Assalamualaikum. Baru2 ini TouchnGo mengeluarkan kad prabayar Visa yang cantik dan unik pada pandangan Abam Kie. Abam Kie sedia maklum yang kad ini berfungsi spt kad debit bank biasa. Bukannya boleh guna utk bayar tol. Tetapi kerana abam kie suka mengumpul kad, maka laju saja tangan ini memesan kad Visa ini di apps e-wallet TouchnGo. Kad ni free cuma kena bayar RM5 untuk penghantaran menerusi NinjaVan. Kira murah je kos delivery tu. Boleh tambah koleksi kan? 

Kad Visa TouchnGo ini menyedut dana daripada akaun e-wallet kita. Jadi pastikan jumlah duit dalam akaun e-wallet tu cukup la ye. Dekat 10 hari juga menunggu kad ni sampai. Maklum la masa order tu cuti tahun baru Cina. 

Yang istimewa ttg kad visa TnGo ni ia x menunjukkan no kad Visa berkenaan di atas kad. Tapi sebaliknya kita boleh semak di dalam apps e-wallet utk mengetahui nombor kad tu. Abam Kie rasa ini adalah salah satu langkah keselamatan menghindari gejala scammer yg pantang tengok orang ada duit sikit. 

Sehingga ini kad ni abam kie simpan dalam laci meja je. Cuma pernah guna sekali beli topup HP masa mula2 sampai tu. Jadi jika kawan2 nak order kad ni, boleh je order melalui apps e-wallet TouchnGo ye. Selamat mencuba!