Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi satu artikel tentang kaedah menangani Covid 19 yang berkesan. Mungkin kita terpaksa hadap benda alah ini sampai hari kiamat. Nazubillahiminzalik. Semoga artikel ini bermanfaat untuk dibaca oleh kita semua. Terima kasih.

1. Semalam saya ada mendengar penerangan yang sangat jelas dan padu daripada Pakar Virologi yang berpengalaman lebih 30 tahun, Dr Sazaly Abu Bakar mengenai Covid-19 dan kaedah menanganinya.

2. Beliau memulakan penerangannya dengan membetulkan salah faham kita mengenai angka-angka kes yang ditakut-takutkan kepada kita saban hari.

3. Formulanya mudah. Kita jangan tengok angka jangkitan tapi kita tengok angka kematian. Setakat ini, angka kematian di Malaysia tidak sampai 1% dan memang boleh dikurangkan lagi apabila kita mencapai herd immunity iaitu sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia telah mendapat vaksin.

4. Kemudian, beliau menerangkan pula peranan vaksin. Beliau terus terang menyebut, vaksin bukan ubat kebal. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan sistem imun supaya badan kita menjadi harmoni dengan virus. Maksudnya, badan kita telah mengenali virus itu dan hidup aman damai dengannya.

5. Virus ini sebenarnya makhluk Allah yang mempunyai misi dan visi untuk membiak sebanyak-banyaknya. Dalam proses ia meluaskan wilayahnya, maka ia menumpang duduk di dalam tubuh manusia. Virus bukan mahu membunuh manusia tetapi oleh sebab tubuh manusia tidak kuat untuk menerima kedatangan virus, maka tubuh manusia terbinasa.

6. Jika kita lihat dalam carta, hampir 99% pesakit dapat sembuh dengan sendiri selepas dijangkiti. Ini menunjukkan bahawa badan mereka telah berdamai dengan virus tersebut dalam situasi menang - menang. "Hang bagi aku parking kat badan hang, hang takkan dibinasakan."

7. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai sistem pertahanan yang kuat, virus ini akan menjajah badan mereka.

8. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan antibodi supaya virus tidak menjajah. Virus tetap akan masuk ke dalam badan manusia sebagai pelancong atau pemastautin tetap tetapi mereka tidak boleh menjajah jika menteri pertahanan kita kuat.

9. Ada orang pertikai, "Dah vaksin pun masih dijangkiti. Acaner?" Ya, jangkit tetap berjangkit. Tapi, risiko kematian dapat dikurangkan. Anda boleh lihat di England. Selepas 80% rakyat divaksin, SOP telah dilonggarkan sehingga mereka dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium. Akibatnya, peratus jangkitan telah meningkat. Tapi, peratus kematian rendah berbanding sebelum rakyat England mencapai 80% divaksin.

10. Berbeza dengan Indonesia, kadar vaksinasi hanya 50% dan mereka mahu bebas seperti orang England. Peratusan kes maut banyak kerana mereka belum mencapai 80% seperti England. Malaysia lagilah rendah kadar vaksinasi. Kita belum mampu bebas seperti kebanyakan rakyat Eropah.

11. Pun begitu, kerajaan sedang berusaha untuk mencapai 80% paling lewat pada penghujung Oktober ini. Lagi 3 bulan gais! Dan dijangkakan pada bulan November, insyaAllah kita boleh merentas negeri. Horey!

12. Eh, jap jap! "Jika kita telah divaksin, adakah kita masih menjangkiti orang lain?"

Ya! Jika kita telah divaksin, kita masih mampu menjangkiti orang lain. Akan tetapi, jika orang yang menerima jangkitan daripada kita itu adalah mereka yang telah divaksin, insyaAllah, antibodi dalam badannya akan melawan virus tersebut.

13. Cuma yang kita risaukan, jika kita menjangkiti mereka yang tidak divaksin dan tidak mempunyai sistem antibodi yang kuat. Contohnya mak ayah kita tak vaksin. Kita dah lengkap 2 dos, kerajaan kata, "Okey, hang boleh balik kampung."

Kita pun horey balik kampung peluk cium orang tua di kampung. Mak ayah kita belum vaksin dan mempunyai penyakit kronik pula. Allahu. Ini yang kita risaukan.

(Alhamdulillah, mak ayah saya dah vaksin. Semoga Allah pelihara kita semua)

14. Tak lupa, Dr Sazaly ada mengingatkan, supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat: mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti kecergasan. Inilah sebenarnya vaksin natural yang menjadi menteri pertahahan dalam tubuh kita.

15 Comments

  1. Semangat apabila baca artikel ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,vaksinasis dah semakin nampak kesannya di Lembah Klang..semoga bertambah keseluruh negara..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ramai yg telah divaksinasi

    ReplyDelete
  4. Doktor pakar di Lembah Klang pun bagitau sudah nampak sinar di sebalik Program Imunisasi Negara. Kes masuk ICU mula bekurangan. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. In syaa Allah kita mampu tangani Covid.

    ReplyDelete
  6. Syukur. Vaksin adalah salah satu daripada pelbagai usaha lain daripada kita.

    ReplyDelete
  7. Berdamai dgn virus.. positif sgt artikel ni.. tq

    ReplyDelete
  8. satu artikel yang menarik. walaupon kite telah mendapat 2 dos vaksin, SOP tetap juga dipatuhi..

    ReplyDelete
  9. betul tu..rmai yg salah anggap dh vaksin pun kena covid. lepas tu mula jadi antivaksin. dh vaksin pun SOP kena jugala jaga

    ReplyDelete
  10. tqq abam kie
    jelas sekali bila membacanya
    kena bg penerangan terperinci utk yg duk cerita mcm2 pasal vaksin ni
    ada yg takut bila bw cerita bukan2

    ReplyDelete
  11. Menarik artikel ni, ya betul dah dua dos vaksin pun kita masih perlu patuhi SOP.

    ReplyDelete
  12. kita sudah hidup dgn covid. mama perasan angka kematian kat malaysia tak terlalu tinggi mcm negara lain.. jom vaksin diri

    ReplyDelete
  13. Insha Allah kita boleh menang. Tapi tulah, ramai doktor jadian dengan teori sendiri buat semua orang pening. Hehe

    ReplyDelete
  14. Nasib baik juga Covid-19 ini boleh lemah dalam 14 hari sahaja ...dan badan manusia adalah perumah yang terbaik untuk virus ini

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.