Petua Penjagaan Kereta Berkala
“Bro, boleh tanya saya punya waterpump ni bila mau tukar?”
Saya dapat banyak soalan di messenger berkenaan jangka hayat komponen kereta, bila masa mau tukar.
Banyak komponen dalam kereta ada jangka hayat dia, kalau tidak jaga, boleh bikin susah diri sendiri.
Nah, ini antara komponen penting yang kamu perlu periksa dan tukar ikut tempoh yang sepatutnya:
1. Lampu kereta periksa setiap 6 bulan. Kalau sudah nampak redup atau sebelah mati, jangan tunggu sampai kena saman baru mau tukar.
2. Wiper cermin depan tukar setiap 6 bulan hingga 1 tahun. Kalau bunyi geseran makin kuat atau tidak bersih, itu tandanya sudah haus.
3. Spark Plug jangka hayat dalam 30,000 – 50,000 KM. Kalau enjin rasa semput atau susah hidup pagi-pagi, ini mungkin penyebabnya.
4. Timing Belt tukar dalam lingkungan 60,000 – 100,000 KM. Jangan tunggu sampai putus, kalau tidak, enjin boleh kena overhaul terus!
5. Alternator periksa setiap 100,000 KM. Kalau bateri selalu lemah atau lampu dashboard berkelip, ini tanda alternator sudah mau “game over”.
6. Fuel Pump periksa setiap 100,000 KM. Kalau enjin tiba-tiba mati semasa jalan, boleh jadi fuel pump sudah tidak kuat hantar minyak.
7. Water Pump pastikan servis setiap 100,000 KM. Kalau rosak, suhu enjin boleh naik mendadak dan berisiko overheat.
8. Clutch – biasanya tahan sampai 100,000 KM, tapi kalau selalu tekan separuh-separuh semasa jalan jem, mungkin cepat haus.
9. Fuel Filter tukar dalam 40,000 – 80,000 KM. Kalau rasa enjin kurang power atau kasar, ini mungkin penyebabnya.
10. Brake Pad & Disc Brake , brake Plpad tahan 30,000 – 70,000 KM, kalau sudah rasa pedal lembut atau berbunyi geseran. Disc Brake boleh tahan 80,000 – 120,000 KM, tapi kalau sudah nampak calar dalam atau rasa gegar semasa brek, itu tanda sudah haus.
11. Fuel Injector periksa dalam 40,000 – 60,000 KM. Kalau enjin rasa semput atau RPM tidak stabil, ini boleh jadi punca.
Jadi, jangan tunggu sampai rosak baru mau ambil tindakan. Jangan sampai makin poket koyak!






13 Comments
Nice sharing...Ni kereta nk kena service sblm blk kg beraya =D
ReplyDeleteSelalu bawak je part kereta memang taktau. Tau bateri je. Hihi. Good sharing!
ReplyDeleteThanks for sharing AK. Kereta memang kena jaga kalau nak bertahan lama, kan.
ReplyDeleteSaya serahkan urusan kereta ni kepada orang lain :)). Saya isi minyak dan pam tayar sahaja
ReplyDeleteyesss thank you Abe Kie share! ni mmg benda2 basic yg org pmpuan perlu tahu (yg bujang lah hehehe)
ReplyDeletekereta saya dah lama, kalau beli kereta baru nanti bole ikut tips penjagaan ni...
ReplyDeleteKereta saya dah lama juga. Alhamdulillah masih bertahan memberi khidmat kepada tuannya. Hehe
ReplyDeleteSemua benda ada waktu luput dia kan? (termasuk kita) hehehe
ReplyDeleteTq share sy kena alert bab ni
ReplyDeletekereta rapi dijaga kurang ragamnya jimat belanja
ReplyDeletesy tak arif bab2 kereta ni tp once hantar kat SC diorg akan beritahu tukar ni tukar tu... hehehe
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya AK. Selama ni tak pernah ambil tau sebab suami uruskan semuanya. Lagipun saya pengguna tegar kenderaan awam😅
ReplyDeleteMA memang x pandai bab keta ni, mujur la ada anak bujang sorang tu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.