I found this comment at FB status a friend. I think ada betul juga cdgn dia ni. Tapi panjang sikit la komennya_ 😁😁

Isu kilang ni memang serba tak kena.. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa.. Satu contoh mudah, sebuah kilang jika ditutup satu hari je akan rugi RM10 juta.. Rugi kilang bukan macam rugi kita niaga di kedai runcit atau kedai makan ye, pelabur lari juga termasuk dalam kerugian.. Cuba bayangkan nak tutup berapa lama untuk lawan C19?

Kilang ni terdiri dikalangan kapitalis kebanyakannya.. Kalau pelabur nampak rugi di Malaysia, masih ada banyak lagi tempat mereka boleh pindahkan modal.. Especially ke China atau Taiwan.. Kat sana tu melambai2.. Nak bawa pelabur masuk semula @ buka kilang baru di Malaysia bukan benda yg mudah.. 

Satu kilang besar macam tu tutup di Malaysia, dia punya chain effect, vendor etc akan habis terkait.. Cuba bayang berapa ramai lagi akan jadi asnaf zakat.. Sebab tu bab kilang satu isu yang besar.. Serba salah.. Cakap tak kena.. Tak cakap pun tak kena.. Tapi saya ada terbaca komen yang bernas, mungkin kerajaan boleh pertimbangkannya.. Komennya berbunyi bergini:

KILANG DAN INDUSTRI BOLEH DI "LOCKDOWN"  KENDIRI TANPA MENUTUP EKONOMI DAN KILANG.. "INI STRATEGI GELEMBUNG & TUTUP KILANG.. "

1- Pada siapa yang mempercayai Teori yang Kilang dan Industri patut ditutup, Bagi aku ia satu bentuk pembodohan.. Sedangkan Ekonomi rakyat tidak perlu dimangsakan jika strategi di Thailand mengawal industri mereka diguna pakai..  

2- Aku konsisten sejak awal tahun memberi contoh Thailand dan Indonesia..  Umpamanya di Thailand satu Strategi yang diguna pakai adalah "Gelembung & Tutup "... Maksudnya semua Pekerja Industri diasingkan dari persekitaran awam.. Strategi yg sama diguna pakai dalam sektor pembinaan bila kes melonjak pada bulan Mei..

3- Di Singapura tahun lepas sehingga hari ini, Strategi ini digunakan. Banyak dari pekerja, Buruh dari Malaysia tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.. Mereka harus memilih Pendapatan atau Bercuti tanpa Gaji.. Itu sebab ramai pekerja Malaysia di Singapura sudah setahun lebih tidak pulang dan bertemu keluarga.. 

4- Di Thailand, Kaedah "Strategi 'tutup dan gelembung'  dilaksanakan dalam tempoh 28 hari.. Maksudnya Pekerja Dilarang keluar dari kawasan penempatan Kilang, Asrama atau memilih untuk Cuti. Pekerja tidak dibenarkan bersama Keluarga.. Jadi Industri boleh terus Bergerak.. 

5- Malah Semua Industri perlu mengatur pergerakan Pekerja mereka dari tempat atau Dormitori, semuanya dikawal.. Mereka tak boleh hidup ditengah masyarakat Awam..  Apa salah Kerajaan Belanjakan sedikit Insentif Penginapan, Apa salah berbelanja 500 Juta dari kehilangan RM 2 Billion nilai Ekonomi sehari..

6- Apakah Startegi ini boleh dilaksanakan di Malaysia ? Jawabnya Boleh. Sebagai contoh.. Setiap Kilang dan Industri wajib menyediakan Bas, Kenderaan dan Tempat Tinggal pekerja Kilang selama sebulan dan semua Pekerja Kilang tak dapat bersama Keluarga dalam tempoh sebulan. Diakhir Tempoh Kuarantin, sebelum pulang bersama keluarga, Lakukan lah Saringan dan Swab test..Bukan kah ini akan membantu Menghidupkan Industri Perhotelan dan Pengangkutan seperti Bas?

