Assalamualaikum. Kalau pi pasar malam mesti kita teringin nak beli Yong Tau Foo kan? Bila beli untuk sekeluarga tu memang la mahal gak. Dalam RM20++. Silap2 cecah RM30. Apa kata kalau kita buat sendiri kuah yong tau foo ni? Bukan susah pun. Jimat pun jimat. Cuma kita perlu beli segala item yong tau foo ni je. Jom kita tengok resepi kuah yong tau foo! Selamat mencuba!

๐Ÿ’œResepi Kuah Yong Tau Foo๐Ÿ’œ

๐Ÿ’œKuah hitam

☑2 sudu makan taucu

☑2 sudu makan tepung jagung

☑2 sudu makan tepung gandum

☑3 sudu makan kicap pekat

☑3 sudu makan sos tiram

☑4-5 sudu makan gula

☑3 cawan air

➡Masukkan semua dalam blender, blend bagi taucu halus,

➡ pastu masak bagi mendidih sekejap.

๐Ÿ’œKuah merah

☑1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng

☑1 sudu makan tepung gandum

☑1 sudu makan tepung jagung

☑4- 5 sudu makan gula

☑3 cawan air

☑1/4 sudu makan garam

➡Blender semua bahan kat atas bagi kacang halus..

☑3 sudu makan cili blend

Cara-cara:

➡Panaskan sedikit minyak, tumis 2 biji bawang putih yang diketuk

➡Letak 3 sudu makan cili blend, tunggu kering.

➡Masukkan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap!

➡Dah boleh makan ngan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung dan lain-lain.

Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan sangai dengan bawang goreng.

Selamat mencuba..

Kredit resepi: Hamidah ida

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim