Adat Melayu vs Sunnah Islam Dalam Rumahtangga...Sesuatu yang indah lagi bermnfaat untuk dihayati dan dipraktikkan... Selamat mencuba!

Adat :

Isteri hidang makanan utk suami, isteri berdiri tepi...apa2 tak cukup, isteri kena tambah...habis suami makan, isteri kena angkat pinggan suami dan basuh...pastu baru isteri boleh makan...

Sunnah :

Rasulullah s.a.w mengajak isteri Baginda makan sepinggan dengannya...Rasulullah s.a.w hanya menggunakan 1 cawan dan Baginda minum di tempat yg sama yg diminum isterinya...Rasulullah s.a.w juga menyuap isterinya makan...

😊👍

Adat :

Bila suami balik, makanan wajib ada bawah tudung, atas meja...

Sunnah :

Rasulullah s.a.w pulang ke rumah lalu melihat tiada makanan utk dimakan...ini kerana isteri Baginda belum ke pasar... Lantas Rasulullah s.a.w menyoal Saidatina Aishah, "Belum ada makanannya, Humaira?"

Saidatina Aishah menjawab belum ada kerana beliau belum ke pasar lagi...

Rasulullah s.a.w terus berkata, "Jika begitu, aku puasa saja hari ini..."

😊👍

Adat :

Isteri kena hantar suami smpai depan pintu rumah, isteri kena tunggu suami balik depan pintu rumah...

Sunnah :

Pernah sekali Rasulullah s.a.w pulang ke rumah dan Saidatina Aishah telah terlelap tidur. Baginda masuk perlahan-lahan ke dalam rumah dan Baginda tidur di luar bilik kerana tidak mahu membuatkan isterinya terjaga dari tidur...

😊👍

Adat :

Keje2 rumah semuanya tanggungjawab isteri...tanggungjawab suami ialah keluar mencari rezeki sahaja...

Sunnah :

Rasulullah s.a.w sering membantu isteri Baginda selepas Baginda pulang ke rumah...Baginda merupakan seorang pemerintah, pemimpin umat islam...Byk perkara yg Baginda kena fikirkan dan lakukan...namun Baginda masih menolong isteri Baginda melakukan keje2 rumah...

😊👍

Adat :

Kedudukan suami itu tinggi...isteri perlu taat dan hormat walau mcm mana pun keperibadian seorang suami tu...

Sunnah :

Rasulullah s.a.w pemimpin tertinggi umat islam...namun bila pulang ke rumah, Baginda merupakan org yg paling bertolak ansur dan lemah lembut dgn isteri...Baginda sedikit pun tidak meninggikan suara terhadap isteri Baginda...

Bahkan Baginda bersabda, "Sebaik-baik kalian ialah yg paling baik terhadap isterinya, dan aku baik terhadap isteriku..."

😊👍

Adat :

Seorang isteri wajib pandai memasak...suami dah bayar hantaran tinggi, kalau tak pandai masak, maka isteri tu tak setimpal dgn wang hantaran yg dibayar...

Sunnah :

Ada satu ketika di mana Saidatina Aishah masak sesuatu dan ianya masin...Lalu Rasulullah s.a.w panggil Saidatina Aishah dan menyuapnya makan...tersedarlah Saidatina Aishah yg makanan itu masin dan Rasulullah s.a.w sedikit pun tidak menunjukkan muka yg kurang senang dgn masakan tersebut...

😊👍

Adat :

Isteri yg menyiapkan pakaian suami dari membasuh, mengeringkan, melipat dan menggantungkan baju suami...

Sunnah :

Rasulullah s.a.w menjahit dan menampal sendiri bajunya yg koyak tanpa perlu menyuruh isterinya...

😊👍

Kesimpulannya, amalkanlah sunnah dlm kehidupan rumahtangga berbanding adat...tak salah utk ikut adat, tapi biarlah bertempat...jgn terlalu menjunjung adat sehingga memudaratkan dan menghambakan org lain yg ada di dalam rumahtangga tersebut...

Saidatina Aishah berkata, "Kalau Rasulullah s.a.w berada dirumah, Baginda Nabi selalu membantu urusan rumahtangga..."

Kalau Rasulullah s.a.w yg dijamin syurga pun boleh buat mcm ni, kita yg tiada jaminan syurga ni, takkan semudah ini pun tak nak ikut dan amalkan dlm rumahtangga...? Pahala free je ni klu ikut...

Renung-renungkan...✌️

16 Comments

  1. Kerana terlalu agungkan adat, jiwa isteri sentiasa merana. Apa-apa yang kurang, silapnya hanya pada isteri. Kesian!

    ReplyDelete
  2. Orang melayu dulu-dulu, jadikan sebagai adat untuk kaum isteri hambakan diri pada suami. Walhal, lebih baik ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Barulah suami isteri sama-sama berperanan dalam rumah tangga. Bukan isteri sibuk di rumah, suami sibuk melepak melayan hobi. Tak semua, cuma banyak berlaku..

    ReplyDelete
  3. begitu indah sunnah rasullah kita..

    ReplyDelete
  4. Ikut apa yang Rasulullah amalkan, nescaya bahagia rumah tangga sampai bila-bila

    ReplyDelete
  5. bila terlalu ikutkan adat keluarga akan kacau bilau.. bgus la abam kie share byk2.. bermanfaat sgt

    ReplyDelete
  6. zaman sekarang dah terlalu ikut adat.. terima kasih abam kie di atas perkongsian, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan..
    jemput join segmen saya--> SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie

    ReplyDelete
  7. Utamakan sunnah dan tinggalkan adat yang menyimpang

    ReplyDelete
  8. eermmm kalau baca yang adat je memang lagi confirm saya tamau kawen hahahaha.. dia nak isteri ke hamba abdi ? hahah..

    ReplyDelete
  9. Islam itu indah. yang adat tu macam dalam drama2 melayu TV3 jer

    ReplyDelete
  10. alangkah indahnya sunnah nabi

    ReplyDelete
  11. Rasanya kena ada kerja sama, tolong-menolong kan?

    ReplyDelete
  12. Lebih baik ikut sunnah. Bahagia rumahtangga. Terlalu ikutkan adat kesian isteri semua nak kena buat. Sedangkan si suami hanya rehat di rumah dengan alasan penat balik kerja.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.