Assalamualaikum. Pada minggu lepas abam kie berkesempatan pergi ke Pantai Timur Shopping Centre, Tanah Merah, Kelantan untuk membeli seluar panjang untuk dipakai ke sekolah. Sekarang abam kie ada 8 pasang seluar panjang tetapi hampir semuanya ketat di pinggang kerana perut ini semakin membuncit selepas kahwin tahun lepas. 

Biasanya abam kie memakai saiz 36 namun mulai tahun 2016 ni nampaknya terpaksalah abe kie membeli saiz 38 pula. Sebenarnya ukuran perut abam ni 39! huhuhuhuhu.... Harap2 perut ni tak boroi lagi dalam masa terdekat ni. Saiz maksima seluar panjang di pasaran ialah 40. Tiada saiz 37 dan 39. Kalau saiz 40 dah tak muat nampaknya kena potong seluar baharu di tukang jahit yang berhampiran!

Pada hari berkenaan sempatlah beli 4 pasang jenama Crocodile dan John's Master. Tu pun ambik yg offer je sebab kalau nak yang baharu dan terkini mesti cecah RM100 sepasang! Esoknya abam kie terus pergi hantar seluar2 tu kat tukang jahit untuk dikecilkan dan dipendekkan kakinya. Siap dalam masa 30 minit dan kosnya cuma RM32. 

In Shaa Allah, pada sesi persekolahan 2016 nanti dapatlah abam kie bergaya dengan seluar baharu dan mungkin juga kemeja baharu. Bukannya anak2 je kena pakai uniform baharu! Bapaknya pun nak yang serba baharu dan terkini jugak!