Alhamdulillah. Bersyukur Abe Kie ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya dapat lagi Abe Kie bernyawa di muka bumi ini untuk menyambut hari lahir yang ke 52. Terasa diri ini makin tua dan hari kematian pun makin hampir. 

Sambutan peringkat keluarga telah diadakan di Nasken Coffee Tanah Merah pada 16 Mei lepas. Saja nak try cafe hipster ni macamana. Rupa2nya indah khabar dari rupa. Makanan kurang menepati citarasa abe kie. Mahal pulak tu. Tahun depan kena pergi ke restoran biasa aje la. 


Inilah makanan yang kami order seperti chicken chop dan meatball. Chicken chop tu macam garing sangat dan banyak tepung la. Harga pun Rm18. Tapi sebab dah bayar, makan je la. Cuma di cafe ni sejuk sangat aircond. 


Pada 18 mei pula diadakan sambutan di sekolah bersama Pengetua dan rakan2 pentadbir yang lain. Berdiri paling kanan tu Puan Pengetua (Kak Zie). Di tengah tu Kak Ita (Guru Kanan Sains Sosial) manakala paling kanan tu Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tn Hj Mohammad Salleh. Terasa diri ini dihargai bila rakan2 sejawat sudi meraikan hari ulangtahun kelahiran Abe Kie. 


Akhir sekali Abe Kie kongsikan video clip sambutan hari lahir di Nasken Coffee dengan ahli keluarga tercinta. Semoga umur Abe Kie lebih panjang untuk melihat anak-anak membesar dan mendirikan rumahtangga sebelum Abe Kie menutup mata. Aamiin..