Assalamualaikum...

Dropbox dah popular dah sekarang. Semua orang mesti pernah dengar. Kalau tak pernah tau pasal Dropbox, sekarang ni tau lah.... hehe...

dropbox,daftar, jom, pakat, guna, sign in, register, mudah, dimana, sahaja, cloud, storage, awan, teknologi, best, menarik, info, maklumat
Dropbox ni tempat penyimpanan fail di awan (cloud storage) ataupun secara mudahnya nak kata penyimpnan fail secara online... Maksudnya, anda tak perlu ada pendrive, thumbdrive atau harddisk untuk simpan sesuatu fail sebab fail anda telah disimpan oleh dropbox...

Jadi, kita pun mudah untuk bukak fail, folder, gambar, video dan lain-lain dengan menggunakan apa sahaja device yang dah diinstall dengan dropbox walau dimana sahaja dengan syarat kena ada internet la. Contohnya, kita balik kampung, terlupa nak bawak laptop sedangkan dalam laptop ada fail penting yang kita nak bagi kat sepupu kita, jadi dengan mudahnya kita boleh access fail tersebut dengan menggunakan smartphone kita atau pinjam komputer kawan walaupun laptop kita nun jauh disana... Sebab.... itulah fungsi dropbox... Akses fail anda walau dimana sahaja anda berada... Selain daripada itu, kelebihan Dropbox ini ialah fungsi auto upload foto di dalam telefon pintar kita. Contohnya, bila kita snap gambar, maka gambar itu akan dimuatnaik ke akaun dropbox kita secara secara automatik apabila ada capaian internet. Jadi kita tak perlu susah2 upload satu demi satu. Mudah kan?


dropbox, mudah, cloud, storage, maklumat, software, update, easy, sharing

Nak daftar? Free je...Mula-mula kita akan dapat 2GB je, mungkin sikit je kan nilai tu. Tapi tak apa, nak tambah space boleh aje.. Ada beberapa cara dan salah satu caranya adalah dengan promote atau share kan dropbox dengan kawan-kawan... Jika seorang kawan kita install dropbox kat komputer dia menggunakan link yang kita bagi, kita akan dapat space percuma 500MB. Cuba kira kalau ada 10 orang kawan kita yang install kat komputer diorang, kita akan dapat space percuma 5GB... menarik kan?

Dengan mengikuti semua langkah untuk mendapat space tambahan percuma, kita akan dapat lebih kurang 20GB total space... Banyak kan? Macam-macam boleh simpan... Gambar, video, folder, movies, lagu ke, macam-macam lagi lah...

Antara kelebihan dropbox :

1. Boleh menyimpan file secara online dengan mudah
2. Boleh di akses dimana sahaja selagi ada kemudahan internet. 
3. Memudahkan anda berkongsi dokumen atau sebarang file dengan rakan-rakan
4. Tak perlu lagi menggunakan pendrive untuk dicucuk ke komputer 
5. Boleh digunakan di komputer dan telefon dengan hanya sign in account dropbox anda.
6. Boleh diemailkan atau dishare dokumen tersebut melalui facebook dan twitter.\
7. Mudah untuk backup fail
8. Kalau tak install dropboxkat komputer pun tak ape. Fail tetap boleh diakses melalui browser


dropbox, computer, laptop, burning, sharing, easy, mudah, cloud,storage, awan, perkongsian

Jadi apa tunggu lagi, jom daftar sekarang... Klik link ini : DROPBOX.. mudah aje...
Dah daftar, jangan lupa install dropbox di komputer anda... tengok di bawah, cara install dropbox :

1. Download dropbox
2. Selesai download, buka fail tersebut dan install.
3. Buka file dropbox yang telah dimasukkan dalam komputer korang. Drag mana-mana file yang korang nak masukkan kedalam folder dropbox tu. Secara automatik fail tersebut dimasukkan kedalam akaun dropbox anda.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Wassalam..

Sumber: hidupbiarbest.blogspot.com

13 Comments

  1. saya lebih cenderung menggunakan one drive, saiz untuk menyimpan adalah 15Gb jauh lebih besar daripada dropbox yang hanya 2Gb kalau saya tak silap. =)

    ReplyDelete
  2. done be ur follower..thanz..:)

    ReplyDelete
  3. Saya suka guna mediafire..:)

    ReplyDelete
  4. kat smartphone ada benda ni tp x pernah guna. hihi. kengkadang je hp berakses dgn internet. klo yg on internet 24 jam mmg sesuai ada benda ni. blh simpan data byk2. kat pedalaman...xde jangkauan rangkaian 3g. klo berakses dgn internet pun x berapa kuat, internet slow-seslownya.

    ReplyDelete
  5. Dkna baru tau ayahkie ni cikgu dan ada blog.. huhuu..

    ReplyDelete
  6. Untuk back up storage. Memang sesuai juga lah guna dropbox ni.
    Terima kasih sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa itu. =)

    ReplyDelete
  7. Lepas ni boleh simpan macam2 data yer :)

    ReplyDelete
  8. Wahhh, kalau tahu cara ni boleh lahh simpan terus kat dropbox ni. Sebab netbook kiera yang lama dah tak buleh on. Dah lah banyak gambar kenangn kat situ :'(

    ReplyDelete
  9. ooo nih fgsi dia..adehhh xtau lak sy..kt fon de tp x dipraktikkan

    ReplyDelete
  10. Thanx abe Kie.
    Pernah dengar dah ni lama dulu..tapi x pernah explore.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.