Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama Abam Kie mengidam nak beli tablet untuk kegunaan PdPR tetapi belum terjumpa tab yang sesuai. Jika cari di kedai pun jarang kedai yang ada stok tab. Jika nak mudah kena beli di Shopee atau Lazada. Abe Kie sebenarnya sudah beli satu tab klon di Lazada tetapi bila sampai didapati skrin tab itu ada kesan calar. Terus abam kie hantar balik kpd penjual tu untuk refund. Hampir dua minggu juga nak dapat duit tu sebab penjual tu melengahkan proses pampasan. Geram tul. 

Bila dah dapat duit refund sebanyak RM340 tu barulah abam kie survey kedai2 di Tanah Merah ni. Berkenan dengan tab Huawei MatePad T 10s. Boleh letak simcard. Bunyi pun lantang. Skrin comel. Cuma malangnya produk Huawei ni tak ada Google Play Store. Itu yg lecehnya. Tapi penjual tu kata buleh je install apps Google secara hack. Kerana nak guna sangat, Abam Kie beli je la. 

Storan tab ni x besar. Cuma 64GB. Jadi abam kie install apps yg perlu je. Utk storan tambahan, abam kie beli SD card saiz 256GB gitu! Macam2 movie buleh simpan dalam tu. Foto di atas tu masa abam kie menonton Netflix. 


Oh! Ya. Abam Kie gunakan VMOS (www.vmos.com) untuk install Google Play Store kat dalam tab ni. Gigih cari tutorial di Youtube. Mujurlah jumpa teknik yg bersesuaian. Alhamdulillah. Menjadi dan boleh guna tab tu mcm biasa. Boleh tengok video kat atas ye jika anda menghadapi masalah spt Abam Kie.

Sekarang ni tab tu kerap berada di tangan anak2 pula. Sesedap hati je mereka conquer. Harap2 tak berlaku perkara2 yg tidak diingini semasa mereka menggunakan tab tersebut. Sekian. Terima kasih.

18 Comments

  1. nice jugak Tab ni sebab myra pun guna PC Huawei which is so nice and smooth; but it has only been less than 6 months. Still, I'm on the fence now whether to get a tab or a new laptop to replace my 10-year old MacBook.

    The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. Eh bukan Huawei ada aplikasi ia tersendiri untuk gantikan aplikasi Google Play Store?
    Apapun nasib baik boleh guna sebaik- baiknya.

    ReplyDelete
  3. Tab ni pon kadang2 perlu jugak. klu malas on laptop, guna tab je lah...

    ReplyDelete
  4. mama suka gak huawei tapi risau sebab tak ada Google Play Store. rupanya boleh install tapi cara yg berlainan

    ReplyDelete
  5. Semoga ia memberi kesenangan untuk Abam Kie membuat kerja lepas ini. Stay safe abam Kie. :)

    ReplyDelete
  6. Saya pun ada jugak survey² tab huawei nie tapi bila terkenangkan dia takde playstore, tue yang lengah² dulu..

    ReplyDelete
  7. waa nampak macam best jer, tapi complicated la kalau takde google playstore ni. susah jugak nnt

    ReplyDelete
  8. Dah senang nak buat mengajar nanti..

    ReplyDelete
  9. Cici pun baru je beli Tab untuk birthday anak. Plan nak beli Huawei Matepad T10 di Lazada, tunggu flash sale terlepas pulak.

    Last last beli Samsung A7.

    Tapi geram jugak tengok flash sale harga berbaloi sangat. Nanti nak grab jugak lah

    ReplyDelete
  10. Beli di kedai lebih selamat dari beli online. Kang kalau ada yang tak kena,boleh patah balik tanya.

    ReplyDelete
  11. Berkenan jugak dengan tab Huawei ni. Tapi dah terbeli Samsung la pulak. Hehe...

    ReplyDelete
  12. Kalau benda mahal, tak berani lagi Cik TK nak beli online. Lebih secure rasanya bila beli dikedai. Boleh tengok keadaan barang dan senang nak tanya soalan berkaitan barang tersebut.

    Cik TK pun tengah fikir ni nak beli laptop atau tab..

    ReplyDelete
  13. Tab saya pulak masih dalam perjalanan...harap-harap selamat sampai la nanti

    ReplyDelete
  14. semoga lagi mudah urusan abam kie nak buat pdpr lepas ni

    ReplyDelete
  15. seronok nonton movie, skrin lbh besar dari hp...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.