Sambutan Hari Guru di SMK Ladang Kerilla
Assalamualaikum. Hari Guru disambut saban tahun pada 16 Mei. Di sekolah abe kie pula, sambutan hari guru diadakan pada hari Ahad, 18 Mei lalu. Tema pada tahun ini ialah 'orang kampung'. Jadi semua guru memakai pakaian seperti kain pelikat, kain semutar, baju kurung Kedah dan sebagainya. Terasa kembali ke zaman kanak-kanak pula.
Sebelum turun ke dewan tertutup untuk sambutan hari guru, kami para pentadbir menjamu selera dahulu dengan nasi himpit dan kuah kacang. Kebetulan hari lahir abe kie jatuh pada 19 Mei maka rakan2 pentadbir turut meraikan birthday Abe Kie dengan membelikan burnt cheese cake. Dari kiri tu Puan Pengetua, Guru Kanan Sains Sosial dan Penolong Kanan Pentadbiran. Seronok kan bila diraikan oleh rakan2 sejawat macam ni?
Inilah pakain Abe Kie bersempena tema orang kampung tu. Pakai semutar kat atas kepala tu wajib. Lepas tu pakai roundneck T-shirt dan dilapisi oleh kemeja bunga2. Ni macam nelayan nak memukat ikan je layaknya. Kemudian pakai seluar panjang dan kain pelikat serta sandal. Tak ada pun niat nak menang seperti di sekolah lama tahun lepas. Cukuplah bagi memeriahkan majlis.
Acara sambutan hari guru bermula pada jam 10.45 am di dewan sekolah. Sebelah pagi tu kena masuk mengajar dulu sekejap. Huhuhu... Macam biasalah ada bacaan ikrar hari guru, nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' persembahan pelajar, bertukar2 hadiah dan sukaneka.
Inilah barisan guru lelaki yang berpakaian mengikut tema orang kampung. Mantan PK HEM, Tn Hj Narzuki pun hadir bagi memeriahkan sambutan. Dia berdiri paling kiri. Manakala best dress dimenangi oleh Cikgu Wan Llah yg berdiri 3 dari kanan.
Untuk acara sukaneka team PKP telah memenangi acara keseluruhan. Hanya ada 2 acara iaitu mengupas dan mengukur kelapa dan 'ikut kata Kamarul'. Abe Kie pun turut serta menjadi ahli kumpulan PKP sekadar memeriahkan acara.












16 Comments
Selamat Hari Guru!
ReplyDeleteNampak lebih santai pakaian tema orang kampung 👍🏽
selamat hari guru buat AK...
ReplyDeletelebih santai dengan tema kampung nie...
Selamat hari guru teacher zuki!! sporting semua ikut tema.. itu yg syok bila hari guru, semua guru sporting hari tu
ReplyDeleteSantai betul tema tahun ni ye. Pemilihan baju pun senang je. Sekali imbas tengok macam org nak pegi kelaut.
ReplyDeleteSelamat Hari Guru buat semua pendidik. Terima kasih kerana mendidik anak bangsa tanpa jemu. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian para pendidik.
Happy Teachers day Abam Kie...Semoga terus bersemangat mengajar anak2 disekolah..Amin..=D
ReplyDeleteHappy Teachers Day Abam Kie! andd happy belated bday on 19 Mei! Ana pun Mei jugak tp 13 hehehe.. moga terus bersemangat mengajar ya! ;)
ReplyDeleteSelamat Hari Guru! dan Abam kie nampak smart la
ReplyDeleteSelamat Hari Guru, Abe Kie. Semoga terus semangat mendidik anak bangsa. Comei tu, pakai pakaian ore kampung. Happy belated birthday juga. :D
ReplyDeleteMeriah sambutan hari guru dengan tema bagai. Selamat hari guru & selamat hari lahir.
ReplyDeletesmart abe kie..slmt hari guru
ReplyDeletealhamdulillah tahniah cikgu sanah helwah n selamat hari guru
ReplyDeleteSelamat hari guru semua
ReplyDeleteSelamat hari guru
ReplyDeletesenang je temanya...
ReplyDeletelain drpd yg lain ;-)
Sporting semua cikgu ikut tema. Selamat Hari Guru Abam Kie. Terima kasih atas jasa baktinya
ReplyDeletehappy belated teachers day (semua belated ni..sorry)
ReplyDeletemeriah betul sambutan hari guru sekarang ni kan
hadiah sikit...sbb Abe Kie cikgu baru kot..di sekolah tu
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.