zun sudah meninggal dunia. Tak sempat pun dia OFF mesin bantuan pernafasan itu. Kematian itu pasti. Semoga Kak Zun ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Aamiin. 

Jenazah Kak Zun siap dimandikan jam 3.45 am, 20 Jun 2023 manakala solat jenazah diadakan selepas solat Subuh di Masjid Lama Sura, Dungun. Sekitar jam 10 pagi jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sura Tengah bersebelah pusara ibubapa mentua Kak Zun. Sukar untuk menerima dua kematian dalam masa kurang 2 tahun. Arwah bapa meninggal dunia semasa Deepavali 2021. Kini Kak Long pula pergi. 

Saya memohon agar kawan-kawan menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Kak Zun. Al-Fatihah (dibaca).

18 Comments

  1. *إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون* 🍂🍂
    Ya Allah.. ampunilah dia 💚
    rahmatilah dia
    maafkanlah dia
    muliakanlah kematiannya lapangkanlah kuburnya jadikanlah syurga .. sebagai
    ganti tempat tinggalnya .. dan
    berilah kesabaran .. kepada
    ahli keluarganya ..
    semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman .. Aamiin
    Al fatihah
    . *بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين 🍂

    ReplyDelete
  2. al fatihah buat arwah..moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... aamiin

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  4. Innalillahwaiinalillahirojiiun..salam takziah untuk keluarga dan al fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  5. innalillah. semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun... semoga Allah ampunkan dosa2 arwah Kak Zun dan terima amal ibadahnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Ameen YRA...

    Salam takziah Abam Kie sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar rasa sayu hati...al fatihah untuk kakzun.salam takziah abam kie,saya juga baru kehilangan saudara di kg sura dungun selasa lepas

    ReplyDelete
  8. salam takziah
    Al fatihah buat Arwah
    kehilangan yg semua kita akan lalui

    ReplyDelete
  9. innalillahiwainnailaihirojiun...al fatihah moga rohnya dicucuri rahmatNya..amiin takziah cikgu n fmili

    ReplyDelete
  10. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. Salam takziah buat Abamkie sekeluarga, semoga roh Kak Zun dicucuri rahmat, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  11. Al fatihah ...salam takziah ..semoga aewah ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Aamiin

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah..semoga roh Kak Zun dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan para solehin..salam takziah utk Abam Kie sekeluarga..

    ReplyDelete
  13. Innalillahiwainnailaihirojiun... salam takziah, Abe Kie.
    Semoga roh kakak Abe Kie ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin...

    ReplyDelete
  14. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Kematian itu pasti.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  15. salam takziah.. dan al-fatihah...

    ReplyDelete
  16. Innalillahi wainna ilaihi rajiun .. semoga ditempatkan bersama para syuhada dan para anbiya amin..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.