Sambutan Hari Lahir ke 52 Tahun
Alhamdulillah. Bersyukur Abe Kie ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya dapat lagi Abe Kie bernyawa di muka bumi ini untuk menyambut hari lahir yang ke 52. Terasa diri ini makin tua dan hari kematian pun makin hampir.
Sambutan peringkat keluarga telah diadakan di Nasken Coffee Tanah Merah pada 16 Mei lepas. Saja nak try cafe hipster ni macamana. Rupa2nya indah khabar dari rupa. Makanan kurang menepati citarasa abe kie. Mahal pulak tu. Tahun depan kena pergi ke restoran biasa aje la.
Inilah makanan yang kami order seperti chicken chop dan meatball. Chicken chop tu macam garing sangat dan banyak tepung la. Harga pun Rm18. Tapi sebab dah bayar, makan je la. Cuma di cafe ni sejuk sangat aircond.
Pada 18 mei pula diadakan sambutan di sekolah bersama Pengetua dan rakan2 pentadbir yang lain. Berdiri paling kanan tu Puan Pengetua (Kak Zie). Di tengah tu Kak Ita (Guru Kanan Sains Sosial) manakala paling kanan tu Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tn Hj Mohammad Salleh. Terasa diri ini dihargai bila rakan2 sejawat sudi meraikan hari ulangtahun kelahiran Abe Kie.
Akhir sekali Abe Kie kongsikan video clip sambutan hari lahir di Nasken Coffee dengan ahli keluarga tercinta. Semoga umur Abe Kie lebih panjang untuk melihat anak-anak membesar dan mendirikan rumahtangga sebelum Abe Kie menutup mata. Aamiin..





.jpg)
.jpg)


13 Comments
Selamat Hari Lahir, Cikgu. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah penuh barakah.
ReplyDeleteperkara pertama di fikiran bila tiba hari lahir, umur makin pendek, kematian makin hampir..
ReplyDeletetapi, mcm mana pun, kita raikan je lah dengan sederhana...sebagai tanda bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas.
semoga impian AK nak tengok anak2 mendirikan rumah tangga tercapai, aamin.
alhamdulillah sanah helwah cikgu meriah sambutannya
ReplyDeletesannah helwah Abe Kie! moga diberi kesihatan yg baik sokmo hehe
ReplyDeleteHappy Birthday AK. Moga sihat ceria murah rezeki selamanya.
ReplyDeleteTahniahnyer cikgu
ReplyDelete8 tahun lagi berkhidmat, sempat dapat JUSA ni
Selamat hari lahir cikgu!
ReplyDeleteAlhamdulillah, keluarga dan kawan² meraikan harijadi Abe Kie. Saya bila balik Perak dari Tumpat, singgah Nasken Coffee Jeli. Tapi beli kopi je, tak pernah beli makanan. Tapi tengok ramai juga yang makan situ. Mungkin bergantung cawangan mana juga kot, Abe Kie.
ReplyDeleteSelamat hari lahir
ReplyDeletehappy belated birthday cikgu...
ReplyDeletesemoga sihat dan berbhagia selalu...aminnn
kenapa nasken kat sini tak ada menu tuuu....
Happy 52nd birthday Abam Kie. Semoga diberkati umur berbaki, bahagia bersama keluarga, happy sokmo dan dirahmati Allah selalu
ReplyDeleteWalaupun agak terlambat, saya ucapkan selamat merayakan hari ulang tahun yang ke-52 ya Pak Kie. Semoga panjang usia, selalu dalam berkah dan lindungan Allah SWT.
ReplyDeleteTernyata Pak Kie masih muda. Saya 9 tahun lebih tua dari Pak Kie.
Salam hangat dari saya di Sukabumi.
happy belated bday Abe Kie..semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...aamiin
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.