Assalamualaikum. Pada kali ini abah zuki ingin menceritakan pengalaman abah diserang sakit batu karang sejak 2007 lagi. Semoga kisah benar ini dapat membantu rakan2 yg mengalami masalah yang sama.

Pada satu hari abah merasa sakit yg teramat di bahagian belakang pinggang selepas memakan sate. Selain dari kesakitan melampau, abah juga meraya loya dan demam. Air kencing pula kotor dan kadang-kala keluar darah bersama air kencing. Abah cuba menelan ubat tahan sakit namun ia Cuma bertahan seketika cuma. Lalu abah pergi ke klinik pakar dan membuat ujian ultrasound. Memang ada ketulan kecil batu karang di dalam buah pinggang abah. Doktor memberikan ubat minum bagi mencuci buah pinggang dan melancarkan air kencing.

Selain daripada mengamalkan ubatan moden, abah juga cuba kaedah tradisional seperti meminum air barli. Kesakitan semakin terasa bila mahu kencing kerana batu tersekat di saluran kencing. Susah tul nak kencing. Hampir sejam jugak la abah meneran kencing. Tapi yg keluar sikit aje.

Setelah sekian lama, akhirnya batu karang itu keluar. Nak keluar tu bukannya main susah. Tapi bila sudah keluar lega rasanya.

Tiga tahun kemudian iaitu pada bulan Ramadan 2010, abah mengalami fenomena serangan batu karang sekali lagi. Abah mula demam, muntah-muntah dan sakit kepala. Selepas sahur termuntah pula. Habis segala isi perut…huhuhuhu…

Kemudian Abah pergi ke hospital. Dua suntikan kena untuk tahan sakit tapi tak hilang2 gak. Mujurlah pengetua sekolah abah mencadangkan abah pergi berjumpa dgn seorang bomoh di Pasir Mas dengan membawa 10 biji limau nipis. Pakcik bomoh itu mengasah limau nipis itu menggunakan tanduk rusa lalu terhasillah pati limau nipis sebanyak 1.5 liter. Dia menyuruh abah meminum pati limau nipis itu sehingga batu karang keluar. Syukur kepada Allah pada satu pagi beberapa ketul batu keluar bila abah kencing. Lega rasanya setelah berminggu sakit. Tok bomoh berkenaan memesan agar abah berpantang dari memakan pisang, jering, buah kerdas dan ulaman yang boleh mengetatkan saluran kencing. Dia juga mencadangkan abah agar menjauhi susu. Jadi abah hanya minum teh o dan kopi o.

Pada bulan Ramadan yang lalu abah sekali lagi terkena serangan batu karang kerana kekurangan air kerana berpuasa. Lalu abah meminum jus tembikai dan tembikai madu. Syukurlah serpihan batu karang keluar lagi. Dua kali tu abah kena pada bulan puasa lepas.

Sekarang abah mengamalkan cara hidup sihat untuk mengelakkan serangan batu karang berulang. Antara petua yang abah ingin kongsikan ialah:

1. Minum banyak air bersih ( air bertapis, RO, air mineral, air dirawat ) untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi dan teh.

Semoga perkongsian pengalaman abah diserang batu karang ini akan dapat membantu mereka yang mengalami masalah serupa.

Wassalam.


23 Comments

  1. mesti sakti kena batu karang nie...abang ipar pernah terkena penyakit ni sampai mata naik kuning..

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi...tapi penyakit ni memang kena kat orang lelaki je ke?kena nasihat ayah saya jaga pemakanan lepas ni..

    ReplyDelete
  3. diet memang kena jaga untuk elak kita diserang pelbagai penyakit, tak kira la batu karang ataupun penyakit lain.

    tapi kite selau x dpt kontrol diet, sbb selalu tergoda dgn mkn-mknan yg sedap2.

    ReplyDelete
  4. sakit xsiapa minta tapi jgn putus asa mengubatinya...tq berkongsi info.

    ReplyDelete
  5. semoga tuan diberikan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  6. sejak akhir2 ni eda pon sakit di sekitar pinggang..kenapa yer?

    ReplyDelete
  7. sejak akhir2 ni eda pon sakit di sekitar pinggang..kenapa yer?

    ReplyDelete
  8. Gerunnya abah kie... Byk kali kena batu karang

    ReplyDelete
  9. takut juga dengar pasal batu krang ni. tapi yang kena elakkan tu banyak. yang kena elak tu jugak fevret

    ReplyDelete
  10. setahu cik nor teh xblh minum kerana dia berhampas..sbb cik nor pn ada pengalaman kna sakit nie..huhu

    ReplyDelete
  11. Assalaamualaikum abah. Panduan pnjagaan yg baik dan berguna. Tp klu tak diamalkn pun tak guna jg kan. Betul la perut adlh punca segala penyakit.

    ReplyDelete
  12. Salam.. teruja dengar kisah abah.. ujian dari ALlah SWT.. saya tak taula macamana kalau diuji sebegitu.. saya sokong pesanan abah supaya mengambil air bertapis terutama RO.. saya sebagai pembekal barangan kesihatan seperti penapis air ni agak sedih dengan kesedaran orang melayu kita untuk menggunakan penapis air.. kalau kita lihat di pusat dialisis buah pinggang siapa yang ramai? orang kita jugak.. kita berusaha tapi kalau dah itu takdirnya kita terima.. JazakAllah abah..

    ReplyDelete
  13. pasir mas area mana abe kie?
    pakcik sy pun ada batu karang. dia amalkan minum 100 plus atas saranan doctor. tapi jangan kerap sangat

    ReplyDelete
  14. Moga Abe Kie kekal sihat yer. Pak Lang zumal pun pernah kena batu karang gak tapi sekarang dah ok. Tak tahu la macam mana rawatan dia lakukan...

    ReplyDelete
  15. tq bagi petua.
    tapi minum kopi dan teh tu mcm tak boleh nak elak

    ReplyDelete
  16. Semoga sihat selalu Abah Kie!

    ReplyDelete
  17. terima kasih sudi kongsi. Family wawa pun pernah kena juga. Alhamdulillah semuanya pulih. Semoga abah sihat selalu ye.

    wawa datang blogwalking sini :)

    ReplyDelete
  18. terimakasih di atas perkongsian abe kie. semuga abe kie sihat sentiasa :)

    ReplyDelete
  19. dulu husband saya kerap jugak kena batu karang.. lepas tu saya naik geram sbb bila sakit mmg teruk keadaannya.. saya buatkan dia air jus lemon+minyak zaitun bagi dia minum untuk keluarkan batu bata tu.. malam minum.. esoknya keluar.. lepas tu utk make sure tak berulang.. saya bagi husband makan vitamin C dengan kalsium magnesium.. alhamdulillah.. sejak tu memang takde dah kes jadi batu..

    kalau dia mula sakit pinggang.. kencing macam tak clear.. dia minum air banyak dan makan vitamin C lebih sikit.. alhamdulillah mmg okay..

    ReplyDelete
  20. Bahaya juga bila terkena penyakit ni. Semoga selepas ini, abah zuki dan kita semua dijauhkanlah dari penyakit ini.

    ReplyDelete
  21. Saya sentiasa pastikan saya minum air bertapis 2-4 liter sehari walaupun saya tidak pernah mengidap batu karang. Walaupun saya berpusa, selepas berbuka saya pastikan minum air 2-4 liter air bersih bertapis. Masalah batu karang bukan sahaja di dalam pundi kecing tetapi juga dalam hempedu.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.