Dalam keadaan sekarang, perlu ada dua semangat iaitu MENYERANG dan BERTAHAN.

Jika kita tidak mampu menyerang. Kita harus memiliki semangat untuk bertahan.

Jangan sesekali MENYERAH kalah pada keadaan ekonomi perlahan begini.

Cuba bertahan dengan lakukan ini kawan-kawan....

1. Jangan Tukar Kerja

Walau kita tak suka sangat dengan gaya tudung boss kita. 
Cuba bertahan dan lihat sisi baiknya seperti dia tetap gosok tudung dan tak berkedut, gittew.

2. Pakai Sahaja Kereta Lama

Walaupun raya haji dah tak lama, duit dah cukup, anak dah bertambah, isteri dah 'membesar', cubalah bertahan dengan kereta yang sedia ada.

Jika teruk sangat sampai kena tolak baru jalan, sewakan saja untuk jalan jalan nantinya.

Tak usah beli dulu diwaktu bertahan ini.

3. Belajar Masak Sendiri

Tak sedap macam manapun makanan kita, kita masih boleh belajar. Belum ada dalam sejarah orang meninggal sebab tak sedap makan, tetapi ramai yang meninggal sebab tak ada makanan.

Dapat?

4. Jangan Bina Hutang Dulu

Bila ekonomi perlahan, boleh bina hutang bagi orang yang pintar urus wang.

Bagi golongan biasa elakkan bina hutang baru. Lebih baik bina cinta buat keluarga, jaga mereka dan beri perhatian walaupun hidup kita susah amat. Itu lebih berharga

5. Berhenti Merungut

Merungut ini langsung tidak jana duit dalam akaun kita. Dengan merungut juga minda kita tidak bercambah dan kreatif jadinya.

Berhenti, belajar cipta peluang. Sekarang musim susah, apa peluang baik untuk bantu orang? Dengan membantu orang banyak peluang akan terbuka kawan- kawan.

6. Banyakkan Sedekah

Dalam sedekah tiada logik akal, yang ada hanyalah magic akal.

Matematik mengajar setiap yang ada jika diberikan akan berkurangan, tetapi agama mengajar setiap pemberian akan bertambah berganda-ganda.

Nak ikut logik akal atau kembali beragama?

7. Belajar Ilmu Kewangan

Nak makanan sedap, kita kena belajar. Nak kekal bahagia, kita kena belajar.
 
Nak pandai memandu, kita belajar bawa kereta.

Nak bagi orang sayang kita kena bagi bunga.

Nak kahwin, mesti pergi kursus kahwin.

Semua kena belajar, tetapi bab duit yang tiap-hari kita pegang nak beli buku satu pun kita rasa rugi amat. Hah, ambik kau, kan dah kena.

8. Urus Dana Kecemasan Dengan Baik

Waktu gawat begini, duit yang ada perlu diurus dengan baik.
 
Jangan mengurus dana kecemasan sama macam kehidupan harian sebelum ini.

9. Tangguh Beli Rumah Mewah

Jika ada impian beli rumah yang ada kolam macam dalam drama, tangguhkan dulu buat seketika

Jika nak beli rumah yang harga sampai separuh juta, jika dapat batalkan dulu pun tak mengapa.

Gawat kali ini luar biasa, hiduplah secara sederhana untuk masa depan keluarga.

Jika tidak dapat jana pendapatan, dapat bertahan pun sudah cukup baik untuk kita sekeluarga kawan kawan.

Ingat pesanan ini, banyak kenangan manis dicipta waktu susah bukan waktu bahagia.

Bertahanlah tetapi jangan sesekali menyerah kalah.

Kredit: Dr Azizul Azli

16 Comments

  1. Betul itu. Buat no 5 dan no 6 itu buat banyak-banyak.

    ReplyDelete
  2. Haha. Nombor satu tu terasa sangat. Tak suka kerja sekarang sebab dipaksa transfer tapi bertahan jelah. Marilah kita banyakkan bersedekah, moga makin murah rezeki

    ReplyDelete
  3. Mana yang ada, uruslah sebaik-baiknya. Terima kasih perkongsian tips ni cikgu.

    ReplyDelete
  4. nice sharing..betul tu. skrg ni banyak benda kena pertimbangkan nak beli atau x..

    ReplyDelete
  5. kereta tu mmg tak tukar pakai je kereta yg lama2 tuu jgn beli baru

    ReplyDelete
  6. sangat suka dengan qoute ini, "banyak kenangan manis dicipta waktu susah bukan waktu bahagia" ...DEEP

    ReplyDelete
  7. Mg dipermudahkan urusan kita semua..ntahla bila khidupan mcm ni akan berakhir, tak nampak ending lg

    ReplyDelete
  8. bertahan n hidup seadanya dgn reda

    ReplyDelete
  9. Saya dah keluarga mula meniaga sambal untuk tambah pendapatan.. Alhamdulillah.. Buat ketika ini jualan amat memberangsangkan.

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudah kan urusan mereka yang didalam kesusahan.. aminn

    ReplyDelete
  11. jgn merungut
    andai susah ada yg lebih susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bila kita susah, tengok org bawah, ada yg lebih susah

      Delete
  12. alhamdulillah memang rasa bersyukur atas segala nikmat rezeki sekarang T_T

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.