Kenapa Guru Nekad Bersara Awal?
Sisi Gelap Sistem Pendidikan – Guru Nekad Bersara Awal Dedah Tertekan Hingga Terpaksa Menipu
Sistem pendidikan sekarang yang tiada hala tuju membuatkan ramai guru seolah-olah sudah tidak ada jiwa untuk mengajar dan ramai yang mengambil keputusan untuk bersara awal.
Demikian pendedahan yang dibuat oleh seorang bekas guru bahasa Inggeris kepada portal Majoriti, Wan Maizura Kamaruddin yang nekad untuk bersara awal ketika umurnya hanya 53 tahun.
Menipu demi ‘data cantik’
Walaupun masih lagi berbaki 7 tahun, Wan Maizura yang tidak pernah terbayang untuk bersara awal berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas merasakan dirinya tidak lagi mampu mengikuti sistem pendidikan sedia ada.
Tiada kebebasan bersuara
Lebih teruk, kebebasan bersuara dalam kalangan guru juga seolah-olah disekat kerana perlu selari dengan pendapat pihak tertentu seperti guru besar dan jika tidak, akan ditukar atau diambil tindakan.
Menceritakan pengalamannya sendiri, Wan Maizura berkata dia pernah bersuara mengenai pihak atasan dan salah laku guru besar tetapi tidak diendahkan malah dia sendiri yang terpaksa menanggung akibat hingga ditukar mengajar ke kelas bawah.
“Bila guru besar dah tak suka saya, apa lagi boleh dibuat. Lebih baik saya berhenti. Bagi saya ketiadaan hak bersuara ini sesuatu yang sangat tidak profesional,” luahnya lagi.
Keluar duit sendiri
Arahan berubah-ubah
Menurut Wan Maizura lagi, arahan dari Kementerian Pendidikan (KPM), turun ke Jabatan Pendidikan Negara (JPN) dan beberapa lagi pihak sehinggalah ke sekolah semuanya berubah-ubah dan berbeza.
“Setiap arahan dari atas bila turun ke bawah semakin bertambah. Saya sifatkan ini dengan istilah ‘little napoleon’ di mana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diubah untuk mengikut KPI yang diperlukan pihak tertentu.
“Mereka pula yang tentukan KPI untuk kepentingan diri sendiri dan akhirnya guru terpaksa ikut. Jadi keseronokan untuk mengajar itu telah tiada dan ditarik oleh sistem pendidikan sebegini,” jelas Wan Maizura yang memilih untuk bersara pada 1 September tahun lalu.
Peranan Pegawai Tadbir Daerah (PTD)
Wan Maizura turut mempersoalkan peranan PTD yang tidak mempunyai asas perguruan tetapi menggalas tugas untuk menetapkan KPI guru.
PTD juga akan meminta untuk melakukan bermacam-macam program semata-mata untuk mencapai KPI mereka di kementerian.
“Saya boleh mengajar dari pagi sampai ke petang tetapi saya tidak akan kembali berkhidmat jika sistem pendidikan tidak diubah”.
“Saya ini seorang yang ‘gila’ mengajar. Tetapi bila ada arahan bertindih sampaikan kena kerja pada pukul 10 malam, awal pagi kena masukkan data, ini yang kita tak mampu ikut,” tegasnya lagi.
Sebagai seorang guru yang telah lama mengajar, Wan Maizura juga mendedahkan bahawa dia mempunyai modul pengajaran yang boleh meningkatkan kualiti murid tetapi sayangnya ia tidak diiktiraf sebaliknya perlu mengikut arahan yang lebih menjurus kepada kepentingan pihak tertentu.
“Kita nak mengajar untuk memanusiakan budak-budak. Kenapa kita nak mengajar mengikut KPI orang tertentu? Mereka hanya mahukan data yang cantik,” keluhnya yang kecewa dan nekad untuk bersara.
10 Comments
Entahlaa abam..rasa tekanan betul bila dah masuk abad 21 ni
ReplyDeleteRamai yg jadi guru kerana terpaksa rela.
ReplyDeletearitu ada baca kt fb...ada soklan kaji slidik kena jawab kenapa guru nak bersara awal...mcm2 komen...
ReplyDeleteBaru je baca berita pasal cikgu yang bunuh diri sebab depression, family dakwa dia kena buli guru besar. Apapun, respect dengan guru sebab tak berkat ilmu tanpa restu guru2.
ReplyDeletetekanan kerja menyakitkan jia juga kan
ReplyDeleteMenakutkan dengar pengakuan guru ini. Kritikal sangat nampaknya.
ReplyDeletekesian baca kisah bebanan dan tekanan tugas guru
ReplyDeletenasib baik wak jadi petani aje
a.kie bersara awal ke bersara wajib..:)
ReplyDeletesangat mencabar jadi cikgu sekarang ini
ReplyDeleteBetapa mencabarnya pendidikan zaman sekarang.. Guru tertekan dengan kerenah yang bukan-bukan.. Anak-anak pula terpaksa menjadi terlebih pandai sebelum masanya.. Anak Sha yang darjah 3 dah mula menunjukkan perangai tak minat ke sekolah.. Belajar terlalu advanced pun menyusahkan sebenarnya..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.