7- Dan aku merasakan, Pekerja Industri pun boleh dipakaikan gelang khas, Contohnya bewarna Biru atau Hijau.. Mereka tidak dibenarkan Keluar kawasan Kilang dan Penempatan selama sebulan.. Mereka boleh ditempatkan di Asrama Khas, Dewan atau Hotel sekalipun jika Syarikat mampu.. satu bilik hotel boleh dokongsi 4 orang Pekerja.. 

8- Kalau aku jadi Pemilik Industri, Aku memilih Opsyen ini biarpun terpaksa menangung Kos pengangkutan dan Penginapan Pekerja..asalkan Industri berjalan.. Sebagai contoh, Industri Automotif di Malaysia dah kerugian berpuluh Billion daripada dasar Kerajaan sedia ada.. 

9 - Di Malaysia bukan guna Strategi gelembung dan Tutup..Tetapi Strategi Buka tutup..Buka Tutup.. Itu sebab masalah tak selesai selesai.. 

10- Jika ada yang berpandangan Kilang dan Industri wajar Ditutup ,Bagi aku pemikiran begini masih jauh dari pemikiran seorang pemerintah.. Banyak dari kes berlaku hari ini berlaku di Kilang Ensential.. Umpamanya Kilang proses Ayam, Makanan dan Farmasetuikal.. 

11-  Untuk jadi Pemerintah yang baik, perlu bertindak dengan bijak dan berpijak dibumi yang nyata bagi memastikan berlaku keseimbangan antara Ekonomi dan Kesihatan.. Tetapi malangnya yang jadi mangsa adalah Kedai Alat Tulis, Kedai Komputer dan seumpama yang tidak mencetuskan sebarang Kluster... Jadi di mana Sains dan Data diguna pakai?


13 Comments

  1. Haah kadang-kadang penyelesaian kurang bijak atau tidak fikir jangka panjang.

    ReplyDelete
  2. Pemerintah ni satu aje... Asal mreka tak terjejas, tak apa la.. kalau ikutkan, banyak saja strategi luar negara yg boleh digunapakai tapi entahlah tak reti kita nak cakap

    ReplyDelete
  3. emmm kann
    cam kilang anak cik nur buat practikal
    tetap dorang kena dtg walau pkp
    tp last2 kena covid baru tutup

    ReplyDelete
  4. Dulu sudah pernah ke angka sifar covid-19 tapi entahlah, tak tau mana silapnya sehingga kembali meningkat dan lebih teruk.

    ReplyDelete
  5. idea bernas begini tak mahu pula ditiru ya...sudahnya rakyat merana

    ReplyDelete
  6. kalau kilang ditutup bnyk faktor kena fikir,,pekerja2 lagi..kita sendiri nk makan pun kebanyakkan dari kilang jugak..

    ReplyDelete
  7. hari ini kes 13,215. tak tau nak kata apa. moga pemimpin negara kita diberi ilham cara untuk atasi wabak covid19

    ReplyDelete
  8. Saya sebagai pekerja di dalam kilang kat Malaysia, setuju tapi saya masih single ni.. ok aje duduk hotel. naik bas kilang.. syokkk.. cuma kalau yang mak mak tu... macam tak sanggup plak sebulan berjauhan.. bapak bapak ok kot... errr.. entahlahhhh.... hmm

    ReplyDelete
  9. saya ada baca perkara ni kat fb kalau tak silap. ada betulnya apa yg dia cakap.. tak salah klu mencuba..

    ReplyDelete
  10. kilang2 international mereka mmg sgt patuh SOP...kilang2 tempatan yg banyak wujud cluster..

    ReplyDelete
  11. kilang tempatan ni kadang boss atasan malas nak amek kisah. ntah la nak kata pun. wallahualam :(

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.